Tuesday, December 2, 2008

Apam Kukus


Mama Buat Apam Kukus untuk minuman petang. Haziq amat gemar sekali dengan Apam ini, lelagi dimakan dengan dicecah gula merah bersama air teh O nya.. Laju aje macam LRT...hehehe..
Satu adunan mendapat 15 kecil nya 8 biji dan yg besar nya 7 biji.
Terimakasih kepada Chef Yasa Boga..


Apam Kukus - Yasa Boga

Bahan-bahannya:-

300 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda penaik
5 biji kuning telor
4 biji putih telor
250 gm gula pasir
1/2 sudu teh essen vanilla
200 ml air soda water ( bukan cream soda tau)

Cara-caranya:-

1) Ayak tepung bersama soda powder (Bicarbonate soda). ketepikan.
2) Pukul Kuning, putih telor dengan gula sehingga kembang dan pekat. Masukkan essen vanilla sewaktu ia masih putar.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan diikuti air soda, berselang-seli sehingga tepung dan air habis.
4) Sediakan acuan kecil-kecil dan dialas dgn papercup..
5) Masukkan adunan sehingga paras atas, dan kemudian baru masukkan kedalam kukusan. Tutup Kukusan mesti dibalut dengan tuala.
6) Api mestilah besar dan kukusan sampai 20 mini atau ia nya merekah diatas nya
.


2 comments:

How To Eat A Cupcake said...

No clue what those are, but they look interesting! ;)

MamaElla said...

This is a Steam cake, and eaten with sugar and shredded Coconut, I made it for our Tea-time...:-)