Tuesday, April 14, 2009

Popiah Kentang




Bahan2nya:

4-5 biji kentang, buang kulit, dadukan dan rebus dengan sedikit garam sehingga empok. Buangkan air nya dan lenyek.
2 bawang putih - cincang
1 bawang besar - dadu
3/4 cawan bawang goreng
3 sudu makan hirisan daun sop and bawang
sedikit daging cincang (optional)( Part ini Mama gunakan daging cincang yang dah disangai lebih awal dengan rempah ratus Mama nya)
garam, lada putih dan minyak

Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu kemudian masukkan daging cincang. Masak sehingga kering, dan letakkan garam dan lada putih.
Masukkan kentang rebus tadi dan gaul sehingga sebati .
Matikan api.
Campurkan dengan bawang goreng dan daun sop/bawang dan gaul sehingga mesra.
Jika nak pedas boleh juga masukan hirisan cili merah.
Sejukkan sebentar sebelum digulung dengan kulit popia dan digoreng .

P/s: Terimakasih kepada Mummy Jam kerana resepi nya enak banget..lelagi Mama makan dengan cecah sos chili epok-epok sayur...Yummy!!

2 comments:

kucingorengemok said...

ooo this reminds me, i've kulit popia dalam freezer, dah lama simpan tapi tak guna...

MamaElla said...

Lee...

Sebaiknya check due date, takut dah expired tau...hehehe..