Tuesday, November 2, 2010

Sotong Bakar MamaElla


Kalau dah kata Seafood..Semua orang suka termasuk Mama juga..:-D
Keluarga Mama amat suka makan Sotong..
terfikir juga, kalau beli sotong kasi masak lauk-pauk aje..
Jadi Mama cuba buat Sotong Bakar...Versi bakar atak api..
Lumayan..

Resipinya:-

Sotong 1 kilo - Dibersihkan semua tinggalkan kepala dan badan aje
Kunyit basah 1 inchi - Dibuang kulit dan dikisar halus
Bawang putih 2 ulas - Dibuang kulit dan dikisar halus
Halia - kisar ambil airnya aje..agak-agak 1 sudu teh
Ladahitam - sedikit- dikisar halus
Daun ketumbar - dikisar halus
Garam secukup rasa
Minyakmasak secukup nya atau boleh gunakan Mentega..

Cara-Caranya:

Sotong digaulkan dengan bahan kisar, perap selama 1 jam.
Buangkan air nya dan masukkan daun ketumbar kisar dan gaul lagi..
Bakar diatas api atau kuali dengan api sederhana sehingga masak.
Makan dengan sambalkicap chillipadi...

Wednesday, October 13, 2010

Ayam Masala MamaElla


Ayam Masala ku tercipta kerana hasil ku yang suka mencampur adukkan rempah-rempah di dapur ku.
Ayam ku bersihkan dengan membuang kulit dan potong 8, berat nya 1100kg..
Kalau sebut rempah.. ku rasa semua tahu rempah yang ku maksudkan..Beryani, Kari , Garam masala.. serbuk jintan ,Manis dan ketumbar..Chjilipadi, chili merah bawang dan etc..
Ini masakkan India dan melayu Fusion..
Enak dimakan dengan roti capati atau roti perancis dan Nasi..
Ku juga menambahkan 4 biji telor rebus.. dan Lauk ini tidak payah memerlukan Kentang atau lobakmerah..
Yang bagus nya ku hanya memakai 2 sudu makan tairu atau kelapa pekat..
Tak menjelak atau menjemukan..Rasa nya mesti masam dan pedas....
Ku sudah pernah mencuba dengan daging atau Seafood tetapi yang serasi atau sedap ialah AYAM..
Selamat menjamu selera semua..

Sunday, June 27, 2010

Nasi Goreng Sotong


Hari ini Hari isnin..
Ku Monday Blue..Menu ku juga Blue..Hehehe..
Hari ini Ku Masak Nasi Goreng Sotong..
Menu kegemaran Haziq..
Dan didalam Nasi goreng ini Tiada Sayur langsung. Orang yang tidak suka Sayur pasti gembira bukan main..
Kalau kata nasi goreng..Ku rasa semua pandai masak dan buat. tidak kiralah apa bahan yang dipakai yang pasti ia nya enak dan lazat serta menarik...
Jadi kepada kenkawan yang bayar Puasa..selamat menjalankan Puasa..Dan yang sedang makan tengahari..Selamat Menjamu Selera..:-)

Thursday, June 24, 2010

Minuman Panas




Minuman Panas seperti Teh memang amat ku gemari..
Tapi itu hari terasa pula nak minum Teh serai. Apa lagi Ku kedapur untuk mencari bahan-bahan yang ada dan kubuat segelas bagi memperkenalkan kepada anak-anak ku...
Mereka cuba juga minum dan ada yang suka dan ada yang tidak..
Kita tidak boleh memaksa mereka kan tapi aku suka Minuman ini..
Ringkas dan mudah membuat nya..

Bahan-bahannya:

Daun teh 1 sudu makan
2 atau 3 bvatang Serai -dititik
Gula secukup nya
Air secukup nya

Cara-caranya:-

1) Masak air diatas api bersama Serai dan daun teh sehingga mendidih.

2) Bila sudah mendidih, masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.

3) Angkat tapis daunteh dan serainya.. Boleh dihidang dan diminum ketika hangat..:-)

Sunday, June 20, 2010

Mee Goreng Udang


Bahan-bahannya:

1 kilo Mee Kuning
0.30 sen taugeh
1/2 Kilo Udang ( Dibersihkan, kopek kulit dan kepalanya)-(kepala dan kulit jgn dibuang, saya merebusnya dan kisar sampai halus serta tapis ambil airnya, buang hampasnya)
4 biji Fishkek - potong suka hati
2 biji bawang besar -dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
4 sudu besar chilli kering yang sudah dikisar
Sedikit belachan - dikisar
3 batang Daun bawang - dipotong kasar-kasar
2 sudu makan sos Tomato
1 Biji buah tomato - dipotong 4
3 biji Telor
Sedikit minyak makan
Garam dan gula secukup rasa..

Cara-Caranya:

1) Panaskan Kuali. Masukkan minyak dan tumis bahan Kisdar sampai wangi dan garing.
2) Bila rempah sudah garing, masukkan air udang dan kacau lagi sampai ia nya mendidih. Bila ia Mendidih, masukkan garam dan gula, kacau lagi, Kemudian masukkan sos tomato dan kacau lagi sampai ia mendidih membuak.
3) Pecahkan telor satu persatu dan kacau sampai telor hancur, baru masukkan udang dan fishkek. kacau sampai rata dan udang tiga suku masak.
4) Masukkan Mee dan balik-balikkan, kemudain diikuti oleh taugeh dan kacau lagi sampai semua bahan masak. Rasa apa yang kurang dan bila iamenepati rasa, baru masukkan Daun bawang dan kacau sampai rata, lalu angkat dan boleh disajikan dengan Daun bawang goreng serta hirisan daun pudina..


P/s: Mee Goreng udang, enak dimakan sewaktu ia lagi hangat, Jangan lupa tambahkan dengan hirisan timun dan sos tomato sebagai pelengkap menu ini.
Didalam menu kali ini Saya tidak menggunakan Sos tiram atau Kicap serta Aji No Moto..Saya suka pada yang asli, dan yang asli lagi enak dan sihat serta bermutu..
Aji No moto tidak pernah saya gunakan didalam masakkan saya , kecuali saya bertugas di dapur Gerai2, baru saya menggunakan nya..

Monday, June 14, 2010

Pasta Plus Veg...



Bila suruh fikir menu...Pening kepala Ku...
Kerana ku memasaknya pada setiap hari.. Lelagi anak-anak sedang bercuti sekolah. Gamat dan Riuh tak terkata..:-D
Hari ini Mama sediakan Pasta Macaroni Wif Chicken Creamy Stew..
Ayam nya seperti biasa tiada tulang, dicampurkan sedikit Cendawan butang dan lobak merah..
Mama menggunakan apa yang sedia ada di dalam petiaisbox.
Bagi bapa dan yang sisulong, kalau mereka tidak suka Pasta, mereka boleh memakannya dgn Nasi atau Roti..


Disamping itu, Mama rasa tertipu dengan Sayur Frozen yang dijual di supermarket..:-(
Satu pengajaran, iaitu jangan malas membeli sayur segar...Hehehe..
Sayur ini Namanya Sauteed Veg wif Potato...
Sedap dan tidak menghampakan...
Menu yang ringkas tapi boleh dipelbagaikan ... Kalau rasa tidak pedas ..apa lagi patah-patahkan aje chilli padi dan tambah aje didalam lauk ini..
Mudah amat kan..:-O

Saturday, June 12, 2010

Rempah Daging Berbola


Assalammualaikum Semua..:-)

Apa Khabar? Lama benar Mama menghilang eh..Tapi Hari ini Mama muncul kerana tengah Free..:-D

Hari ini Mama sediakan Remaph Daging Berbola.. Setelah lama nak masak ..akhir nya Mama buat juga..

Resipi ini Resipi yang Mama main campak-campak aje dengan menggunakan rempah-ratus yang ada didapur dan peti aisbox..

Lauk ini boleh dimakan dengan nasi atau capati serta roti perancis..atau Pasta..Pendek kata tidak cerewet lah untuk Keluarga Ku yang sememang nya gemar dengan lauk berempah.

Hari ini lauk ini Mama sediakan dengan Nasi Minyak bersama salad telor berkuah sos chili aje..

Alhamdullilah selepas mengambil Gambar lauk ini dua Hero Ku merasa lauk ini dan mereka memberiku Thumb-up dan akan makan nanti bersama DaDDy nya...:-)

Alhamdullilah..Syukur..kerana Menu untuk hari ini sudah tersedia..:-)

Saturday, April 10, 2010

Fried Hor Fun with Seafood and Cockle..


Hallo Everyones..
Today I Cooked and Serve them This Kind of Noodle..Lazy to think what to cook yet I still have to cook in the end..
Easy to cook and Easy to Eat..

Sunday, March 28, 2010

GoodWoodPark Hotel..♥


GoodWoodPark Hotel, Hotel bertaraf 5 Bintang. Mama suka keunikkan nya dan kechantikkan nya kekal bertahun.♥
Tempat ini juga Mama dan teman-teman suka melepak makan High-Tea, tetapi sekarang dah tidak ada lagi kerana ada yg sibuk dgn tugasan sendiri dan ada yang sudah Meninggal.
Kebetulan Mama lalu didepan nya jadi sempat lah Mama mengabadikan buat kenang-kenangan..♥

Cemil-cemilan...


Assalammualaikum...
Alhamdullilah Mama terasa gembira kerana Blog ini masih boleh digunakan.. dan sedihnnya blog kedua Mama lupa password nya...
Yeah.. dah tau cara nya dan sungguh gembira.. :-D
Permulaan.. Mama post Gambar cemil-cemilan..yang dimana Mama ambil sewaktu pertemuan di Sakura Buffet International, kebetulan Harijadi BIL...
Bertemu lagi dan Happy Monday Blue...