Thursday, July 17, 2008

@samPedas Ay@m





Asam Pedas Ayam

Bahan-Bahannya

1 ekor Ayam - Dibuang kulit, dan dipotong 10, cuci dgn garam dan toskan air nya.

15 atau 20 biji chilli kering - direbus sehingga lembut dan toskan air nya
3 Biji Bawang Besar - dikupas kulitnya dan dipotong 4 *
6 Biji bawang Putih - Dikupas kulitnya *
1 jari besar Halia -*
1 jari Kecil Kunyit basah/hidup *
1 Sudu kecil lada hitam *
Belachan *
1 sudu makan Rempah-Campur ketumbar/jintan *
2 Batang serai- dititik
3 Helai daun limau purut
Sejengkal lengkuas - Dititik
20 sen Daun kesom -ambil daun nya aje
2 Biji Tomato - dibelah 2
1 mangkok air asam jawa pekat
Minyak dan Garam secukupnya

Cara-Caranya:

1 Kisar semua bahan-bahan * sampai halus.

2 Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Masukkan 2 batang serai dan di ikuti oleh bahan-bahan yg dah dikisar serta lengkuas.

3 Tumis sampai naik wangi dan garing.

4 Masukkan ayam dan balik-balikkan sebentar dan kecilkan api serta tutup periuk atau kuali sebentar.

5 Buka tutup kuali atau periuk, dan kacau lagi sehingga ia nya rata baru boleh masukkan air asamjawa yg pekat dan di ikuti lagi dua tambahan air putih untuk mencampai tahap kuah yg dikhendaki.

6 Masukkan Garam dan daun limau serta tomato, Biarkan ia nya mendidih dan bila ayam nya sudah masak , rasa apa yg kurang. Baru masukkan daun kesom dan tutup apinya.

No comments: