Thursday, September 4, 2008

Selamat Berpuasa Semua

Alhamdullilah Hari ini sudah ke 5 hari kita berpuasa. Syukur ke hadrat Allah kerana memberi kekuatan untuk Mama hadapi dan setiap masa.Lebih sukar kerana hendak menyediakan Juadah.


Juadah yang Mama sediakan amat ringkas tapi enak dong rasa nya. Sahur pula selalu nya Nasi dan lauk-pauk yang panas dan segar.


Dibawah ini adalah Juadah-juadah yang Mama sediakan. Seperti Nasi beryani, Ayam panggang Rosemary, Rendang Daging kering dan Sayur goreng . (Untuk Sahur)





Nasi Beryani dengan Ayam panggang Rosemary.



Ayam Panggang Rosemary



Resipi dari internet Mama cuba..Alhamdullah jadi dan enak rasanya. Untuk Juadah kuih-muih pula seperti karipap coklat, Tuna dgn Ladahitam, Popiah sayur, Popiah Hot dog dengan Keju dua rasa dan Donuts. ( Berbuka Puasa )




Karipap dua inti, Coklat dan Tuna ladahitam

Popiah Hotdog dengan Dua rasa Keju dan Popiah Sayur, bukan sayur taugeh tau, malah sayur seperti Sengkuang, lobakmerah, isiketam dan telor dadar. Dimakan dengan Sos chilli dan tomato.


Alhamdullilah sekali lagi kerana apa yang disediakan oleh Mama dimakan dan sukai oleh Putera-puteraku dan Hubby juga...

Dengan itu kita berjumpa lagi dan sekian...

No comments: