Friday, July 25, 2008

Mee Sup Daging Lembu / Beef Noodle





Beef Noodle/ Mee Sop Daging lembu

Bahan-bahannya:

Daging Lembu -1/2 kilo
Rusok daging - 1/2 kilo
Daging bebola-1 paket - dikelar dan direbus terlebih dahulu..

15 biji bawang merah kecil
7 biji bawang putih
Halia Tua - sebesar jari tengah
1 sudu makan Biji lada sulah
1 sudu kecil - serbuk ketumbar
1 sudu kecil - jintan manis dan kasar

2 sudu makan kicap pekat ( dark soya sos)
2 helai daun salam
1 ikat daun selasih
1 ikat daun ketumbar

10 Batang lada Merah
10 Batang chillipadi
sedikit belachan
Garam
Limau kasturi

Cara-caranya:

1 Cuci dan tos Daging dan rusok. Panaskan air didalam periuk besar (ikut citarasa anda nak lebih boleh nak kurang pun boleh), daun salam dan masukkan daging dan rusok bersama 4 sekawan kedalam periuk dan biarkan sehingga daging dan rusok itu masak serta lembut.

2 Setelah masak, kaup isi daging dan rusok, ketepikan. Tapiskan sop tadi kedalam periuk lain dan buang hampas nya.

3 Panaskan balik sop tadi dilain periuk dan biarkan sehingga ia nya masak.

4 Kisar bahan-bahan seperti Bawang Besar, putih, halia, biji lada sulah, serbuk ketumbar, Jintan sampai halus. Panaskan minyak didalam kuali dan goreng bahan-bahan kisar ini sampai naik wangi dan keluar minyak. Angkat dan masukkan kedalam periuk yg mengandungi Sop daging.

5 Kacau dan tambah garam. Rasa apa yg kurang. Selepas itu masukkan 2 sudu makan kicap pekat( dark soya sos) dan kacau lagi. Bila Sop sudah mendidih matikan apinya.

6 Kisar lada dan chili padi bersama belachan, dan garam dengan sedikit air, kisar halus. dan rasa apa yg kurang dan tambah yea.

7 Celup mee kuning atau kuay tiow dengan taugeh, isikan didalam mangkuk , curahkan daging dan rusok serta bola daging dan hiaskan dengan daun selasih dan ketumbar, taburkan chilli flakes diatas nya dan bawang goreng serta sambal belachan yg dihiris limau kasturi untuk menyedapkan rasanya yg pedas dan masam..

4 comments:

MamaFaMi said...

Yummy sekali!

MamaElla said...

Terimakasih...

Suzi said...

salam singgah ...
jln2 cari resepi yg guna labu kuning...dan dpt...kuih bakar labu. nak trylah ni...tima kasih...

MamaElla said...

wasalam dan sama-sama kasih, silalah ambil dan cuba.. pasti tidak menghampakan..:-)