Sunday, July 13, 2008

Paru Sambal/Sambal paru




Bahan-Bahannya:

$3.00 Paru- Direbus dan dipotong kecil2 dan digoreng dengan kunyit dan garam sampai garing, angkat dan toskan minyaknya.

10 batang chilli kering - Dipotong dan direbus *
3 biji bawang besar - Dikupas kulitnya dan dipotong 4*
5 Biji bawang putih - dikupas kulitnya *
Sedikit halia *
Belachan Sedikit *
2 helai daun limau purut._ dihiris halus2

1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukop rasa.
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1 Panaskan minyak didalam Kuali, Tumis semua * yg dah dikisar halus, sampai wangi dan garing.

2 Masukkan daun limau, dan air asamjawa. Kacau lagi dan biarkan ianya pekat sedikit.

3 Masukkan garam dan gula, kacau lagi sampai ianya rata dans ebati.

4 Masukkan Paru dan gaul sampai ianya rata dan sebati serta kering.Api kecilkan.

5 rasa apa yg kurang.. dan angkat serta makanlah dengan nasi putih atau nasi impit.



Yang mana satu..hendak ditulis..dua--dua pun ada sama makna!! tidak apa selagi Pembaca terhormat faham itu sudah cukup bagus bagi Mama.
Lauk ini sedap dimakan dengan nasi Impit atau lauk yg kering, seperti sambal goreng dan serunding. lauk kemestian dipagi raya dan menjadi kegemaran semua ahli tetamu Mama..

No comments: