Sunday, December 21, 2008

Ambon Palembang


Mama buat Ambon Palembang untuk minuman petang pada hari ini. Penyakit 'M' dah mai jadi Mama malas nak gunakan acuan Lompang malah Mama gunakan loyang aje dan dikukus selama 1 jam 15 min atau sehingga masak.
Ambon ini ada sedikit kelainan nya... dan rasa nya pula lemak dan manis. Dimakan dengan kelapa parut... Insya-Allah Mama akan buat lagi itupun kalau Penyakit " R " dah mai ler...hehehe...
Resipi dari Koleksi buku Mama...

Bahan A

1 cawan gula pasir
1 cawan air

Cara-caranya:-

Masak gula dan air sehingga menjadi gula hangus. angkat dan ketepikan.

Bahan B

8 oz mentega
3 biji telor
1 Tin susu carnation - Boleh dikurangkan ke 3/4
1 cawan gula pasir - kalau mahu kurangkan manis pun boleh dikurangkan sedikit
3 cawan Tepung ganndum
1 sudu teh serbuk bicarbonate
1 sudu teh vanilla esen

Cara-caranya:-

Pukol mentega dan gula sehingga kembang.
Diikuti telur sebiji demi sebiji sehingga habis.
masukkan Susu cair, vanilla esen, Serbuk bicarbonate dan gula hangus. kacau sehingga rata..
Lalu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga habis. di pukol selama 5 min.
Sediakan loyang bulat atau acuan lompang dan masukkan adunan kedalam nya sehingga paras 3/4.
Kukus sehingga masak..(Kukusan harus dipanaskan terlebih dahulu.)

2 comments:

Maya Yunos said...

Hi mamaella :) This recipe looks interesting. Ia memangnya dimakan dgn kelapa ye?

MamaElla said...

Salam Maya.. benar ia memang dimakan dengan kelapa.."smile"