Friday, September 19, 2008

Sedap Di Lihat Enak Dimakan

Lebaran akan muncul tidak lama lagi, dan kita telah pun bersiap untuk nak sambut Lebaran dengan penuh Gembira diatas kemenangan kita sebulan berpuasa. Dari itu Kita mula membuat biskut agar dapat disajikan untuk tetamu dan sanak saudara yang datang kerumah kita.Sebelum itu Kita wajib menjaga Biskut-biskut yang telah kita buat dua minggu atau beberapa hari nya sebelum hadir nya Lebaran kelak.

Disini ada beberapa petua-petua terutama Biskut yang patut Mama rasa kita patut kongsi bersama:-

1 Simpan kuih dalam balang atau botol kedap udara agar kuih tidak masuk angin atau lemau.

2 Taburkan sedikit gula di bahagian bawah botol kuih dan bahagian teratas setelah kuih disusun dalam botol. kemudian tutupkan kuih dengan tisu. Ini dipercayai dapat buat kuih tahan lebih lama.

3 Jangan biarkan kuih-muih terdedah pada cahaya matahari. Suhu panas akan membuat kuih seperti tart cepat berbau tengik.

4 Elak daripada memegang-megang kuih jika tidak mahu makan kerana ini akan memudahkan kuih itu rosak dan tidak seenak sebelumnya.

5 Apabila kuih atau biskut diisi dalam botol, pastikan ianya penuh. Botol yang kosong akan dipenuhi dengan udara dan ini akan memudah lemau kuih. Apabila biskut tinggal sedikit, Alihkan ke bekas yang lebih kecil.

6 Jika Biskut sudah lemau, bakarlah semula dalam ketuhar agar ia nya kembali garing.

Dengan tersedianya petua-petua ini maka lebih cerialah kita berlebaran kelak...Sumber dari BH

No comments: