Thursday, December 4, 2008

Kek Buah Birmingham




Bahan-bahannya:-

330 gm tepung kek
1/2 steh serbuk penaik
215 gm gula perang
215 gm mentega
6 biji telor
75 gm serbuk badam
1/2 steh essen vanilla
100 gm kacang ( Pecan, walnuts, gajus)
55 gm walnuts
1 kotak buah-buahan campur
200 gm epal, figs dan aprikot kering
35 gm mentega (dicairkan)

Cara-caranya:-

1) Ayat tepung bersama serbuk penaik, ketepikan
2) Buah kering, dan dalam kotak dan kekacang hendaklah dipotong sesama size dan ambil 2 atau 3 sudu makan tepung tadi untuk digaul dan ketepikan.
3) Pukul Mentega dan Gula perang sehingga kembang dan pekat, masukkan serbuk badam dan pukul sehingga rata.
4) Masukkan telur satu persatu sehingga habis, Masukkan esen vanila dan pukol sehingga rata.
5) Belen tepung tadi dimasukkan kedalam adunan yang dipukol, dan pukol sehingga sebati dan massukkan buah-buahan dan kekaxcang yang digaul dengan tepung kedalam adunan tadi, kacau menggunakan kayu sudik dengan tangan. kacau sehingga sebati.
6) Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu160 darjah selsius.
7) Bakar sehingga masak selama 2 atau 3 jam.
8) setelah masak keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega cair . Biarkan kek sejuk dahulu baru dipotong..

No comments: