Friday, March 20, 2009

BeeHoon Daging Bola Sop



Bee Hoon Daging bola Sop..Enak dan lazat serta banyak zat untuk anak-anak kecil.
Ikut citarasa mereka yang tidak suka pedas. Tapi Mama suka pedas..:-D
Ini adalah juadah makan tengahari kita..

Resepinya:-

250 gm daging cincang
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh
serbuk ketumbar dan jintan
1 sudu teh tepung jagung
sedikit garam
sedikit daun parsley kering

Cara-caranya:-

campurkan semua bahan kedalam daging (daging setelah dikisar usah dicuci) dan gaulkan sedikit sehingga rata , barulah di gentel atau dibulat-bulatkan mengikut citarasa anda.
Setelah siap letak ketepi..

Bahan untuk Sop nya/Kuah nya:-

1 bungkus BeeHoon cap kepala ikan merah - direndam sehingga kembang
7 batang sawi - dipotong dan dicuci serta toskan air nya.
2 batang daun bawang- untuk dihiris dan dihias aje.
1/2 kilo daging lembu kari-Direbus sehingga empuk, tos daging nya,Kuah nya jgn dibuang.
Sejengkal halia Tua - Dihiris lalu ditetak sedikit
3 ulas Bawang putih - Buang kulitnya dan ditetak aje
1 sudu teh Lada sulah serbuk - Nak pedas boleh tambah biji lada hitam yg dah dikisar
Minyak masak secukup nya
garam dan gula secukup nya.

Cara-caranya:-)

Panaskan periuk, masukkan minyak masak dan tumis Halia dan bawang putih dan ladasulah sehingga naik wangi.
Masukkan air putih serta air rebusan daging secukup nya.Biarkan ia mendidih.
baru masukkan Daging berbola yg dah disiapkan terlebih dahulu.
Bila Daging dah masak masukkan garam dan gula ..Rasa apa yang kurang.
Bila mendidih matikan api nya.
Panaskan air didalam periuk, bila dah mendidih celur kan Beehoon dan sawi sehingga masak. Toskan kedalam mangkuk.
Hiasakan dengan Kuah Sop Daging, Daging berbola, daging hiris dan sayur.Tambahkan daun bawang goreng, daun bawang yang dah dihiris dan sambal Chilli serta limau sambal..

Untuk Sambal nya:-

5 batang chillipadi
4 batang ladamerah
2 biji bawang putih
2 sudumakan tomato sos
Secukop kicap manis
secukop Gula dan garam

Cara-caranya:-
Kisar semua bahan-bahanya.
Masak diatas api didalam periuk, biar sampai mendidih dan tambahkan kicap, gula, garam dan Tomato sos.
Kacau dan rasa apa yang kurang.
bila nak makan potongkan sebiji limau kasturi/sambal dan perahkan didalam nya...


No comments: