Thursday, March 26, 2009

Ayam Oh Ayam....

Ayam oH Ayam...


Ayam Masak Merah...sedap dimakan dengan Nasi, Ketupat dan Lontong...Juadah yang amat digemari oleh Orang dewasa, Tua atau kanak-kanak..
Ayam masak merah boleh dipelbagaikan..ada yang suka lebih sambal atau sos tomato....Rasa nya manis, masam dan pedas....
Ayam masak merah adalah juadah Mama pada hari ini disamping Lauk Sayur dalca dan Nasi putih.......:-)

Sp@geeti Daging Berbola


Minggu lepas, Mama ke Kelantan. Disana Mama ada membeli 3 instant Maggi sos Spageeti.
Kebetulan, anak Mama Haziq ada mengatakan hari ini toksah masak Nasi kasi Nasi rehat seketika. Hehe..lucukan kedengaran nya..
Bila Mama tanya nak makan apa hari ini...Dia kata buatlah Spageeti..Jadi Mama teringat, Mama ada beli instant sos di Kelantan...
Apa lagi..Mama tambahkan daging berbola, pun kes beli juga...
Barang instant ini kita mesti tambah serba sedikit.. Janganlah kita harap begitu aje..pasti keputusan nya menghampakan...
Mama tambah apa yang perlu....dan keputusan nya...Wallaaaaaaaa!! Hubby kata SEDAP..Haziq kata SEDAP....Alhamdullilah...syukuran....!!
P/s: Dalam sos itu memang dah ada Daging kisar..Mama tambah lagi Daging brbola...lagi Umphhh!!

Sunday, March 22, 2009

Biskut Hati




Biskut Hati, tak cantik tapi sedap dimakan dan kelemakkan nya usah diragu...Jum Layan tengok Gambar dahulu...

Saturday, March 21, 2009

Sotong Masak Halia





Bahan-bahannya:-

1/2 kilo Sotong - dibersihkan buang pundi hitam dan potong suka hati anda
2 Inch Halia tua - buang kulit dan hiris halus atau kasar
2 Biji bawang Besar - di hiris
2 Biji bawang putih - ditetak
1 sdt Lada sulah serbuk
1 sdt Sos tiram
1/2 biji buah tomato - dipotong kecil-kecil
2 batang daun bawang - di hiris
Sedikit garam
2 sudu makan minyak masak

Cara-caranya:-

Cuci dan tos Sotong dan ketepikan.
Panaskan kuali dan masukkan minyak panas kedalam nya.
Tumis Halia, bawang besar dan putih sehingga wangi, Masukkan ladasulah dan kacau sampai rata.
Masukkan buah tomato dan kacau lagi, baru diikuti sos tiram, kacau lagi sampai rata.
Masukkan sotong, garam dan kacau dua atau tiga kali sehingga sotong separuh masak.
Masukkan daun bawang, dan kacau sampai sotong dah nak masak.
Matikan api dan Angkat. Hiasa lah dengan lebihan daun bawang atau daun ketumbar..

P/s: lauk ini tidak pedas sangat serta tak banyak kuah, kerana sotong mengeluarkan air dan jangan masak sotong terlalu lama, takut ia akan keras..

Friday, March 20, 2009

BeeHoon Daging Bola Sop



Bee Hoon Daging bola Sop..Enak dan lazat serta banyak zat untuk anak-anak kecil.
Ikut citarasa mereka yang tidak suka pedas. Tapi Mama suka pedas..:-D
Ini adalah juadah makan tengahari kita..

Resepinya:-

250 gm daging cincang
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh
serbuk ketumbar dan jintan
1 sudu teh tepung jagung
sedikit garam
sedikit daun parsley kering

Cara-caranya:-

campurkan semua bahan kedalam daging (daging setelah dikisar usah dicuci) dan gaulkan sedikit sehingga rata , barulah di gentel atau dibulat-bulatkan mengikut citarasa anda.
Setelah siap letak ketepi..

Bahan untuk Sop nya/Kuah nya:-

1 bungkus BeeHoon cap kepala ikan merah - direndam sehingga kembang
7 batang sawi - dipotong dan dicuci serta toskan air nya.
2 batang daun bawang- untuk dihiris dan dihias aje.
1/2 kilo daging lembu kari-Direbus sehingga empuk, tos daging nya,Kuah nya jgn dibuang.
Sejengkal halia Tua - Dihiris lalu ditetak sedikit
3 ulas Bawang putih - Buang kulitnya dan ditetak aje
1 sudu teh Lada sulah serbuk - Nak pedas boleh tambah biji lada hitam yg dah dikisar
Minyak masak secukup nya
garam dan gula secukup nya.

Cara-caranya:-)

Panaskan periuk, masukkan minyak masak dan tumis Halia dan bawang putih dan ladasulah sehingga naik wangi.
Masukkan air putih serta air rebusan daging secukup nya.Biarkan ia mendidih.
baru masukkan Daging berbola yg dah disiapkan terlebih dahulu.
Bila Daging dah masak masukkan garam dan gula ..Rasa apa yang kurang.
Bila mendidih matikan api nya.
Panaskan air didalam periuk, bila dah mendidih celur kan Beehoon dan sawi sehingga masak. Toskan kedalam mangkuk.
Hiasakan dengan Kuah Sop Daging, Daging berbola, daging hiris dan sayur.Tambahkan daun bawang goreng, daun bawang yang dah dihiris dan sambal Chilli serta limau sambal..

Untuk Sambal nya:-

5 batang chillipadi
4 batang ladamerah
2 biji bawang putih
2 sudumakan tomato sos
Secukop kicap manis
secukop Gula dan garam

Cara-caranya:-
Kisar semua bahan-bahanya.
Masak diatas api didalam periuk, biar sampai mendidih dan tambahkan kicap, gula, garam dan Tomato sos.
Kacau dan rasa apa yang kurang.
bila nak makan potongkan sebiji limau kasturi/sambal dan perahkan didalam nya...


Thursday, March 19, 2009

Nuttella Chocolate Butter Cake

Assalammualaikum....

Ini Kali entry Masih pasal Butter cake....kenapa Masih Butter cake...kerana Mama dan anak-anak masih suka makan Kek ini....
Ini kali Mama cuba menggunakan Nuttella...Dan hasil nya.. Wow...Sedap youuuu..!! Tidak percaya lihat sahaja pada gambar nya...:-D

BahanNya:-

250 gm Butter
150 gm sugar
210 Plain flour - Ayak bersama cocoa powder dan baking powder..1/2 Tspn Baking Powder1 or 2 Tbspn Cocoa powder
5 Eggs
1 tspn Essen vanilla
1 or 2 tbspn Nuttella jam

Methods:-

Beat Butter and sugar, until cream and fluffy.
Add Eggs and Esen Vanilla, slowly mix evenly.
Add Nuttella and keep mixing it..
lastly Fold in Flour and Fold it evenly.
Lastly pour it into the any loaf tin and bake at 180 'c at 50 minutes or untill the cake is cook..

Thursday, March 12, 2009

Ayam Masak Kicap


Ayam bermacam cara dimasak pasti berjaya memikat hati Pemakan. Tambah aje sambal belachan lagi sedap...
Tadi Mama masak lauk ini.. dan sayang nya kalau Malam memang tidak ada yang akan makan...jadi esok lauk ini akan jadi santapan Mereka..hehehe
Resepi Mama tidak sertakan kerana Mama percaya Anda pengunjung blog Mama pasti tahu memasak lauk nie..:-)
Dengan itu ..Esok Mama akan bercuti, jadi Blog nie akan berehat dan tidak akan berasap...Selamat bercuti bagi mereka yang ada anak kecil.. dan Selamat Berhujung minggu..!!

Monday, March 9, 2009

Majlis Perkahwinan Sepupu Ku

Semalam Mama menghadiri majlis perkahwinan Sepupu Mama di Jb. Disini semua ahli family Bonda Mama turun baik dari Kl, Melaka dan Singapura. Manis sungguh Sepupu ku dan Kacak pula Pasangan nya... Ini adalah sedikit gambar yang dapat ku ambil..








Ini adalah Pinggan Nasi Mama..yang tiada ialah lauk Daging nya..!! Selamat Pengantin baru Nurharyati dan Izhar Helmi semuga kekal hingga ke akhir hayat..Amin



Friday, March 6, 2009

Pandan Butter Cake

I am very happy when I baked this cake. I simply love to eat Butter Cakes. I though I am goping to bake a Chocolate Butter cakes but I change it to Pandan, Since my pandan leaves was so beautiful and greenish...




I cut few slices of leaves and blend it to get the juices..Heaven...the aroma is so fragrance...taste wise..very soft and the sweetness is just nice...
So this is my Pandan Butter cakes..hope you all enjoy looking at it...
Recipes:-
250 gm butter
180 gm sugar
5 eggs
200 gm Flour
1/2 tsp Baking powder
few pieces of Pandan leaves -blend with some water untill become a paste
1/2 tsp Pandan essence
Method:-
Beat butter and sugar till cream and lightly and fluffy.
Add eggs slowly and mix evenly.
Add in the Pandan paste and essence and mix evenly
Cream the batter till smooth and light.
Fold in the flour mix till well blended.
Pour the batterin loaf tin and bake at 180 for 50 to 1 hour...

Wednesday, March 4, 2009

Dumpling Soup


Today I made this dumpling...Believe it very easy...I use Chicken and few vegs for the filling.



Beside that I love to put this dumpling inside a clear soup...Fantastic taste and I like the crunchy of carrot and chestnut... !!




I Love to dip it with Epok-epok Sauce, Spicey and sweet...




Here is the picture... Look great rights and taste better too..That is what my elder son tell me..Delicious...

And this is my lunch for today..Dumpling Soup... Thanks to Ms Irene Siomi

Sunday, March 1, 2009

Brownies Chocolate Chips & Nuts


Mama tergoda bila asyik melihat Blog http://bakerella.blogspot.com/2009_01_01_archive.html...Dia telah mencuba membuat Brownies Coklat Chips, Tapi bila dia ambil gambar nya..Waduh...cantik sekali laaa....!! Tergoda Ku untuk membuat nya....:-)
Dari Brownies Coklat chip ini . Dia menggunakan semua nya instant atau segera nya. Mama pula pilih buat Brownies sendiri yang selalu Mama buat untuk famili, cuma tak pernah post disini kerana rasanya tak perlu laa...
Hanya Coklat Chips itu Mama menggunakan Instant nya..jenama Betty...
Tadi bila Mama menbuat nya dan bila Brownies dibakar ..aduh harum nya bau kek ini....
Anda nampak kan Chocolate Chips nya...Mama cuma tambah Kekacang di Bahagian Brownies aje.. dan yang lain Mama ikut peraturan di belakang plastic bungkus Chocolate chips..
Bila Kek ini dipotong... nampak coklat-coklat chips nya.....Hmmm..Lazat u...!!