Saturday, March 21, 2009

Sotong Masak Halia





Bahan-bahannya:-

1/2 kilo Sotong - dibersihkan buang pundi hitam dan potong suka hati anda
2 Inch Halia tua - buang kulit dan hiris halus atau kasar
2 Biji bawang Besar - di hiris
2 Biji bawang putih - ditetak
1 sdt Lada sulah serbuk
1 sdt Sos tiram
1/2 biji buah tomato - dipotong kecil-kecil
2 batang daun bawang - di hiris
Sedikit garam
2 sudu makan minyak masak

Cara-caranya:-

Cuci dan tos Sotong dan ketepikan.
Panaskan kuali dan masukkan minyak panas kedalam nya.
Tumis Halia, bawang besar dan putih sehingga wangi, Masukkan ladasulah dan kacau sampai rata.
Masukkan buah tomato dan kacau lagi, baru diikuti sos tiram, kacau lagi sampai rata.
Masukkan sotong, garam dan kacau dua atau tiga kali sehingga sotong separuh masak.
Masukkan daun bawang, dan kacau sampai sotong dah nak masak.
Matikan api dan Angkat. Hiasa lah dengan lebihan daun bawang atau daun ketumbar..

P/s: lauk ini tidak pedas sangat serta tak banyak kuah, kerana sotong mengeluarkan air dan jangan masak sotong terlalu lama, takut ia akan keras..

No comments: