Thursday, April 23, 2009

Coklat Muffin


Coklat Muffins...



Heran ia kerana Mama menggunakan Cupcake nya casing..Jangan diheran pasal Casing muffin dah habis, jadi Mama gunakan aje casing cupcakes ini.
Resipi nya Mama gunakan entry lama...Maaf lah kerana sudah lama tidak buat Muffins.. Bila Si sulong request..Mama buatkan laa untuk dia makan...
Beza nya cuma Mama topkan diatas Muffins ini Biskut oreos.... dan seperti didalam nya ada Dark coklat chips... Tidak terlalu manis dan rasa coklati...

Alhamdullilah, sempat kami makan untuk minuman petang.......:-)

Monday, April 20, 2009

Nasi Goreng Dendeng Madu....

Nasi goreng Dendeng Madu....
Haziq memang dah minta dimasakkan untuk nya..kerana Ibunya tidak senang , jadi kebetulan hari ini nasi belen semalam banyak...tercapailaa cita-citanya ..Senyum lebar dia beri kepada ku...
Tidak susah untuk membuat nya dan Dendeng itu Saya beli dalam 400gm... Jadi ia nya amat sesuai untuk dibuat gorengan dalam nasi atau untuk topping pizza...
bagi ku , nasi goreng ini tidak pedas, jadi teraksa ku hiris chillipadi dan taburkan diatas nya...
Inilah menu makan tengahari ku....:-)

Friday, April 17, 2009

Terimakasih...


Coklat kek ini dibuat diatas permintaan Teman Mama... Semuga rasa kek ini kena dengan selera Teman Mama...
Coklat kek ditaburi dengan ganache serta biskut Oreo dan berisikan Coklat Cadbury...Bagi penggemar coklat ..ia nya amat sesuai.......:-)
Terimaksih dan Selamat berhujung Minggu semua...

Tuesday, April 14, 2009

Popiah Kentang




Bahan2nya:

4-5 biji kentang, buang kulit, dadukan dan rebus dengan sedikit garam sehingga empok. Buangkan air nya dan lenyek.
2 bawang putih - cincang
1 bawang besar - dadu
3/4 cawan bawang goreng
3 sudu makan hirisan daun sop and bawang
sedikit daging cincang (optional)( Part ini Mama gunakan daging cincang yang dah disangai lebih awal dengan rempah ratus Mama nya)
garam, lada putih dan minyak

Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu kemudian masukkan daging cincang. Masak sehingga kering, dan letakkan garam dan lada putih.
Masukkan kentang rebus tadi dan gaul sehingga sebati .
Matikan api.
Campurkan dengan bawang goreng dan daun sop/bawang dan gaul sehingga mesra.
Jika nak pedas boleh juga masukan hirisan cili merah.
Sejukkan sebentar sebelum digulung dengan kulit popia dan digoreng .

P/s: Terimakasih kepada Mummy Jam kerana resepi nya enak banget..lelagi Mama makan dengan cecah sos chili epok-epok sayur...Yummy!!

Thursday, April 9, 2009

Coklat koko Krunch


Kookies ini Mama buat sempena ada belen coklat cair..
Pelanggan Mama yang setia dan anak nya amat suka.. jadi dia minta dibuatkan..Mama pun setuju.
Tapi Coklat koko Krunch bukan seperti diatas tau... lain sedikit.. dan bila Mama tengok belen coklat ini...dan apa lagi..Mama terus maksudkan semua 1 kotak yang baru kedalam nya..dan gaul-gaul sehingga rata...Sayang didapur tidak ada kacang, raisin atau yg sesuai untuk dimasukkan kedalam kookies ini...!!
Ini lah dua Juadah yang disiapkan untuk cemil-cemilan esok kerana di HBO akan menayangkan cerita-cerita yang bagus-bagus......
Selamat bercuti semua...:-)

Chocolate & Banana Cake


Combination of Banana and Chocolate was very Good and Delicious....I made this Cake for our Tea time.....One slice is not enough... and my son keep asking repeating for some more cake..I guess it suit his taste...

I 'll keep this in our favourite time...

Tuesday, April 7, 2009

Cemilan Tahu Goreng




Hari ini Mama betul-betul kecewa.Kecewa dengan tahu.:-( Rancangan dihati nak kukus Tofu silken ini dengan daging cincang..:-( sekali Tahu ini jatuh ke mangkuk lalu pecah-berkecai..Arghhhhhhhhh!!

Sedih, kecewa dan Marah pun ada...isk..sekarang tahu dah pecah nak buat macam mana....!!!
Idea pun datang setelah duduk termenung kejap...Mama buat Cemilan Tahu Goreng.. kerana tahu ini memang khas buat dikukus dan terlalu lembut... Mama buat dengan berhati-hati...
Jadi ini lah hasil nya..Resepi ada Mama tepikkan sekali...


Bahan-bahannya:-

A

$2.00 Daging Cincang
1 ulas bawang putih - dicincang halus
Sedikit halia tua - dicincang halus
sedikit serbuk buah pala
Sedikit serbuk kayu manis
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
1/2 batang lada merah dibuang biji - dipotong kecil-kecil
1 batang daun ketumbar - dimayang halus

B

1sudu teh tepung jagung
1 sudu teh tepung gandum
1 biji telur
1 kotak silken steam tofu

C

serbuk roti secukup nya
1 atau secukup telor - dikocok

Cara-caranya:-

Bahan A disatukan dan diperah selama 1/2 jam.
Bahan B disatukan dan di ramas tahu nya, lalu dimasukkan kedalam bahan A dan digaul sehingga sebati. Kukus tahu ini sampai masak dan bila dah masak disejukkan.
Potong mengikut kesukaan anda, lalu dicelup kedalam telor dan digolekkan kedalam serbuk roti dan goreng didalam minyak yang banyak dan sampai masak.
Sajikan dengan Chilli sos dan mayo...

Sunday, April 5, 2009

Biskut Pink lady in Dots


Chantik nama nya serta rupa Biskut Pink Lady in Dots... rasa nya pun enak dan lazat...
Hari ini Mama cuba buat Biskut ini.. dan ternyata hasil nya Thumbs-Up..Satu adunan dapat dalam 40 biji dan disaluti dgn coklat serta ditaburi manik-manik Love...
Biskut ini juga sudah terlist dalam perjualan untuk Lebaran pada tahun ini...Insha-Allah kalau diberi kesihatan yang baik..:-)

Friday, April 3, 2009

Steamed Chocolate Cadbury Crunch cake



Maaf....lama tak update blog ini..almaklum minggu ini Bz mengalahkan Boss pula...hehehe

Tak sempat nak duduk lama didapur... makna nak hantar anak kedokter, anak sakit deman dan stomachflu dan mana sepupu kemalangan...Haizzz... sibuk tersangat dan penat...!!


Hari ini masuk dapur kerana dan rindu nak makan kek.. Terlalu rindu sangat...!! fikir-fikir.. tergerak hati nak cuba buat kek kukus...

Tetapi bukan kek buah tau....nama nya 4C Kukus Kek...

Gelak betul bila Mama tengok nama nya.. tapi sedap rasa nya dan 4C adalah Steam Chocolate Cadbury Crunch Cake..Ha'ah kan panjang lebar nama nya...:-D






Bila kek ini dipotong, kelembutannya amat terasa.. kalau nak dipanggil kek coklat basah pun boleh...

Dalam petiais, ada lagi sekeping Coklat Cadbury Crunch yang ada kacang, jadi Mama patah-patahkan dan taburkan disekeliling nya.. tekan kan sedikit dan kukuslah selama 1 jam...

Bila kek ini dah masak dan sejuk barulah Mama buatkan coklat ganache dan Mama taburkan Oreo Kookies anak-anak nya yang ada belen...Nasib baik mereka tak kisah kalau tidak haiz... Bogel ajelah atas nya...:-D

Resipi kek Mama sertakan.. Ganache tidak tau. kerana Mama cuma cairkan aje coklat itu di atas double boil dan letakkan sesudu makan mentega..dan kacau sehingga cair dan curahkan aje diatas nya lalu taburkan serbuk Oreo kookies yg dah ditumbuk keatas kek ini...Biarkan ia nya sejuk baru boleh dipotong dan makan bersaam Teh-O...

Minta maaf sekali lagi kerana resipi nya Mama ter-type dalam bahasa Omputih daaaa....!

Resipi kek:-

Steamed Chocolate Cadbury Crunch Cake.

200 gm Superfine Flour ( I use Top flour)
100 gm Cocoa Powder
1 tspn Baking powder
1 tspn Soda bicarbonate

3 Eggs

200 gm caster sugar
1 bowl Condensed milk
1 bowl Veg oil
1 bowl Hot water

Methods:-

Sieve Flour, Cocoa, Baking and soda. Put aside.
Beat Eggs, milk ,sugar and oil in another bowl. Till incorperate.
Fold in shifted flour and stir well.
Finally pour in hot water and mix well.
Grease and line an 8x8' round mould
Pour in batter and steam for 1 hour or till cook.
Lastly after the pour just break few chocolate bars and put inside the batter...

Terimakasih Mama nak ucapkan kepada Chef Zubaidah Bte Chepa kerana resipi nya amat Lazat dan sedap...!!