Thursday, January 29, 2009

Cadbury Coklat Kek



Tujuan nya nak buat kek coklat aje. Tetapi Mama teringat yang didalam peti ais ada sebuah coklat Cadbury duo Milk. Lantas Coklat itu dipatah-patahkan dan dimasukkan ditahap terakhir sebelum adunan ini dimasukkan ke Oven. Senang kata Coklat ini as a filling laaa....
Alhamdullilah menjadi..




Bila kek nya sudah masak dan dipotong, inilah hasil nya. Pada mula ingin ku curahkan coklat ganache diatas nya, tapi ku batalkan kerana ingin nak tahu dahulu apa rasa nya...

Aduh...cukup enak dan manis nya pun just nice... Dilainkali boleh Ku add ganache diatas nya ....siap sudah sebiji Coklat Cadbury Kek...



Resepi nya:

Bahan A
4 sudu makan serbuk koko
150 ml susu cair
125 gm mentega
4 sudu makan gula castor
4 sudu makan susu pekat manis

Bahan B
180gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-caranya

Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum,soda,serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaup balikkan hingga serata.

Selepas itu patah-patahkan Coklat Cadbury (sedikit dahulu)dan tuang adunan ke dalam acuan dan masukkan lagi Coklat yang dipatah-patahkan secara satu bulatan.

bakar pada suhu 170'C atau sehingga masak...

Wednesday, January 28, 2009

Roti/Bread



Semalam Mama buat roti ini untuk dimakan waktu petang dan sekaligus makan malam. Roti berinti kaya memang kesukaan anak-anak dan satu lagi roti paun, kosong tapi bila makan Mama sapu butter dan nuttela dan kaya..
Keharuman bau roti ini selalu menduga selera anak-anak , suami dan juga Mama. Lelagi bila makan kita cecah dgn kopi kaw dan teh o...syiok laaaa...





Esok nak buat apa pula eh...?

Thursday, January 22, 2009

SHORTBREAD



Bahan-bahannya
300 gram butter
220 gram gula kaster
300 gram tepung gandum
130 gram tepung beras
1 ½ sudu teh baking powder
secubit garam

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.
2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam dan gaul rata dengan adunan mentega tadi.
3. Lenser loyang cutter dengan mentega dan tekan adunan didalam loyang cutter.
4. Cucuk adunan dengan garfu dan potong mengikut kesukaan anda. (Pearl dan D potong gunakan loyang cutter).
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160’C – 170’C selama 45 – 50 minit. Sejukkan dan boleh keluarkan dari loyang dan hidangkan.

P/S: Resipi diambil dari Koleksi Resipi Diana

Friday, January 16, 2009

Kuih Kaswi


Kuih Kaswi, kuih kegemaran ku, suka pada kenyal dan lembutan nya, lelagi lemak nya kelapa parut dan kemasinan garam pada kelapa itu amat enak sekali... Resipi nya dari koleksi my adik dan sekarang Mama tidak mencari nya lagi diwarung-warung kerana kalau terasa nak makan lagi ..Mama buat aje laaaa..hehehe

Marble Cake


I like so much about Marble cake, this cake can be eaten any time. The texture is very soft and the sweetness is just nice for my taste. I made it last night to be eaten today on breakfast with my family.
Every members of mine say delicious and this cake have been my favourite list. recipe is from my collection Books.