Tuesday, April 7, 2009

Cemilan Tahu Goreng




Hari ini Mama betul-betul kecewa.Kecewa dengan tahu.:-( Rancangan dihati nak kukus Tofu silken ini dengan daging cincang..:-( sekali Tahu ini jatuh ke mangkuk lalu pecah-berkecai..Arghhhhhhhhh!!

Sedih, kecewa dan Marah pun ada...isk..sekarang tahu dah pecah nak buat macam mana....!!!
Idea pun datang setelah duduk termenung kejap...Mama buat Cemilan Tahu Goreng.. kerana tahu ini memang khas buat dikukus dan terlalu lembut... Mama buat dengan berhati-hati...
Jadi ini lah hasil nya..Resepi ada Mama tepikkan sekali...


Bahan-bahannya:-

A

$2.00 Daging Cincang
1 ulas bawang putih - dicincang halus
Sedikit halia tua - dicincang halus
sedikit serbuk buah pala
Sedikit serbuk kayu manis
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
1/2 batang lada merah dibuang biji - dipotong kecil-kecil
1 batang daun ketumbar - dimayang halus

B

1sudu teh tepung jagung
1 sudu teh tepung gandum
1 biji telur
1 kotak silken steam tofu

C

serbuk roti secukup nya
1 atau secukup telor - dikocok

Cara-caranya:-

Bahan A disatukan dan diperah selama 1/2 jam.
Bahan B disatukan dan di ramas tahu nya, lalu dimasukkan kedalam bahan A dan digaul sehingga sebati. Kukus tahu ini sampai masak dan bila dah masak disejukkan.
Potong mengikut kesukaan anda, lalu dicelup kedalam telor dan digolekkan kedalam serbuk roti dan goreng didalam minyak yang banyak dan sampai masak.
Sajikan dengan Chilli sos dan mayo...

6 comments:

princessharyati said...

nak buat tapi yatt tak berapa faham mamaella.. ada ym tak kalu ada add princessharyati@yahoo.com

MamaElla said...

Salam yatt,

dah add.. just Pm me lah kalau ingin bertanya..:-)

kucingorengemok said...

lepas sorang, sorang tinggalkan fp ye, hehe...

MamaElla said...

Lee,

Saya tidak tinggalkan Fp..masih ada cuma less posting Food but more on Picture shot..:-)

aZkiaH said...

tk sesia tofu tu jatuh, kalau tk idea tk datang....... syabas ella

MamaElla said...

aZkiah..

Alhamdullilah...syukur kepada kejadian itu Az..Dan terimaksih ekrana sudi singgah ke teratak Ella..:-)