Sunday, June 8, 2008

Roti Kirai




Roti Kirai atau Roti Jala, berwarna kuning dan garing serta lembut Roti nya. Dimakan bersama Kari Daging dan Sayur Salads. Tapi pada hari ini Mama tiada buat Salads, cuma yang ada Roti kirai dan lauk kari daging.
Haziq paling suka Roti Kirai ini dan sekali lagi Mama sudah tunaikan permintaan dia..Senyum lebar bila Haziq nampak menu ini... Syukur kerana dia makan sampai habis...

Roti Kirai Atau Roti Jala

Bahan-Bahan

400g tepung gandum
3 biji telur
1/2 cawan susu cair
Air putih - secukupnya mengikut kepekatan yang anda inginkan
1 s/teh garam
2 s/mkn gula
Sedikit pewarna kuning

Minyak makan - secukupnya
3 helai daun pandan - buat berus minyak makan di kuali

Cara Menyediakannya:

Bancuh semua bahan di dalam mangkuk besar.
Gaul hingga rata lalu masukkan adunan ke dalam blender, kisar seketika dan tapis.
Panaskan kuali, griskan dengan sedikit minyak makan dengan simpulan ikatan daun pandan.
Kemudian di kirai di kuali yang leper.
Setelah bahagiannya masak angkat.
Setiap dua keping roti jala yang sudah masak di lipat menjadi bentuk tiga segi atau digulung sahaja.

Buatlah begitu hingga adunan habis.
Roti kirai sedap di makan bersama gulai daging atau ayam dan salad timun.

P/s: Mama menggunakan resipi ini dari Ishzah.Fotopages

No comments: