Thursday, June 18, 2009

Coretan di Pasar Basah

Kelmarin, Mama pergi ke pasar. Pergi kesana ingin memborong barang-barang pasar. Selain itu Mama bawa juga kamera kesana...
Dengan muka seposen, apa lagi kamera pun rolling... snap itu dan snap ini...yang bagus nya semua Uncles dan Nyonya amat memberi kerjasama yang baik..isk kalau lah Mama betul-betulnya Press photografi.. mesti tidak ada masaalah untuk mengambil gambar...
Disini Mama abadikan gambar-gambar yang telah Mama ambil...

Ikan Bawal putih

Lada Benggala

Buah Tomato

Lady Boss

Buah Epal



Terakhir sekali, Mama suka Bunga-bunga ini yang ditanam di bualatan di pasar ini..Chantik dan manis warna nya...Mama ada sepasu bunga ini dan ia mempunyai dua warna, putih dan merahjambu...
Ini aje kegiatan Mama.. Minggu depan baru project baking ada.... Jadi dengan itu Selamat Berhujung Minggu....

Wednesday, June 17, 2009

My Koleksi..Felawar...


Gambar yang telah Mama Shot...Chrysanthemum..atau dalam Bahasa melayu ialah Bunga Kehwah..



Mawar Merah Jambu atau Pinkish Rose......





Sekeping Sponge Chocolate cake untuk semua yang melihat Blog MamaElla...

Friday, June 12, 2009

Hadiah




Assalammualaikum Pengunjung Blog MamaElla...
Mama ingin mengucapkan terimakasih kepada Dik Mummy Seri kerana menghadiahkan yang tersangat bernilai.....
Dengan ini suka cita Mama, kepada sesiapa yang mengjenguk Blog MamaElla..silalah ambil dan gantung dirumah masing-masing....
Sekian dan Selamat berhujung Minggu...






Chocolate Butter Cupcakes


Mama buat kek ini untuk minuman petang kami. Maaf lah resipi nya sudah ada dientry lama.. Nuttela butter cake, cuma jangan digunakan nuttela tapi tambahkan koko powder lebih sedikit...dan tambahkan coklat chips semisweet lebih sedikit...
Mama menggunakan Cupcake nya casing untuk ini kali..Alhamdullilah dapat dalam 18 biji sederhana nya size...
Tiada ganache atau hiasan diatas nya kerana secara disediakan begini sudah enak dan lazat...

Wednesday, June 10, 2009

Kari Ikan Tenggiri




Bahan-bahannya:-


Sekilo ikan tenggiri - Saya gunakan yang tiada tulang isi aje
10 batang Chilli kering - potong kecil2, rebus sampai lembut dan toskan air nya. *
2 bili bawang besar *
4 biji bawangputih*
sedikit kunyit basah*
sedikit halia*
sedikit belachan*
1 sdteh Campur ketumbar dan 2 beradik jintan*
4 sudu makan serbuk kari -Saya gunakan kari ikan jenama Housebrands
1 batang daun kari
1sdteh biji sawi
1 biji besar bawang putih - dihiris halus-halus
Air asam jawa secukup nya
Minyak secukup nya

1 batang terung - potong ikut citarasa anda
2 biji buat Tomato - belah 2 aje


Cara-caranya:-)

1) Kisar bahan-bahan * sampai halus.
2)Panaskan minyak dalam kuali.
3)Tumis Biji sawi, bawang besar yg dihiris sampai wangi.
masukkan Bahan-bahan yang dah dikisar. Gaul sampai wangi dan garing, baru dimasukkan rempah kari ikan, gaul lagi sampai sebati dan wangi.
4)Masukkan air asam secukup nya.
5)Bila kuah sudah mendidih, masukan terung, tomato serta garam. kacau lagi.
6)Bila sudah mendidih baru masukkan ikan dan biarkan sampai ikan itu masak dan rasa apa yg kurang.
7)Biarkan dalam 5 minit lalu matikan api nya.

Malas...!


Malas nya...!!
Bukan malas nak masak atau mandi...
Malas nak makan..:-D

Penyakit membaca kalau dah melanda aduhai....!
Buku bacaan yang sedang dibaca ialah Buku terbari dari penulis Manaf Hamzah tajuk nya ialah "DALAM DAKAPAN KEHANGATAN SENJA.."
Bagus sangat novel deknie...

Walaupun MALAS, Mama tetap sudah masak.. dan tak tahu bila nak ada selera makan...!!
Sajian NESLO dan Kombinasi CHEESECREAM, BUTTER & CHEESE CHEDDAR amat menyelerakan tekak ini..
Lelagi Mama cetak bentuk Love, star..aduh macam sayang nak makan tau....:-D
Mama nak balik membaca lagi...!! syiok .com membaca tau...!!

Sunday, June 7, 2009

Ayam Goreng Tepung


Ayam Goreng Tepung

Resipinya:-)

Bahan-bahannya:- (1)

7 ketul ayam peha - cuci dan tos sampai kering
2 sudu makan kunyit serbuk*
2 sudumakan serbuk chilli*
2 sudumakan serbuk ketumbar / jintan 2 beradik*
1 sudu makan serbuk kari daging*
1/2 sudumakan serbuk kayu manis*

* dicampur sampai sebati - kering

Bahan dikisar:-(2)

2 ulas bawang putih sedikit halia sedikit garam
Kisar bahan dikisar sehingga halus.
Masukkan kedalam ayam bersama dengan bahan-bahan kering *.
Tambahkan sedikit garam dan perap sehingga 1 jam.

Bahan-bahannya:- ( 3)

2 Biji Telor (L) - dikocok dgn sedikit garam
3 sudumakan Tepung beras
1 sudumakan tepung jagung.
1 sudumakan ladasulah
11/2 sudumakan serbuk roti
Cara-caranya:-

* Campurkan semua bahan kecuali telor. Gaul sehingga ia nya sebati.
* Celupkan ayam kedalam telor dan celup lagi kedalam adunan tepung dan masukkan kedalam minyak yang panas serta kecilkan api nya.
Curah-curahkan minyak keatas ayam sehingga kedua-dua belah nya masak dan garing selama 15 minit.
* Angkat dan toskan kedlm tissu dapur...
P/s: kalau nak lebih pedas tambah serbuk chili lebih sedikit...

Tuesday, June 2, 2009

Moist Chocolate Cake


Assalammualaikum....
Dah lama rasa nya tidak bakar kek. Jadi bila Mama bertanya dgn anak-anak, mereka kata mereka nak kek coklat basah.
Belek punya belek.. Mama mencuba Lydia nya resepi.. dan setakat 1 cawan aje tepung nya... memang menyenangkan bagi Mama.. jadi Bila dah cuba membuat nya.... inilah hasil nya....
Terimakasih Lydia kerana resepi nya amat baik dan mudah dicuba....

Sunday, May 31, 2009

Pesta Buku Di Singapura...



Pada Tanggal 30 haribulan Mei 2009,
Saya telah ke Pesta Buku Singapura. Disana Saya bertemu dengan wakil KD( KarnaDya). Sewaktu Pesta Buku di KL berlangsung, Saya tidak dapat hadir kerana ada beberapa urusan Famili.
Jadi apabila ia diadakan disini, Saya tidak melepaskan peluang untuk datang dan lihat sendiri. Saya datang bersama teman saya iaitu ALYZE..





Apabila sampai disana, 2 penulis yang saya minati sangat, belum sampai...apa lagi.. Saya merajinkan tangan untuk melihat apa buku koleksi yang mereka ada...sempat Saya beli buku Penulis Mimie Alfinie, yang terbaru dapat Tanda-tangan nya sekali. Buku Penulis Singapura, berbentuk cerpen dan Puisi, serta sebuah Novel kanak-kanak dan Buku masak Chef NN..( Chef NN dari Malaysia, pasti anda tahu siapa dia..)


Penulis Dari Singapura, SELINGKAR KASIH koleksi cerpen dan Puisi..Ria Andriana & Zaleha Isnin....

Disana saya bertemu juga dengan MamaJambu...apa lagi makin rancak laa kita bertiga berbual....!! Betulkan Mamajambu...:-)


Tunggu punya Tunggu, akhirnya Penulis Aina Emir dan Mimie Alfinie datang..siap pula dgn dua Bodyguard nya...Hehehe..


Inilah Dia..Gambar yang sempat Saya ambil, Gambar yang lelain ada di Multiply Saya..
Untuk buku Novel MATAHARI, sudah saya baca dan miliki, itupun Kakak Norisah.A.Bakar yang menghadiahkan kepada Saya, Siap ada tandatangan Penulis Aina Emir sekali...Terimakasih Kak diatas Hadiah nya itu...Allah Sahaja yang membalas budi baik Kakak..Amin..

Tuesday, May 26, 2009

Bubur Ayam



Dengan Cuaca yang begitu panas, Elok rasa nya Kita menjamu makanan seperti Bubur atau lauk yang kurang berempah...

Bubur Ayam dibuat untuk makan pada tengahari.... membuat nya pun amat mudah... apa tah lagi bila merebus nya Mama banyak menggunakan tulang-tulang ayam.. Ia membuat Bubur ini lagi sedap dan enak.

Tidak dilupakan menaburkan diatas nya kacang goreng, Anak ikan bilis yg halus dan sudah digroeng serta hirisan Chili padi kecil , bawang goreng dan Hirisan kek ikan...

Kalau mahu lagi sedap ambillah dua atau tiga senduk dan masakkan diperiuk lain lalu pecahkan sebiji telor dan biarkan samapi telor itu masak... Dan macam cara orang tionghua kan...!!

Mama suka membuat Bubur Ayam ini cara orang tionghua... Mudah dimakan enak dirasa....!!

Sunday, May 24, 2009

Bertemu Dgn Teman Lama....



Popeye Chicken Restaurant

Hari Sabtu lepas, Mama dgn anak-anak berjalan ke arah Lapanganterbang.
Disana Mama bertemu dengan Kawan atau teman sekolah serta sekampung (Childhood)
Kita berjanji untuk bertemu di Popeye Restaurant...

Dia datang dengan anak Gadis nya Seri, sungguhlaa manis.. Macam ibu nya...:-)
Mama membelikan Anak-anak Mama makanan seperti..Popeye Prawn popcorn Sandiwich (kalau salah eja ..Minta Maaf tau..) 3keping ayam nya sama juga Mama.. side dish nya kentang lenyek, Salad dan french fries dan Mama tambah $2. dollars untuk mendapatkan Drumlet spices..Maaf tak ambil Gambar .. Lupa...!!

Selepas makan Kita ke Viewing mall...Seronok...!!




Haziq dan Hafiz sungguh seronok dapat melihat dan bermain disini... Pekik laa dan lari laa orang tidak kisah... yang penting anak-anak Bahagia...!!

Sempat Juga, Mama mengambil gambar Kawan Mama, Puan Shamsiah Ali dengan anak Perempuan nya Seri....:-)





Genap jam hampir pukol 18.15 Kita pun berangkat pulang, Masing-masing dengan tujuan dan lokasi sendiri....
Hazif dan Hafiz...senyum melebar kerana kepenatan bermain....Home Sweet home....!

P/s: Setelah Mama dan Puan Shamsiah merasa Ayam Popeye yg dibuat dengan rempah Cajun...overall ..kita sepakat mengatakan bahawasanya, ARNOLD FRIED CHICKEN IS STILL THE BEST OF THE BEST...!!
Dan Biskut Buttermilk Popeye garing diluar tapi lembut macam roti didalam nya...!!

Saturday, May 16, 2009

Merlion Ku



Kota Singa atau Temasik...

Tidak akan lengkap bagi pelancong yang datang sini, kalau tidak bergambar disebelah Patung kebanggaan Kami.

Sewaktu Mama lagi menghadiri perjumpaan dengan kawan-kawan di lain Forum, Mama sempat mengambil Gambar Merlion atau Patung Singa.

Kawasan ini kalau disebelah malam..amat Chantik dan Menarik...Lelagi didepan nya ada Singapore Flyer...




Ini lah salah satu hobby Mama selain didapur....


Monday, May 11, 2009

Capati, Ayam Masala dgn Salad hijau...

Pinggan Mama..

Ayam Masala

Salad Nya


Ini lah menu Makanan yang telah disiapkan oleh Mama...

Banana and Cheese Muffins



Mama Buat Muffin ini untuk minuman petang kami...
Untuk tambahan kek Blackforest Hari Ibu... Anak-anak pula tidak bersekolah , jadi riuh rendah rumah Mama pada sangat bergini....


Resipinya
Bahan-bahannya:-

100gm Tepung kek
100gm Tepung Gandum
100gm Butter / Marjerin
4Ulas Pisang - dipenyekkan
2 sudu makan Cheesecream
100 gm Gula
150 ml Susu
3 biji telor size S
1/2 sudu teh BPowder
Sedikit essen vanila
sedikit pandan essen/ pewarna hijau
Cara-caranya:-


Satukan Tepung2 dgn Bp..dan ayak 2 kali..ketepikan.
Pukol Telor agak kembang sedikit, masukkan butter didalam nya dan pukol lagi sedikit, baru dimasukkan cheesecream dan pukol lagi, baru masukkan Pisang dan dikacua lagi sampai rata.
Masukkan Essen vanila dan essen Hijau serta warna apple sekali. dan kacau lagi sampai rata.
Masukkan Tepung kedalam adunan telor , diikuti dengan susu segar..selang seli dikacau perlahan-lahan dan sampai sebati.
Tuangkan kedalam acuan casing pilihan anda dan bakar selama 45 minit dengan suhu 170....

P/s: Satu adunan dapat dalam 7 biji sederhana besar muffin ini....

Monday, May 4, 2009

Rich Chocolate Cake



Today ..I am not going to type anythings about this Cake...so just enjoy watching it and Have a nice days...

Sunday, May 3, 2009

Mawar Ku


Mawar-mawar ini adalah dari Kebun Mama..Mekar mewangi dan chantik warna nya..Mama abadikan disini sempena.. ia mula berbunga...

Friday, May 1, 2009

Udang Goreng Kunyit


7 keping udang galah - dibersihkan dan ditos airnya
1 biji bawang besar -dihiris bulat-bulat
2 biji bawang putih -dibersihkan ditumbuk sampai hancur
1 sudu teh kunyit basah
1 sudu teh serbuk lada
sedikit lada putih
sedikit daun parsley keringnya
Garam sedikit
Minyak makan secukup nya
Gaulkan udang dengan bahan yg ditumbuk, serbuk lada, serbuk lada sulah , serbuk kunyit dan garam. Perap selama 30 minit.
Panaskan minyak masak secukup nya dengan api sederhana, tumis bawang besar sampai wangi, lalu masukkan udang yang telah diperap terlebih dahulu.
Gaul rata-rata dan masukkan garam dan daun parsley dan kacau lagi sehingga udang masak...
Angkat dan hiaskan dengan daun bawang dan hirisan lada merah..

Thursday, April 23, 2009

Coklat Muffin


Coklat Muffins...



Heran ia kerana Mama menggunakan Cupcake nya casing..Jangan diheran pasal Casing muffin dah habis, jadi Mama gunakan aje casing cupcakes ini.
Resipi nya Mama gunakan entry lama...Maaf lah kerana sudah lama tidak buat Muffins.. Bila Si sulong request..Mama buatkan laa untuk dia makan...
Beza nya cuma Mama topkan diatas Muffins ini Biskut oreos.... dan seperti didalam nya ada Dark coklat chips... Tidak terlalu manis dan rasa coklati...

Alhamdullilah, sempat kami makan untuk minuman petang.......:-)

Monday, April 20, 2009

Nasi Goreng Dendeng Madu....

Nasi goreng Dendeng Madu....
Haziq memang dah minta dimasakkan untuk nya..kerana Ibunya tidak senang , jadi kebetulan hari ini nasi belen semalam banyak...tercapailaa cita-citanya ..Senyum lebar dia beri kepada ku...
Tidak susah untuk membuat nya dan Dendeng itu Saya beli dalam 400gm... Jadi ia nya amat sesuai untuk dibuat gorengan dalam nasi atau untuk topping pizza...
bagi ku , nasi goreng ini tidak pedas, jadi teraksa ku hiris chillipadi dan taburkan diatas nya...
Inilah menu makan tengahari ku....:-)

Friday, April 17, 2009

Terimakasih...


Coklat kek ini dibuat diatas permintaan Teman Mama... Semuga rasa kek ini kena dengan selera Teman Mama...
Coklat kek ditaburi dengan ganache serta biskut Oreo dan berisikan Coklat Cadbury...Bagi penggemar coklat ..ia nya amat sesuai.......:-)
Terimaksih dan Selamat berhujung Minggu semua...

Tuesday, April 14, 2009

Popiah Kentang




Bahan2nya:

4-5 biji kentang, buang kulit, dadukan dan rebus dengan sedikit garam sehingga empok. Buangkan air nya dan lenyek.
2 bawang putih - cincang
1 bawang besar - dadu
3/4 cawan bawang goreng
3 sudu makan hirisan daun sop and bawang
sedikit daging cincang (optional)( Part ini Mama gunakan daging cincang yang dah disangai lebih awal dengan rempah ratus Mama nya)
garam, lada putih dan minyak

Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu kemudian masukkan daging cincang. Masak sehingga kering, dan letakkan garam dan lada putih.
Masukkan kentang rebus tadi dan gaul sehingga sebati .
Matikan api.
Campurkan dengan bawang goreng dan daun sop/bawang dan gaul sehingga mesra.
Jika nak pedas boleh juga masukan hirisan cili merah.
Sejukkan sebentar sebelum digulung dengan kulit popia dan digoreng .

P/s: Terimakasih kepada Mummy Jam kerana resepi nya enak banget..lelagi Mama makan dengan cecah sos chili epok-epok sayur...Yummy!!

Thursday, April 9, 2009

Coklat koko Krunch


Kookies ini Mama buat sempena ada belen coklat cair..
Pelanggan Mama yang setia dan anak nya amat suka.. jadi dia minta dibuatkan..Mama pun setuju.
Tapi Coklat koko Krunch bukan seperti diatas tau... lain sedikit.. dan bila Mama tengok belen coklat ini...dan apa lagi..Mama terus maksudkan semua 1 kotak yang baru kedalam nya..dan gaul-gaul sehingga rata...Sayang didapur tidak ada kacang, raisin atau yg sesuai untuk dimasukkan kedalam kookies ini...!!
Ini lah dua Juadah yang disiapkan untuk cemil-cemilan esok kerana di HBO akan menayangkan cerita-cerita yang bagus-bagus......
Selamat bercuti semua...:-)

Chocolate & Banana Cake


Combination of Banana and Chocolate was very Good and Delicious....I made this Cake for our Tea time.....One slice is not enough... and my son keep asking repeating for some more cake..I guess it suit his taste...

I 'll keep this in our favourite time...

Tuesday, April 7, 2009

Cemilan Tahu Goreng




Hari ini Mama betul-betul kecewa.Kecewa dengan tahu.:-( Rancangan dihati nak kukus Tofu silken ini dengan daging cincang..:-( sekali Tahu ini jatuh ke mangkuk lalu pecah-berkecai..Arghhhhhhhhh!!

Sedih, kecewa dan Marah pun ada...isk..sekarang tahu dah pecah nak buat macam mana....!!!
Idea pun datang setelah duduk termenung kejap...Mama buat Cemilan Tahu Goreng.. kerana tahu ini memang khas buat dikukus dan terlalu lembut... Mama buat dengan berhati-hati...
Jadi ini lah hasil nya..Resepi ada Mama tepikkan sekali...


Bahan-bahannya:-

A

$2.00 Daging Cincang
1 ulas bawang putih - dicincang halus
Sedikit halia tua - dicincang halus
sedikit serbuk buah pala
Sedikit serbuk kayu manis
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
1/2 batang lada merah dibuang biji - dipotong kecil-kecil
1 batang daun ketumbar - dimayang halus

B

1sudu teh tepung jagung
1 sudu teh tepung gandum
1 biji telur
1 kotak silken steam tofu

C

serbuk roti secukup nya
1 atau secukup telor - dikocok

Cara-caranya:-

Bahan A disatukan dan diperah selama 1/2 jam.
Bahan B disatukan dan di ramas tahu nya, lalu dimasukkan kedalam bahan A dan digaul sehingga sebati. Kukus tahu ini sampai masak dan bila dah masak disejukkan.
Potong mengikut kesukaan anda, lalu dicelup kedalam telor dan digolekkan kedalam serbuk roti dan goreng didalam minyak yang banyak dan sampai masak.
Sajikan dengan Chilli sos dan mayo...

Sunday, April 5, 2009

Biskut Pink lady in Dots


Chantik nama nya serta rupa Biskut Pink Lady in Dots... rasa nya pun enak dan lazat...
Hari ini Mama cuba buat Biskut ini.. dan ternyata hasil nya Thumbs-Up..Satu adunan dapat dalam 40 biji dan disaluti dgn coklat serta ditaburi manik-manik Love...
Biskut ini juga sudah terlist dalam perjualan untuk Lebaran pada tahun ini...Insha-Allah kalau diberi kesihatan yang baik..:-)

Friday, April 3, 2009

Steamed Chocolate Cadbury Crunch cake



Maaf....lama tak update blog ini..almaklum minggu ini Bz mengalahkan Boss pula...hehehe

Tak sempat nak duduk lama didapur... makna nak hantar anak kedokter, anak sakit deman dan stomachflu dan mana sepupu kemalangan...Haizzz... sibuk tersangat dan penat...!!


Hari ini masuk dapur kerana dan rindu nak makan kek.. Terlalu rindu sangat...!! fikir-fikir.. tergerak hati nak cuba buat kek kukus...

Tetapi bukan kek buah tau....nama nya 4C Kukus Kek...

Gelak betul bila Mama tengok nama nya.. tapi sedap rasa nya dan 4C adalah Steam Chocolate Cadbury Crunch Cake..Ha'ah kan panjang lebar nama nya...:-D






Bila kek ini dipotong, kelembutannya amat terasa.. kalau nak dipanggil kek coklat basah pun boleh...

Dalam petiais, ada lagi sekeping Coklat Cadbury Crunch yang ada kacang, jadi Mama patah-patahkan dan taburkan disekeliling nya.. tekan kan sedikit dan kukuslah selama 1 jam...

Bila kek ini dah masak dan sejuk barulah Mama buatkan coklat ganache dan Mama taburkan Oreo Kookies anak-anak nya yang ada belen...Nasib baik mereka tak kisah kalau tidak haiz... Bogel ajelah atas nya...:-D

Resipi kek Mama sertakan.. Ganache tidak tau. kerana Mama cuma cairkan aje coklat itu di atas double boil dan letakkan sesudu makan mentega..dan kacau sehingga cair dan curahkan aje diatas nya lalu taburkan serbuk Oreo kookies yg dah ditumbuk keatas kek ini...Biarkan ia nya sejuk baru boleh dipotong dan makan bersaam Teh-O...

Minta maaf sekali lagi kerana resipi nya Mama ter-type dalam bahasa Omputih daaaa....!

Resipi kek:-

Steamed Chocolate Cadbury Crunch Cake.

200 gm Superfine Flour ( I use Top flour)
100 gm Cocoa Powder
1 tspn Baking powder
1 tspn Soda bicarbonate

3 Eggs

200 gm caster sugar
1 bowl Condensed milk
1 bowl Veg oil
1 bowl Hot water

Methods:-

Sieve Flour, Cocoa, Baking and soda. Put aside.
Beat Eggs, milk ,sugar and oil in another bowl. Till incorperate.
Fold in shifted flour and stir well.
Finally pour in hot water and mix well.
Grease and line an 8x8' round mould
Pour in batter and steam for 1 hour or till cook.
Lastly after the pour just break few chocolate bars and put inside the batter...

Terimakasih Mama nak ucapkan kepada Chef Zubaidah Bte Chepa kerana resipi nya amat Lazat dan sedap...!!

Thursday, March 26, 2009

Ayam Oh Ayam....

Ayam oH Ayam...


Ayam Masak Merah...sedap dimakan dengan Nasi, Ketupat dan Lontong...Juadah yang amat digemari oleh Orang dewasa, Tua atau kanak-kanak..
Ayam masak merah boleh dipelbagaikan..ada yang suka lebih sambal atau sos tomato....Rasa nya manis, masam dan pedas....
Ayam masak merah adalah juadah Mama pada hari ini disamping Lauk Sayur dalca dan Nasi putih.......:-)

Sp@geeti Daging Berbola


Minggu lepas, Mama ke Kelantan. Disana Mama ada membeli 3 instant Maggi sos Spageeti.
Kebetulan, anak Mama Haziq ada mengatakan hari ini toksah masak Nasi kasi Nasi rehat seketika. Hehe..lucukan kedengaran nya..
Bila Mama tanya nak makan apa hari ini...Dia kata buatlah Spageeti..Jadi Mama teringat, Mama ada beli instant sos di Kelantan...
Apa lagi..Mama tambahkan daging berbola, pun kes beli juga...
Barang instant ini kita mesti tambah serba sedikit.. Janganlah kita harap begitu aje..pasti keputusan nya menghampakan...
Mama tambah apa yang perlu....dan keputusan nya...Wallaaaaaaaa!! Hubby kata SEDAP..Haziq kata SEDAP....Alhamdullilah...syukuran....!!
P/s: Dalam sos itu memang dah ada Daging kisar..Mama tambah lagi Daging brbola...lagi Umphhh!!

Sunday, March 22, 2009

Biskut Hati




Biskut Hati, tak cantik tapi sedap dimakan dan kelemakkan nya usah diragu...Jum Layan tengok Gambar dahulu...