Thursday, January 29, 2009

Cadbury Coklat Kek



Tujuan nya nak buat kek coklat aje. Tetapi Mama teringat yang didalam peti ais ada sebuah coklat Cadbury duo Milk. Lantas Coklat itu dipatah-patahkan dan dimasukkan ditahap terakhir sebelum adunan ini dimasukkan ke Oven. Senang kata Coklat ini as a filling laaa....
Alhamdullilah menjadi..




Bila kek nya sudah masak dan dipotong, inilah hasil nya. Pada mula ingin ku curahkan coklat ganache diatas nya, tapi ku batalkan kerana ingin nak tahu dahulu apa rasa nya...

Aduh...cukup enak dan manis nya pun just nice... Dilainkali boleh Ku add ganache diatas nya ....siap sudah sebiji Coklat Cadbury Kek...



Resepi nya:

Bahan A
4 sudu makan serbuk koko
150 ml susu cair
125 gm mentega
4 sudu makan gula castor
4 sudu makan susu pekat manis

Bahan B
180gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-caranya

Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum,soda,serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaup balikkan hingga serata.

Selepas itu patah-patahkan Coklat Cadbury (sedikit dahulu)dan tuang adunan ke dalam acuan dan masukkan lagi Coklat yang dipatah-patahkan secara satu bulatan.

bakar pada suhu 170'C atau sehingga masak...

6 comments:

mummyalyssa said...

mamaella bole mntak resepi kek ni ?

MamaElla said...

Salam Seri,

Boleh nanti Mama postkan resepi nya di blog..:-)

mummyalyssa said...

tq mamaella.nnt sy nak buat kek ni..maklumlah tgh brbdn 2 so trus tringin nk mkn bile tgk choc kt dlm kek tu..

MamaElla said...

Salam Alyssa,

oh lagi berbadan dua eh... biasalah itu... semuga yang didalam berasa sihat dan begitu juga dgn Alyssa..:-)

nacha said...

tgk recipe mcm senang je. ingat nanti nak cuba la. tqvm for sharing the recipe ye.

MamaElla said...

Salam Nacha,

Cubalah mana tau ia nya menepati selera nacha dan hero tuu..dah buat kasi lah Sis tengok tau.." wink "