Thursday, October 30, 2008

Nasi Briyani dgn Ayam Masala



AYAM MASALA

Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam potong 12 bahagian - dicuci dan dtos air nya
2 sudu makan chili boh atau kisar
7 batang lada hijau*
4 biji Bawang besar*
6 biji Bawang putih*
halia sejengkal*
Sedikit lengkuas-dititik
1 batang Serai- dititik
1 sudu makan campuran serbuk ketumbar, jintan manis dan kasar
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu makan rempah kari ayam
1 batang kayu manis
2 biji bunga pelaga
2 biji bunga cengkeh
1/2 sudu teh lada putih
sedikit daun ketumbar dan pudina
1 biji buah tomato - dibelah 4
1 sudu makan sos tomato
Bawang goreng untuk ditabur
Minyak untuk menggoreng
1/2 sudu teh minyak Sapi

Cara-caranya:-

1 Kisar halus bahan-bahan *. Panaskan kuali dan masukkan Minyak sapi dan minyak masak. Bila minyak dah Panas, masukkan 4 sekawan( cengkeh, pelaga dan etc) kedalam nya. Bila ia mula meletup-letup masukkan serai dan lengkuas, bila dah wangi sedikit baru masukkan bahan-bahan kisar dan Chilli boh. Kacau sehingga sebati dan rata.

2 Bila rempah sudah wangi, masukkan rempah garam masala, kari, serbuk ketumbar dan jintan dua macam dan kacau lagi biar ia nya sebati dan keluar minyak.

3 Bila dah keluar minyak masukkan sos tomato dan buahnya sekali, kacau lagi baru masukkan ayam dan balik-balikkan serta tutup periuk nya dan menggunakan api sederhana.

4 Bila ayam sudah separuh masak , masukkan dua macam daun dan garam serta lada putih, kacau perlahan-lahan dan biarkan sampai ayam nya masak dan kuahnya agak pekat.

5 Rasa apa yang kurang, angkat dan taburkan dengan bawang goreng. Enak dimakan dengan nasi beryani atau roti nan atau capati...







Nasi Briyani

Bahan-bahannya:

3 cawan beras-Mama gunakan beras biasa aje.
air- ikut sukat masing-masing
1/4 cawan susu cair (evaporated milk)
5 biji bawang putih - dikisar
3 biji bawang besar- dikisar
1 sudu rempah briyani
sedikit saffron (koma)
sedikit pewarna kuning
sedikit daun pudina dan ketumbar - kalau nak lebih pun boleh
2 helai daun pandan- digunting 3
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkeh, buah pelaga, bunga lawang
garam secukup nya
Minyap sapi 2 sudu makan dan sedikit minyak masak
Bawang goreng untuk dihias
kacang gajus- Optional

Cara-caranya:

1 Panaskan minyak dan minyak sapi , tumis kayumanis, buah pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang dan daun pandan sehingga wangi Baru masukkan bahan-bahan yg dikisar bersama dengan rempah briyani. kacau sehingga rata dan sebati.

2 Tuangkan bahan-bahan ini didalam periuk nasi dan masukkan air, susu, garam secukupnya, air mawar, beras dan daun pudina dgn daun ketumbar.

3 Apabila nasi hampir setengah nak masak, kacau dari bawah sehingga keatas setakat rata atau 2/3 kali aje.

4 Bila nasi dah masak, renjiskan warna saffron dan warna kuning yg dah dicampurkan dengan air, ke arah permukaan nasi dan biarkan ia tanak lagi sebentar..

5 Balutkan kain di penutup periuk nasi dan biarkan ia nya tanak buat 5 minit, Buka tutup nya dan kacau nasi itu sehingga warnanya rata dan cantik...

P/s: Mama tidak menggunakan warna oren atau banyak warna... Mama suka setakat kurang warna..Resipi dari Buku Asmah Laili

No comments: