Monday, October 13, 2008

Ayam Masak Tomato




Mama masak lauk ini kerana Putera-putera amat suka dengan lauk yang menggunakan Ayam..Alhamdullilah Mereka makan sampai habis dan licin...Syukuran

Resepi nya:

Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam potong 12- cuci dan tos serta gaul sedikit dengan garam dan ketepikan
5 batang chilli kering- direbus dan ditoskan, lalu dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
sedikit halia - dikisar
1/2 sdt campuran ketumbar, jintan manis dan kasar
secukop, sos tomato, sos chilli
1 biji buah tomato - dipotong kecil-kecil
2 helai daun limau purut - dipotong kasar-kasar
sedikit garam dan gula
Secukup Minyak masak


Hiasan

secukop bawang goreng
Daun ketumbar


Cara-caranya:-

Panaskan minyak dan goreng ayam itu sedikit sahaja. Angkat dan toskan dan ketepikan.
Keluarkan minyak yang berlebihan, dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sampai wangi.
Setelah wangi masukkan daunlimau dan buah tomato yg dipotong kecil-kecil dan gaulkan sehingga rata dan sebati.
Masukkan semua sos-sos dan kacau lagi, biarkan dalam seminit.
Barulah dimasukkan Ayam yg dah digoreng dan sedikit air (suku gelas air ) kacau dan balik-balikkan sehingga ayamnya masak.
Masukkan garam dan gula serta biarkan sehingga ia nya mendidih dan rasa apa yang kurang.
Hiaslah dengan bawang goreng dan daun ketumbar. Sedap dimakan dengan nasi panas.

No comments: