Tuesday, February 3, 2009

Ayam Goreng Tepung


Mama menggunakan isi ayam bahagian peha, kerana ia nya amat lembut dan sesuai sekali untuk anak-anak nya gigi dan berkunyah.
Buat untuk tambahan pada menu makanan dan ia sungguh enak dicecah dengan Mayo dan tomato sos...

Resipinya

1/2 kilo isi ayam- dipotong agak-agak 1inchi, cuci dan tos kering
1 sudu makan serbuk buah pala
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk kayu manis dan kawan nya (harap fahamlaa)
1/2 sudu makan serbuk kunyit
sedikit garam dan gula
5 sudu makan tepung jagung - tak cukup boleh tambah lagi tapi Mama suka tepung nya tipis aje
Minyak masak secukup nya.

Cara-caranya:-

1 Perap ayam dengan semua bahan serbuk kecuali Tepung dalam masa 1 jam.
2 Buang air perap nya dan golekkan di dalam tepung jagung.
3 Panaskan minyak dan goreng di dalam minyak yang banyak dan api nya sederhana.. Angkat dan tos serta sajikan dengan Sos kesukaan Anda.

No comments: