Thursday, January 22, 2009

SHORTBREAD



Bahan-bahannya
300 gram butter
220 gram gula kaster
300 gram tepung gandum
130 gram tepung beras
1 ½ sudu teh baking powder
secubit garam

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.
2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam dan gaul rata dengan adunan mentega tadi.
3. Lenser loyang cutter dengan mentega dan tekan adunan didalam loyang cutter.
4. Cucuk adunan dengan garfu dan potong mengikut kesukaan anda. (Pearl dan D potong gunakan loyang cutter).
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160’C – 170’C selama 45 – 50 minit. Sejukkan dan boleh keluarkan dari loyang dan hidangkan.

P/S: Resipi diambil dari Koleksi Resipi Diana

No comments: