Thursday, June 18, 2009

Coretan di Pasar Basah

Kelmarin, Mama pergi ke pasar. Pergi kesana ingin memborong barang-barang pasar. Selain itu Mama bawa juga kamera kesana...
Dengan muka seposen, apa lagi kamera pun rolling... snap itu dan snap ini...yang bagus nya semua Uncles dan Nyonya amat memberi kerjasama yang baik..isk kalau lah Mama betul-betulnya Press photografi.. mesti tidak ada masaalah untuk mengambil gambar...
Disini Mama abadikan gambar-gambar yang telah Mama ambil...

Ikan Bawal putih

Lada Benggala

Buah Tomato

Lady Boss

Buah Epal



Terakhir sekali, Mama suka Bunga-bunga ini yang ditanam di bualatan di pasar ini..Chantik dan manis warna nya...Mama ada sepasu bunga ini dan ia mempunyai dua warna, putih dan merahjambu...
Ini aje kegiatan Mama.. Minggu depan baru project baking ada.... Jadi dengan itu Selamat Berhujung Minggu....

Wednesday, June 17, 2009

My Koleksi..Felawar...


Gambar yang telah Mama Shot...Chrysanthemum..atau dalam Bahasa melayu ialah Bunga Kehwah..



Mawar Merah Jambu atau Pinkish Rose......





Sekeping Sponge Chocolate cake untuk semua yang melihat Blog MamaElla...

Friday, June 12, 2009

Hadiah




Assalammualaikum Pengunjung Blog MamaElla...
Mama ingin mengucapkan terimakasih kepada Dik Mummy Seri kerana menghadiahkan yang tersangat bernilai.....
Dengan ini suka cita Mama, kepada sesiapa yang mengjenguk Blog MamaElla..silalah ambil dan gantung dirumah masing-masing....
Sekian dan Selamat berhujung Minggu...






Chocolate Butter Cupcakes


Mama buat kek ini untuk minuman petang kami. Maaf lah resipi nya sudah ada dientry lama.. Nuttela butter cake, cuma jangan digunakan nuttela tapi tambahkan koko powder lebih sedikit...dan tambahkan coklat chips semisweet lebih sedikit...
Mama menggunakan Cupcake nya casing untuk ini kali..Alhamdullilah dapat dalam 18 biji sederhana nya size...
Tiada ganache atau hiasan diatas nya kerana secara disediakan begini sudah enak dan lazat...

Wednesday, June 10, 2009

Kari Ikan Tenggiri




Bahan-bahannya:-


Sekilo ikan tenggiri - Saya gunakan yang tiada tulang isi aje
10 batang Chilli kering - potong kecil2, rebus sampai lembut dan toskan air nya. *
2 bili bawang besar *
4 biji bawangputih*
sedikit kunyit basah*
sedikit halia*
sedikit belachan*
1 sdteh Campur ketumbar dan 2 beradik jintan*
4 sudu makan serbuk kari -Saya gunakan kari ikan jenama Housebrands
1 batang daun kari
1sdteh biji sawi
1 biji besar bawang putih - dihiris halus-halus
Air asam jawa secukup nya
Minyak secukup nya

1 batang terung - potong ikut citarasa anda
2 biji buat Tomato - belah 2 aje


Cara-caranya:-)

1) Kisar bahan-bahan * sampai halus.
2)Panaskan minyak dalam kuali.
3)Tumis Biji sawi, bawang besar yg dihiris sampai wangi.
masukkan Bahan-bahan yang dah dikisar. Gaul sampai wangi dan garing, baru dimasukkan rempah kari ikan, gaul lagi sampai sebati dan wangi.
4)Masukkan air asam secukup nya.
5)Bila kuah sudah mendidih, masukan terung, tomato serta garam. kacau lagi.
6)Bila sudah mendidih baru masukkan ikan dan biarkan sampai ikan itu masak dan rasa apa yg kurang.
7)Biarkan dalam 5 minit lalu matikan api nya.

Malas...!


Malas nya...!!
Bukan malas nak masak atau mandi...
Malas nak makan..:-D

Penyakit membaca kalau dah melanda aduhai....!
Buku bacaan yang sedang dibaca ialah Buku terbari dari penulis Manaf Hamzah tajuk nya ialah "DALAM DAKAPAN KEHANGATAN SENJA.."
Bagus sangat novel deknie...

Walaupun MALAS, Mama tetap sudah masak.. dan tak tahu bila nak ada selera makan...!!
Sajian NESLO dan Kombinasi CHEESECREAM, BUTTER & CHEESE CHEDDAR amat menyelerakan tekak ini..
Lelagi Mama cetak bentuk Love, star..aduh macam sayang nak makan tau....:-D
Mama nak balik membaca lagi...!! syiok .com membaca tau...!!

Sunday, June 7, 2009

Ayam Goreng Tepung


Ayam Goreng Tepung

Resipinya:-)

Bahan-bahannya:- (1)

7 ketul ayam peha - cuci dan tos sampai kering
2 sudu makan kunyit serbuk*
2 sudumakan serbuk chilli*
2 sudumakan serbuk ketumbar / jintan 2 beradik*
1 sudu makan serbuk kari daging*
1/2 sudumakan serbuk kayu manis*

* dicampur sampai sebati - kering

Bahan dikisar:-(2)

2 ulas bawang putih sedikit halia sedikit garam
Kisar bahan dikisar sehingga halus.
Masukkan kedalam ayam bersama dengan bahan-bahan kering *.
Tambahkan sedikit garam dan perap sehingga 1 jam.

Bahan-bahannya:- ( 3)

2 Biji Telor (L) - dikocok dgn sedikit garam
3 sudumakan Tepung beras
1 sudumakan tepung jagung.
1 sudumakan ladasulah
11/2 sudumakan serbuk roti
Cara-caranya:-

* Campurkan semua bahan kecuali telor. Gaul sehingga ia nya sebati.
* Celupkan ayam kedalam telor dan celup lagi kedalam adunan tepung dan masukkan kedalam minyak yang panas serta kecilkan api nya.
Curah-curahkan minyak keatas ayam sehingga kedua-dua belah nya masak dan garing selama 15 minit.
* Angkat dan toskan kedlm tissu dapur...
P/s: kalau nak lebih pedas tambah serbuk chili lebih sedikit...

Tuesday, June 2, 2009

Moist Chocolate Cake


Assalammualaikum....
Dah lama rasa nya tidak bakar kek. Jadi bila Mama bertanya dgn anak-anak, mereka kata mereka nak kek coklat basah.
Belek punya belek.. Mama mencuba Lydia nya resepi.. dan setakat 1 cawan aje tepung nya... memang menyenangkan bagi Mama.. jadi Bila dah cuba membuat nya.... inilah hasil nya....
Terimakasih Lydia kerana resepi nya amat baik dan mudah dicuba....