Friday, September 26, 2008

Pasta Seafood Baked & Vadei




We have this Pasta Seafood baked and Vadei for our iftar, Yummy and so delicious..

Very simple meals and yet quite filling.. the only things I miss is Chilli.. yeah..live without Chilli


just like an empty Space..!!

Tuesday, September 23, 2008

Kad..Raya

Kad ini pemberian Kak Lin, terimaksih Kak Lin dan Selamat hariRaya Aidilfitri..
dari MamaElla sekeluarga..:-)

Monday, September 22, 2008

Burger Time..:-D


Mama amat suka Double Whopper Burger, salad, bawang hirisnya dan tomatonya yg segar begitu juga dengan sos Mayo dan chilli sos nya.

Kita makan di IMM.. di situ tidak banyak pelanggan jika dibandingkan di West Mall.

Carpark pun tidak lah bz sangat kerana ia merupakan hari Isnin dan parking nya 3 jam Free..

Selepas makan ..Mama pun melangkahkan kaki ke Giant Supermarket..apa lagi berborong ler...!!

selepas berborong Mama pun pulang dan bila hendak keluar dari parking..Alhamdullilah kita tidak dicharge kerana kita belum sampai 3 jam pun di IMM ini...

Home sweet Home..!!

Sunday, September 21, 2008

Sugee Arabs


Hari ini Mama buat Biskut Sugee arabs..


Biskut ini amat mudah dan Mama amat suka keharuman bau biskut ini. Kalau dalam segi rasa..Mama minta maaf kerana Mama sedang berpuasa dan Kena tunggu malam sikit baru boleh lah Mama merasanya..

Satu adunan Mama dapat 110 keping..

Saturday, September 20, 2008

Laksa





Adik Ku datang untuk berbuka dirumah Ku, jadi..Ku sedaikan Dia laksa ini.

Ku memang penggemar Laksa, Tapi laksa ini kalau dimakan dengan sambal tumis atau sambal belachan memang enak..

Laksa ini bertoppingkan telor burung puyoh, kek ikan, dan Udang aje..

Tak sempat nak snap lawa-lawa kerana azan dah berkumandang.. so ini sahaja yang adik ku sempat snap...

Friday, September 19, 2008

Sedap Di Lihat Enak Dimakan

Lebaran akan muncul tidak lama lagi, dan kita telah pun bersiap untuk nak sambut Lebaran dengan penuh Gembira diatas kemenangan kita sebulan berpuasa. Dari itu Kita mula membuat biskut agar dapat disajikan untuk tetamu dan sanak saudara yang datang kerumah kita.Sebelum itu Kita wajib menjaga Biskut-biskut yang telah kita buat dua minggu atau beberapa hari nya sebelum hadir nya Lebaran kelak.

Disini ada beberapa petua-petua terutama Biskut yang patut Mama rasa kita patut kongsi bersama:-

1 Simpan kuih dalam balang atau botol kedap udara agar kuih tidak masuk angin atau lemau.

2 Taburkan sedikit gula di bahagian bawah botol kuih dan bahagian teratas setelah kuih disusun dalam botol. kemudian tutupkan kuih dengan tisu. Ini dipercayai dapat buat kuih tahan lebih lama.

3 Jangan biarkan kuih-muih terdedah pada cahaya matahari. Suhu panas akan membuat kuih seperti tart cepat berbau tengik.

4 Elak daripada memegang-megang kuih jika tidak mahu makan kerana ini akan memudahkan kuih itu rosak dan tidak seenak sebelumnya.

5 Apabila kuih atau biskut diisi dalam botol, pastikan ianya penuh. Botol yang kosong akan dipenuhi dengan udara dan ini akan memudah lemau kuih. Apabila biskut tinggal sedikit, Alihkan ke bekas yang lebih kecil.

6 Jika Biskut sudah lemau, bakarlah semula dalam ketuhar agar ia nya kembali garing.

Dengan tersedianya petua-petua ini maka lebih cerialah kita berlebaran kelak...Sumber dari BH

Thursday, September 18, 2008

Roti Jala




Roti jala.. Roti jala..

Enak dimakan dengan kari ayam atau daging bersama salads. Rasa nya lemak serta lembut.

Roti jala ini kesukaan tua dan muda. kalau ingin memakan nya dengan sihat kita boleh perbagai kan santan ke susu cair atau susu Hl...
Apapun yang penting kita harus jaga kesihatan..
Makan dengan sihat jiwa selamat..

Wednesday, September 17, 2008

Nestum Badam Kooki




Nestum Badam Kooki...Terbaru bagi My famili nya selera.
Very Crunchy , Lemak dan Enak, itulah kata-kata dari My Hubby.
Biskut ini akan di jadikan tukar ganti kepada kuih Makmur adik Mama...
Menggunakan acuan star.. dan satu adunan Mama mendapat 76 keping sahaja..
Dengan ini selesai sudah menyediakan kooki-kooki untuk Lebaran...
Alhamdullilah dan Kita tunggu aje masa untuk Lebaran...


Monday, September 15, 2008

Kuih Tart Nenas




Kuih Tart Nenas, sangat digemari oleh yang muda dan tua.

Membuat pun bukannya mudah.

Anak Mama Haziq amat menggemari kuih tart ini. Jadi mama memulakan nya sekarang dan rasa nya tidaklah terlalu awal. Setelah inti nya disiapkan terlebih dahulu, barulah Mama membuat kulit nya.

Mama Cetak dan terap sendiri dan ini lah hasilnya... Tak cantik tidak apa Tapi besar nya hati kerana Mama membuatnya sendiri.....!!

Oranges Chocolate Chips


300 gm of flour
1 teaspoon of baking powder
1/4 teaspoon of bicarbonate soda
170gm of butter
180gm of sugar
1 egg
2-3 tablespoons of chopped orange zest
1/2 cup of chocolate chips
5 tablespoon of orange juice ( Orange Paste)

1) Cream the butter and sugar till creamy, then add in the egg.
2) Add in the zest and orange juice, followed by the mixture of flour, baking powder and bicarbonate powder which had been sieve first.
3) Pour in the chocolate chips and mix well.
4) Rest the dough for a while and shape the cookies.
5) Bake in preheated oven of 175 degrees celcious for about 15 minutes.

P/s: I added some chopped almond to the cookies

Thanks to Mummy Jam for this Recipes...

Saturday, September 13, 2008

Biskut Gajus



Biskut Gajus, secara resmi ia amat diminati oleh famili Mama. Lemak serta sederhana manis nya.. aduh...Boleh buat hati ku cair.

Hubby kata sedap..

Tahun ini Biskut Gajus berubah Size. Tahun lepas size nya agak besar sedikit tapi tahun ini sedikit nya comel..

Apa pun dalam segi rasa ia tetap sedap...!!

Friday, September 12, 2008

Biskut CornFlake





Biskut Emping Jagung atau dikenali oleh Biskut CornFlake...

Tahun ini adalah kali kedua Mama membuat Biskut ini. Biskut yang sememangnya kegemaran Mama.

Membuat tidak susah malah senang sekali. Entah tidak tahu kenapa Mama suka biskut ini tapi yang pasti Mama merasa berpuas hati membuatnya sendiri.

Kalau kita beli diluar, Masya-Allah gula dan tepung nya banyak....


Jadi dengan membuat nya sendiri ..Hati kita puas dan Boleh juga Mama merasa Bangga dengan hasil kerja Mama sendiri...

LonTong



Lontong....Tidak payah nak tunggu Hariraya, sekarang Mama sudah menjamu untuk famili pada hari ini untuk buka puasa.
Siap dengan tempeh goreng kering dan sambal tumis...
Laju anak-anak makan begitu juga dengan Hubby, kena kot dengan tekak mereka.
Sempat juga Mama bekalkan untuk adik dan famili nya...
Alhamdullilah..Syukur...

Thursday, September 11, 2008

Pinky Sesame Cookies



Pinky sesame Cookies, Biskut ini Sedap dan lemak rasanya.

Mama dapat satu adunan dalam 110 keping.

Sudah siap dan esok bolehlah Mama buat lagi satu adunan untuk dihadiahkan kepada
Adik Mama..sebagai ganti tukar kepada Biskut makmur nya lazat dan enak..
Untuk Adik ku..sepit lawa-lawa tau rupa Biskut itu.. selawa Orgnya tau...:-)

Wednesday, September 10, 2008

Biskut Suji Kacang Gajus



Biskut ini adalah baru didalam koleksi Biskut Mama. Hubby kata sedap, mestilah sedap kerana ia bertoppingkan kacang gajus diatas nya.

Sudah tentu SEDAP....

Satu adunan Mama dapat 53 keping. Ia sudah cukup bagi Mama.

Biskut Suji Gajus... senang dibuat dan sedap rasa nya. Dengan acuan empat segi.. cukup menarik bagi mata Mama memandang.

Alhamdullilah Project kali ini berjaya...

Monday, September 8, 2008

Ayam Golek- Chicken Rolls


Ayam golek ini Mama buat untuk nak buka semalam. Di makan dengan roti hotdog dan sedikit sayur-sayur seperti timun, tomato dan Mayo dan Sos lada.
Kerja nya sedikit rumit tetapi sedap bila dimakan.
Insya-Allah akan Mama cuba menggunakan Daging pula..

Jemput-Jemput Pisang


Bahan-bahannya



4 ulas Pisang dah ranum masaknya


4 sudu makan Tepung gandum


3 sudu makan brown sugar


sedikit Baking powder


sedikit Bicarbonate Soda


Secukup Minyak masak



Cara-caranya



Lecek pisang sampai hancur.


Masukkan tepung, bp, bs dan gula kedalam adunan pisang.


Kacau sampai rata dan sebati.


Biarkan sebentar.


Panaskan minyak masak, dan gunakan sudu dan sesudu kedalam kuali.


Goreng sampai garing atau berwarna coklat.


Angkat dan toskan kedalam piring yang beralas dengan tisu dapur.


Sunday, September 7, 2008

Udang Berlado


Sedap dan Manis Udang ini bila dimasakkan lauk berlado..

lawannya lauk kering begini sudah semestinya Bening sayur.. dan telor dadar..makan lah dengan Nasi Hangat-hangat panas....POWER..!!

lauk ini Mama sajikan untuk Sahur..

Resepinya sudah ada di entry lama...

Saturday, September 6, 2008

Bubur Keledek Manis




Bahan-bahannya

2 Litres air


2 macam keledek manis- Berwarna oren dan keledek jepun

150 g Gula Batu ( Rock sugar)

2 atau 3 sudu makan gula perang (Brown Sugar)

1 Helai daun pandan

Cara-caranya

Jerang air dan daun pandan diatas api yang sederhana sampai mendidih.

Bersihkan keledek-keledek dan potong kecil-kecil cuci dan tos.

Bila air sudah mendidih, masukkan keledek-keledek itu kedalam nya.

Biarkan sampai ia nya lembut dan masak.

Masukkan kedua-dua Gula dan biarkan sampai ia nya larut dan kacau sampai ia nya sebati.

Matikan apinya dan hidanglah sebagai pencuci mulot.

P/s : Ini adalah Sajian Kaum Cantonese - Resepi oleh Amy Van

Friday, September 5, 2008

Thai Green Curry - Kari hijau Thai


Mama masak lauk ini dengan menggunakan Ikan Bawal Hitam ,instant rempah, dengan menambahkan sebiji terung, setengah biji buah tomato,

3 sudu makan santan pekat serta sebatang ladamerah yang dibelah dua, sedikit daun ketumbar dan terakhir cukup garam dan gula sedikit...

Alhamdullilah sedapnya lauk ini untuk dimakan dengan Nasi Putih...

Kalau nak pedas sambal tumis ada..jadi kira cukop lengkap laaa..Hidangan sahur Mama...

Menu Iftar Yang ke 5





Mama tengok roti 2 bungkus, pikir punya pikir, Mama terasa nak makan PIZZA. Bila Mama utarakan menu untuk iftar pada hari ini, anak-anak lantas setuju.

Pizza Pastry dengan topping kesukaan anak-anak hotdog dan ayam kisar yg sudah Mama goreng kering bersama sedikit rempah. Dengan keju pilihan mereka ini lah dia Pizza Pastry Mama.

Bukan Pizza pasrty aje yang ada Pizza Roti pun turut ada.
Disamping itu Mama ada juga buat Nasi Goreng Ku.. sahaja nak perabiskan toppping dan segala isi yang berada didalam petiais...

Hari ini terakhir Mama masak kerana esok Mama akan beriftar diluar...
dengan itu Selamat Berbuka Puasa...

Thursday, September 4, 2008

Selamat Berpuasa Semua

Alhamdullilah Hari ini sudah ke 5 hari kita berpuasa. Syukur ke hadrat Allah kerana memberi kekuatan untuk Mama hadapi dan setiap masa.Lebih sukar kerana hendak menyediakan Juadah.


Juadah yang Mama sediakan amat ringkas tapi enak dong rasa nya. Sahur pula selalu nya Nasi dan lauk-pauk yang panas dan segar.


Dibawah ini adalah Juadah-juadah yang Mama sediakan. Seperti Nasi beryani, Ayam panggang Rosemary, Rendang Daging kering dan Sayur goreng . (Untuk Sahur)





Nasi Beryani dengan Ayam panggang Rosemary.



Ayam Panggang Rosemary



Resipi dari internet Mama cuba..Alhamdullah jadi dan enak rasanya. Untuk Juadah kuih-muih pula seperti karipap coklat, Tuna dgn Ladahitam, Popiah sayur, Popiah Hot dog dengan Keju dua rasa dan Donuts. ( Berbuka Puasa )




Karipap dua inti, Coklat dan Tuna ladahitam

Popiah Hotdog dengan Dua rasa Keju dan Popiah Sayur, bukan sayur taugeh tau, malah sayur seperti Sengkuang, lobakmerah, isiketam dan telor dadar. Dimakan dengan Sos chilli dan tomato.


Alhamdullilah sekali lagi kerana apa yang disediakan oleh Mama dimakan dan sukai oleh Putera-puteraku dan Hubby juga...

Dengan itu kita berjumpa lagi dan sekian...