Tuesday, February 24, 2009

Kek Prune dan Kekacang



Kek ini rasa nya manis dan masam, masam kerana rasa buah Prune. Kek nya rasa lembap dan manis nya sederhana aje...Resepi diperolehi dari Suria.sg



Bahan-bahannya:-

2 cawan tepung naik sendiri
4 biji telor
1 cawan gula halus - nak manis sikit boleh tambah
250 gm mentega
3 sudu makan jam Aprikot
3 sudu makan badam hiris
1 sudu makan kulit buah oren

250 g buah Prune - delmonte -dipotong 4
1 cawan walnut - dicincang
1 1/4 cawan krim segar
1/2 cawan jus oren

Cara-caranya:-

Pukol mentega dgn gula sehingga kembang. Masukkan telor sebiji demi sebiji sehingga habis.
Masukkan parutan kulit buah oren dan jus nya sekali, kacau sehingga sebati.
Masukkan Jam aprikot, kepingan badam, walnut dan krim segar. Kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung dan kacau sambil masukkan buah prune. kacau rata-rata dan tuangkan kedalam acuan kek.
Bakar dalam suhu 175 selama 40 minit atau sehingga masak.

No comments: