Saturday, October 11, 2008

Mangga Muffins





Bahan-bahannya:-

75 g Mentega atau Minyak jagung (Mentega dicairkan)

230 g Tepung serba-guna

100 g gula

1 sdt serbuk penaik

1/2 sdt baking soda

1/2 sdt garam

1 biji Telor

125 tairu

125 Buttermilk

secukop isi buah mangga

secukop coklat chips

secukop gula perang untuk ditabur diatas nya.

Cara-caranya:

Panaskan Oven ke suhu 200'C dan sapukan minyak diacuan Muffins . Ketepikan

Didalam mangkuk campurkan coklat chips dgn gula perang, digaul sehingga rata.

Dalam mangkuk besar, campurkan bahan -bahan kering dan di gaul sama rata dan sebati.

Didalam mangkuk lain, pukol telur sehingga kembang sedikit baru dicampurkan dengan tairu, buttermilk dan mentega cair. Kacau sehingga sebati.

Adunan kering di buat lubang ditengah-tengahnya dan masukkan adunan basah dan kacau sehingga semua adunan rata dan sebati.

Setelah sebati, barulah dimasukkan isi mangga dan kacau sedikit aje.

Masukkan adunan itu kedalam mangkuk-mangkuk muffin dan ditaburkan di atas nya dengan coklat chips dan gula..

Bakar sehingga masak atau dalam 20 minit sahaja.

Adunan ini Mama dapat 30 biji muffin.



No comments: