Sunday, August 31, 2008

Mee Goreng basah




Mee Goreng Basah, sebuah menu yang ringkas tapi menggunakan mee kuning yang lebar dan dengan sedikit sayur serta seafood kesukaan anda pasti Mee ini menjadi lebih enak..Oh yea...!! suatu perkara..jangan lupa potong sedikit chilli padi sambil dicurahkan sedikit sos ikan atau sos kicap cair.. Kenapa ia nya menambahkan sedap, kerana Mee ini tidak pedas...jadi bagi yang ingin pedas.. buat lah apa yang patut...!!

Tuesday, August 19, 2008

Marble ChocolateCheese cake


Mama selalu buat pakai loyang empat segi, Tapi kali ini Mama menggunakan Casing Muffins..Alahai cutenya.. kalau ngap pun dua kali gigit aje..hehehe
Sahaja nak perabiskan 1 kotak krim keju dan tepung yg akan habis masa nya.



Resipi nya:-

Bahan A

180 gm. Butter

20 gm. cocoa powder - ayak

170 gm. Gula castor

3 biji telor

120 gm. tepong naik Sendiri - ayak

1 tsp. baking powder - ayak


Bahan B

250 gm. cream cheese

60 gm. gula castor

1 tsp. vanilla essence ( Mama tukar ke Butter scotch essen)

1 biji telor

Cara Membuatnya

1. Pukul butter and gula.

2. Masukkan telor sebiji demi sebiji.

3. Masukkan tepong, cocoa dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.

4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.

5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.

6. Tuangkan baki adunan A.

7. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.

8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.

9. Selamat mencuba.

Tuna Basket Breads


Very easy dan so senang untuk dilakukan , dalam masa 30 min siap sudah Juadah ini. Inti nya boleh dipelbagaikan. Mama cilok resipi ini dari sebuah majalah Melayu-Lupa pula nama majalah itu...Cuma lain kali kena buat satu bungkus..hehehe