Friday, May 1, 2009

Udang Goreng Kunyit


7 keping udang galah - dibersihkan dan ditos airnya
1 biji bawang besar -dihiris bulat-bulat
2 biji bawang putih -dibersihkan ditumbuk sampai hancur
1 sudu teh kunyit basah
1 sudu teh serbuk lada
sedikit lada putih
sedikit daun parsley keringnya
Garam sedikit
Minyak makan secukup nya
Gaulkan udang dengan bahan yg ditumbuk, serbuk lada, serbuk lada sulah , serbuk kunyit dan garam. Perap selama 30 minit.
Panaskan minyak masak secukup nya dengan api sederhana, tumis bawang besar sampai wangi, lalu masukkan udang yang telah diperap terlebih dahulu.
Gaul rata-rata dan masukkan garam dan daun parsley dan kacau lagi sehingga udang masak...
Angkat dan hiaskan dengan daun bawang dan hirisan lada merah..

No comments: