Thursday, October 30, 2008

Nasi Briyani dgn Ayam Masala



AYAM MASALA

Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam potong 12 bahagian - dicuci dan dtos air nya
2 sudu makan chili boh atau kisar
7 batang lada hijau*
4 biji Bawang besar*
6 biji Bawang putih*
halia sejengkal*
Sedikit lengkuas-dititik
1 batang Serai- dititik
1 sudu makan campuran serbuk ketumbar, jintan manis dan kasar
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu makan rempah kari ayam
1 batang kayu manis
2 biji bunga pelaga
2 biji bunga cengkeh
1/2 sudu teh lada putih
sedikit daun ketumbar dan pudina
1 biji buah tomato - dibelah 4
1 sudu makan sos tomato
Bawang goreng untuk ditabur
Minyak untuk menggoreng
1/2 sudu teh minyak Sapi

Cara-caranya:-

1 Kisar halus bahan-bahan *. Panaskan kuali dan masukkan Minyak sapi dan minyak masak. Bila minyak dah Panas, masukkan 4 sekawan( cengkeh, pelaga dan etc) kedalam nya. Bila ia mula meletup-letup masukkan serai dan lengkuas, bila dah wangi sedikit baru masukkan bahan-bahan kisar dan Chilli boh. Kacau sehingga sebati dan rata.

2 Bila rempah sudah wangi, masukkan rempah garam masala, kari, serbuk ketumbar dan jintan dua macam dan kacau lagi biar ia nya sebati dan keluar minyak.

3 Bila dah keluar minyak masukkan sos tomato dan buahnya sekali, kacau lagi baru masukkan ayam dan balik-balikkan serta tutup periuk nya dan menggunakan api sederhana.

4 Bila ayam sudah separuh masak , masukkan dua macam daun dan garam serta lada putih, kacau perlahan-lahan dan biarkan sampai ayam nya masak dan kuahnya agak pekat.

5 Rasa apa yang kurang, angkat dan taburkan dengan bawang goreng. Enak dimakan dengan nasi beryani atau roti nan atau capati...







Nasi Briyani

Bahan-bahannya:

3 cawan beras-Mama gunakan beras biasa aje.
air- ikut sukat masing-masing
1/4 cawan susu cair (evaporated milk)
5 biji bawang putih - dikisar
3 biji bawang besar- dikisar
1 sudu rempah briyani
sedikit saffron (koma)
sedikit pewarna kuning
sedikit daun pudina dan ketumbar - kalau nak lebih pun boleh
2 helai daun pandan- digunting 3
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkeh, buah pelaga, bunga lawang
garam secukup nya
Minyap sapi 2 sudu makan dan sedikit minyak masak
Bawang goreng untuk dihias
kacang gajus- Optional

Cara-caranya:

1 Panaskan minyak dan minyak sapi , tumis kayumanis, buah pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang dan daun pandan sehingga wangi Baru masukkan bahan-bahan yg dikisar bersama dengan rempah briyani. kacau sehingga rata dan sebati.

2 Tuangkan bahan-bahan ini didalam periuk nasi dan masukkan air, susu, garam secukupnya, air mawar, beras dan daun pudina dgn daun ketumbar.

3 Apabila nasi hampir setengah nak masak, kacau dari bawah sehingga keatas setakat rata atau 2/3 kali aje.

4 Bila nasi dah masak, renjiskan warna saffron dan warna kuning yg dah dicampurkan dengan air, ke arah permukaan nasi dan biarkan ia tanak lagi sebentar..

5 Balutkan kain di penutup periuk nasi dan biarkan ia nya tanak buat 5 minit, Buka tutup nya dan kacau nasi itu sehingga warnanya rata dan cantik...

P/s: Mama tidak menggunakan warna oren atau banyak warna... Mama suka setakat kurang warna..Resipi dari Buku Asmah Laili

Monday, October 27, 2008

Double Chocolate Muffins


Mama buat Muffin ini sebagai buah tangan untuk balik Kampung..Sedap dan very de coklati..
Alhamdullilah mereka makan sampai habis dan licin...Syukur...
Mama akan buat lagi dimasa akan datang..sebagai buah Tangan juga...

Tuesday, October 14, 2008

Strawberry and Golden Raisin Muffins




This Morning I made this Muffins for My family breakfast and as a gifts to My old friend which I'm going to visit her todays .
I like the smell of this Muffins. The taste and the filling of Strawberry puree and the sweetness of the Golden Raisins, yummy...! it goes well with a cup of tea and sitting by near the window to watch the rising of the sunrise....Hmmmm...!! Beautiful..Masya-Allah..!
Freshly baked and I manage to have about 11 muffins..it should be enough for Me and The family...so what else can I said..others than Good Morning...!!

Monday, October 13, 2008

Ayam Masak Tomato




Mama masak lauk ini kerana Putera-putera amat suka dengan lauk yang menggunakan Ayam..Alhamdullilah Mereka makan sampai habis dan licin...Syukuran

Resepi nya:

Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam potong 12- cuci dan tos serta gaul sedikit dengan garam dan ketepikan
5 batang chilli kering- direbus dan ditoskan, lalu dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
sedikit halia - dikisar
1/2 sdt campuran ketumbar, jintan manis dan kasar
secukop, sos tomato, sos chilli
1 biji buah tomato - dipotong kecil-kecil
2 helai daun limau purut - dipotong kasar-kasar
sedikit garam dan gula
Secukup Minyak masak


Hiasan

secukop bawang goreng
Daun ketumbar


Cara-caranya:-

Panaskan minyak dan goreng ayam itu sedikit sahaja. Angkat dan toskan dan ketepikan.
Keluarkan minyak yang berlebihan, dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sampai wangi.
Setelah wangi masukkan daunlimau dan buah tomato yg dipotong kecil-kecil dan gaulkan sehingga rata dan sebati.
Masukkan semua sos-sos dan kacau lagi, biarkan dalam seminit.
Barulah dimasukkan Ayam yg dah digoreng dan sedikit air (suku gelas air ) kacau dan balik-balikkan sehingga ayamnya masak.
Masukkan garam dan gula serta biarkan sehingga ia nya mendidih dan rasa apa yang kurang.
Hiaslah dengan bawang goreng dan daun ketumbar. Sedap dimakan dengan nasi panas.

Saturday, October 11, 2008

Mangga Muffins





Bahan-bahannya:-

75 g Mentega atau Minyak jagung (Mentega dicairkan)

230 g Tepung serba-guna

100 g gula

1 sdt serbuk penaik

1/2 sdt baking soda

1/2 sdt garam

1 biji Telor

125 tairu

125 Buttermilk

secukop isi buah mangga

secukop coklat chips

secukop gula perang untuk ditabur diatas nya.

Cara-caranya:

Panaskan Oven ke suhu 200'C dan sapukan minyak diacuan Muffins . Ketepikan

Didalam mangkuk campurkan coklat chips dgn gula perang, digaul sehingga rata.

Dalam mangkuk besar, campurkan bahan -bahan kering dan di gaul sama rata dan sebati.

Didalam mangkuk lain, pukol telur sehingga kembang sedikit baru dicampurkan dengan tairu, buttermilk dan mentega cair. Kacau sehingga sebati.

Adunan kering di buat lubang ditengah-tengahnya dan masukkan adunan basah dan kacau sehingga semua adunan rata dan sebati.

Setelah sebati, barulah dimasukkan isi mangga dan kacau sedikit aje.

Masukkan adunan itu kedalam mangkuk-mangkuk muffin dan ditaburkan di atas nya dengan coklat chips dan gula..

Bakar sehingga masak atau dalam 20 minit sahaja.

Adunan ini Mama dapat 30 biji muffin.



Thursday, October 9, 2008

Brownies


Mama buat Brownies ini untuk menambahkan

sajian kooki dan kek serta untuk Cikgu di sekolah Putera Mama....

Selebihnya Mama akan hidang untuk tetamu yang akan datang hujung minggu ini....

Hokkien mee versi Mama


Mama masak Hokkien mee ini untuk makan malam kami sekeluarga..
Amat mudah dan Mama suka menggunakan udang dan sotong....
Selain Mee , Mama juga ada gorengkan Ayam goreng untuk Putera-putera Mama..
Mee ini memang tidak pedas, kalau nak pedas Mama akan potong chilli padi dan dicampur dengan kicap cair...
Haiz..sekarang siap sudah menu untuk makan-malam Mama..!!

Sunday, October 5, 2008

HariLahir Hafiz yang ke 7

Kek Birthdays

Fried BeeHoon with Seafood



Ayam Goreng rempah




Raita


Kek Suji




Hari Lahir Hafiz jatuhnya pada Raya ke3.



Mama telah buat sedikit perayaan dan yang hadir pun adalah kaum keluarga yg terdekat sahaja.

Hidangan pada hari itu, Gorengan Bee Hoon putih dgn seafood, Ayam goreng rempah, Raita, Potongan Buah limau manis, kek suji dan sebiji kek Birthday..


Hafiz begitu gembira sekali, dan kerana terlalu gembira dia tak sabar nak potong kek nya.. dan dia juga yang banyak habiskan kek birthdays nya...


Selamat Harilahir Hafiz..semuga menjadi anak soleh dan disenangi serta berjaya didunia dan akhirat... Mama, abah dan Abang Haziq tetap Luv you....!!




Seafood BlackPepper Fried Pasta


Mama buatkan Hidangan ini pada HariRaya ke 4..

Tetamu datang ada yg diberitahu dan ada yg secara terkejut.. jadi ini sahaja yang Mama dapat hidangkan selain kooki dan kek yang Mama sempat buat..