Monday, February 9, 2009

Kuih Bakar Pisang


Kuih ini adalah traditional melayu. Ia boleh dipelbagaikan seperti jagung, durian, labu, cempedek, nangka dan sebagai nya.
Kali ini Mama menggunakan Pisang. Pisang berangan menjadi pilihan Mama. Masak dan ranum amat sesuai untuk membuat Kuih Bakar ini....
Kuih ini akan Mama santap dengan famili pada waktu 4 petang ini...


Resepi nya: Dari Azizah Mohd Ismail


500gram Tepung gandum
800ml santan dari 11/2kelapa parut
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna kuning
1/2 sudu teh esen vanilla
300 gram pisang
200ml air
5 biji telur
500 gram gula halus (caster0

Cara-caranya:

Pisang dibuang kulit nya dan dikisar dengan sedikit air.
Acuan muffin atau baulu di gris dgn minyak dan ketepikan dahulu.
Pukol telur dgn gula seingga kembang.
Masukkan santan,garam,vanilla, pewarna kuning, tepung dan pisang.
Pukol lagi sampai halus kemudian ditapis.
Panaskan ketuhar170-180darjah C, kemudian panaskan acuan-acuan kecil atau baulu yg hendak digunakan.
Tuang adunan kedalam acuan 3/4 penuh Bakar sehingga kekuning-kuningan dan masak.

No comments: