Wednesday, December 31, 2008

Salada-Udang (Prawn Salad)


Mama buat Salada ini untuk dimakan tengahari. Enak dan suka kemanisan Udang dan sayur nya.
Salada ini berupa dari sayur, daun ketumbar, daun pudina, timun jepun, celery , bawang hiri dan udang sebagai kelengkapan untuk menjadikan ia nya sebuah Salada.
rasa-rasa masam dan wanginya minyak bijan serta lelain bahan, tak terkata enak dan sedap nya.
Sesuai untuk yang ingin berdiet... Apa pun Sayur mempunyai kelebihan tersendiri..dan amat baik utnuk badan dan kesihatan Kita...Betul tak???
Lupa sekali..Selamat Tahun baru 2009 kepada semua Pengunjung Blog Diari MamaElla..
.

Pu3 Salat


Pu3 Salat... enak dimakan diwaktu pagi mahu pun petang. Kuih traditional bagi orang Melayu.
Mama membuat nya diatas permintaan anak-anak dirumah dan juga untuk dibawa kerumah adik...
Hanya menggunakan daun pandan bagi mewarnakan hijau... aduh..sudah cukup wangi bau nya... Inilah hasil nya hanya menggunakan loyang 7 inchi aje ... dan Mama memotongnya dengan menggunakan pisau agar-agar, supaya menampakkan belang nya ditepi...Cantik kan...enak dan lemak itulah rasa nya....Syukuran..!!

Sushi


Hi...I made this Sushi for My elder son. He loves sushi so much and he can ate it without non stop. So I decided to made it for him.
Thank to god he likes it, even thou he knew that his Mum is not expert with making Sushi...Indeed he ate it with big smiles...Luv you Haziq..:-)

Monday, December 29, 2008

Bening Brokoli Berbola ikan


Brokoli..bila dimasak Bening dan dicampurkan sedikit Fishball atau bola ikan amat sesuai sekali.. Pertama anak-anak secara tidak sengaja akan makan sayur dan ikan, Sop nya boleh mereka hirup secara pelahan-lahan...apatah ia nya amat menyegarkan tekak...dengan cuaca yang amat panas, tak salah kalau kita makan lauk bening...
Tapi lauk ini tidak boleh diulang panas tau... kerana tak sedap laaa....hehehehe..

Blackpepper Ayam


Mama membuatnya untuk dimakan pada tengahari dan ia nya amat sesuai dimakan dengan nasi atau spagetti...

Mama menggunakan isi ayam dan bersayurkan Celery serta Lobak merah.....dengan sedikit kuah nya .. makanya tak salah kalau kita boleh makan dengan Spaggetti....Tapi Mama makan dengan nasi panas berserta sambal belachan dan bening brokoli ikan bola.....:-)

Cucur seafood


Cucur Seafood atau dipanggil disini Jemput-jemput Seafood...Buat untuk minuman petangf di cecah bersama sos chilli...
Bila dikatakan seafood..maksudnya, ada udang, ketam stik dan hotdong serta sedikit mixed Veg.....
Amat sesuai untuk dimakan diwaktu pagi atau petang... Mama percaya semua tahu buat kuih ini..dan tak payah lah Mama turunkan resipi nya...Ahaks...!!

Chinatown

Chinatown..Busy areas while A Festivals is coming soon..Managed to snap fews pictures and Love the Colours...









Chinatown

Chinatown

Chinatown


Chinatown


Chinatown


Souveniors













Friday, December 26, 2008

Kek Pisang Coklat


Mama buat KEK PISANG COKLAT untuk di hadiahkan kepada kawan-kawan yang akan Mama bertemu esok hari.

Ringkas dan mudah aje bahan-bahannya. Mama membeli pisang dari pasar dan nampak cantik serta manis rasa nya..

Semuga Kek ini menepati cita rasa kawan-kawan yang akan ditemui keesokkan nya...Berdebar...!!

Monday, December 22, 2008

Tahu Bakar


Kalau makan diluar, selalunya sayur atau kuah

dan kacang nya kurang... Tahu bakar ini, memang kegemaran Mama.

Mama suka pada pedas dan manis serta rangupnya kacang itu bila dikunyah.

jadi pada hari ini, Mama buat sendiri Tahu bakar... Syiok tau... buat sendiri lagi muai...

Mee Kari



Mama buat Mee Kari untuk makan tengahari dan makan-malam (itu pun kalau ada yg nak makan malam..kalau tidak Mama simpan aje)
Senang dan mudah serta tidak pedas. Amat sesuai untuk anak-anak Mama makan. Dihiasi dengan isi ayam , fish cake, dan telor rebus serta ada Tahu kering dan sayur taugeh...
Mama memang jarang masak Mee yang berkuah santan dirumah ini. jadi bila menu pada hari ini nampak laris...Alhamdullilah.. Syukuran...

Sunday, December 21, 2008

Ambon Palembang


Mama buat Ambon Palembang untuk minuman petang pada hari ini. Penyakit 'M' dah mai jadi Mama malas nak gunakan acuan Lompang malah Mama gunakan loyang aje dan dikukus selama 1 jam 15 min atau sehingga masak.
Ambon ini ada sedikit kelainan nya... dan rasa nya pula lemak dan manis. Dimakan dengan kelapa parut... Insya-Allah Mama akan buat lagi itupun kalau Penyakit " R " dah mai ler...hehehe...
Resipi dari Koleksi buku Mama...

Bahan A

1 cawan gula pasir
1 cawan air

Cara-caranya:-

Masak gula dan air sehingga menjadi gula hangus. angkat dan ketepikan.

Bahan B

8 oz mentega
3 biji telor
1 Tin susu carnation - Boleh dikurangkan ke 3/4
1 cawan gula pasir - kalau mahu kurangkan manis pun boleh dikurangkan sedikit
3 cawan Tepung ganndum
1 sudu teh serbuk bicarbonate
1 sudu teh vanilla esen

Cara-caranya:-

Pukol mentega dan gula sehingga kembang.
Diikuti telur sebiji demi sebiji sehingga habis.
masukkan Susu cair, vanilla esen, Serbuk bicarbonate dan gula hangus. kacau sehingga rata..
Lalu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga habis. di pukol selama 5 min.
Sediakan loyang bulat atau acuan lompang dan masukkan adunan kedalam nya sehingga paras 3/4.
Kukus sehingga masak..(Kukusan harus dipanaskan terlebih dahulu.)

Saturday, December 20, 2008

Makan-makan di JB


Mama makan Mee Rebus Setulang special nya... kalau special nya ada udang dan cendawan goreng, ditaburi dgn keropok diatas nya...segi rasa bagi Mama biasa aje tidak ada Umph gitu....$4.50rm semangkok.
Selepas itu Mama cuba lah makan Mee Blackpepper Ayam , harga nya $5.00rm...mee ini kurang pedas atau tak pedas langsung cuma panasnya berasap-asap ker
ana dimasak didalam hotplate.. Sesuai untuk anak-anak makan atau penggemar yang tidak suka pedas....

Thursday, December 11, 2008

Roti bersalut Coklat


Roti bersalut Coklat dibuat untuk sarapan anak-anak Mama..Enak

dan crunhcy... seperti biasa Coklat adalah kegemaran Mereka. Di saluti kacang..menambahkan kelazatan dan rangup nya roti ini...

Resepinya:-

Bahan-bahannya:-

1 bantal roti putih
Jam, Nuttela atau peanut butter secukupnya
Kekacang pilihan anda - (badam, gajus, pistachio atau Kacang tanah)
Coklat buku secukup nya - dicairkan melalui double-boil

Cara-caranya:-

Sapu roti putih dengan butter dan panggang sehingga garing.
Sapukan jem, nuttela coklat atau peanut butter diatas nya dan lekatkan dua belah roti.
Setelah itu potong mengikut kesukaan Anda dan celup didalam coklat cair dan taburkan kedalam kekacang dan biarkan roti ini keras.
Makan lah dgn minuman kesukaan anda...

P/s:- Kalau suka boleh tambah BuahPisang dan lain buah kesukaan anda...didalam roti yg sudah disapukan jem atau peanut butter...

Monday, December 8, 2008

Lemon Buttermilk Cake





Ingredients:

250 gm Butter
3 cup of Flour
1 cup of sugar
1/2 tspn Baking powder
1/2 tspn salt
3 tablespoon lemon juice
1/2 tspn lemon rind
1 cup buttermilk
3 Eggs

Glaze

1/2 cup lemon juice
1/2 cup sugar

Methods:

Shift flour, salt and baking powder together ,set aside.

Beat butter and sugar till soft and well mixed.

Add Eggs, one at the time.

Add flour bit by bit , alternatively buttermilk and Do it until all dry and buttermilk finished.

Add lemon juice and rind, stir untir well mixed.

Pour into the Pan and bake for 1 hour or until the cake tester gently inserted into the middle comes out clean .

Glaze

Mix Sugar and lemon juice and let it stand and keep stir until sugar is dissolved.

Remove the cake from the oven.

Let it stand in rack for 5 mins.

Glaze the mixture at the Hot cake with the brush and let it stand Cool..

P/S; Recipe from Maida Heather

Selamat Hari Raya Haji

Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat Islam. Semuga haji atau korban yang anda lakukan di terima oleh Allah Taa'la...
Hari ini, Mama berkunjung kerumah adik dan Bonda. Kami di sajikan pelbagai menu dan kek yang sedap-sedap belaka. Alhamdullilah rezeki dari Nya, agak payah mahu ditolak.


Nasi Beryani Dam

Kek Buah Chef Tania



Tart Keju


Butter cake

Rawon Set



Today 8 th Dec 08' is Hari Raya Haji...

I have prepared this Menu of Rawon Set for My family. Wrapped in Banana leaf and sitting with all my sibling and parent together we ate happily.

Actually origin of Rawon is from Indonesia...

I did remember, when I was a kid, My mother used to cooked this excellent dish.

Thank you Mother for the wonderful time we were on those days...






Rawon Dish

Saturday, December 6, 2008

Biskut Coklat Krunch


Salam Adil Adha untuk Semua pengunjung Blogspot.Com.


Coklat krunch ini , dibuat untuk anak-anak mencemil sambil nonton TV. disamping itu Mama ada menghadiahkan sebotol kepada Teman di Multiply...
Enak dan lazat rasa nya, Coklat Krunch hanya sesuai untuk peminat coklat dan sekali rasa pasti mahu dua atau tiga kali seterus nya...
Tapi bila sudah makan jangan lupa meminum air putih tau..:-D

Thursday, December 4, 2008

Kek Buah Birmingham




Bahan-bahannya:-

330 gm tepung kek
1/2 steh serbuk penaik
215 gm gula perang
215 gm mentega
6 biji telor
75 gm serbuk badam
1/2 steh essen vanilla
100 gm kacang ( Pecan, walnuts, gajus)
55 gm walnuts
1 kotak buah-buahan campur
200 gm epal, figs dan aprikot kering
35 gm mentega (dicairkan)

Cara-caranya:-

1) Ayat tepung bersama serbuk penaik, ketepikan
2) Buah kering, dan dalam kotak dan kekacang hendaklah dipotong sesama size dan ambil 2 atau 3 sudu makan tepung tadi untuk digaul dan ketepikan.
3) Pukul Mentega dan Gula perang sehingga kembang dan pekat, masukkan serbuk badam dan pukul sehingga rata.
4) Masukkan telur satu persatu sehingga habis, Masukkan esen vanila dan pukol sehingga rata.
5) Belen tepung tadi dimasukkan kedalam adunan yang dipukol, dan pukol sehingga sebati dan massukkan buah-buahan dan kekaxcang yang digaul dengan tepung kedalam adunan tadi, kacau menggunakan kayu sudik dengan tangan. kacau sehingga sebati.
6) Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu160 darjah selsius.
7) Bakar sehingga masak selama 2 atau 3 jam.
8) setelah masak keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega cair . Biarkan kek sejuk dahulu baru dipotong..

Tuesday, December 2, 2008

Apam Kukus


Mama Buat Apam Kukus untuk minuman petang. Haziq amat gemar sekali dengan Apam ini, lelagi dimakan dengan dicecah gula merah bersama air teh O nya.. Laju aje macam LRT...hehehe..
Satu adunan mendapat 15 kecil nya 8 biji dan yg besar nya 7 biji.
Terimakasih kepada Chef Yasa Boga..


Apam Kukus - Yasa Boga

Bahan-bahannya:-

300 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda penaik
5 biji kuning telor
4 biji putih telor
250 gm gula pasir
1/2 sudu teh essen vanilla
200 ml air soda water ( bukan cream soda tau)

Cara-caranya:-

1) Ayak tepung bersama soda powder (Bicarbonate soda). ketepikan.
2) Pukul Kuning, putih telor dengan gula sehingga kembang dan pekat. Masukkan essen vanilla sewaktu ia masih putar.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan diikuti air soda, berselang-seli sehingga tepung dan air habis.
4) Sediakan acuan kecil-kecil dan dialas dgn papercup..
5) Masukkan adunan sehingga paras atas, dan kemudian baru masukkan kedalam kukusan. Tutup Kukusan mesti dibalut dengan tuala.
6) Api mestilah besar dan kukusan sampai 20 mini atau ia nya merekah diatas nya
.


Monday, December 1, 2008

Sehari, Semalam dan BBQ di Pantai PR..


















Sabtu lepas, kegiatan Mama sefamili bersama semua sibling bermalam dan BBQ di pantai Pasir ris. Kita sediakan apa yang ada sahaja , ia itu Lemak Chilli Padi Babat , Blackpepper daging , Nasi Lemak Set ( Sambal tumis Hotdog & Telor rebus), Beehoon goreng, Mee goreng, Pau kari ayam dgn kacang merah,Jemput-jemput Pisang, Egg mayo, air soursop dan tibits. Ada juga Maggi sepaket dan setin Mushroom soup , kesukaan Hafiz.


Kami cukop gembira, lelagi sekarang ini musim cuti sekolah.. sedikit sebanyak gambar-gambar yang ini sahaja yang Mama sempat ambil...