Monday, June 30, 2008

Roti berinti telur




Mama buat menu ini untuk sarapan pagi...ringkas sekali dan Mama dapat inspirasi dari majalah anis...cuma Mama tidak membuat ia jadi mangkuk cuma Mama cetakkan ianya kedalam sedikit..dan berintikan telor, keju dan sayur campur dan toppingkan dengan Mayo ..Enak dan Lazatt... iskkkk..Sedap!!

Friday, June 27, 2008

Bee Hoon Ringk@s




BeeHoon Ringkas

Bahan-bahannya

1 paket BeeHoon- (direndam sampai lembut dan toskan BeeHoonnya)

20 keping udang -(dibersihkan mengikut selera anda)
10 biji Bola ikan - (dibelah2)
0.50 sen Sayur taugeh - (dibersihkan)
0.50 sen Daun kucai - (dipotong kecil-kecil)

2 cube stok ikan bilis
10 batang lada merah - (nak pedas boleh ditambahkan lagi ladanya, dikisar)
2 biji bawang besar - (dikupas dan dikisar)
5 biji bawang putih - "
Belachan sedikit - (dikisar bersama lada)
2 sudu makan taucho -( Cuci dan tos serta dilecekkannya)

garam dan Minyak secukop nya.

Cara-caranya:

Panaskan minyak didalam kuali, masukkan bahan2 yg dikisar dan tauco yg dilecek, serta tumis sampai wangi dan keluar minyak.

Masukkan udang dan Bolaikan, balik-balikkan sekejap. Masukkan garam dan ikan bilis cube kedalam tumisan itu dan balikkan sekejap sehingga ia nya rata.

Masukkan beehoon dengan taugeh dan kacau lagi. kalau kering tambah sedikit air dan kacau lagi sampai beehoon nya lembut dan baru masukkan daun kucai.

Rasa apa yg kurang dan bila sudah masak angkat serta sajikan dengan taburan bawang goreng...

P/s: Mama masak beehoon ini secara ringkas dan apa yg ada... kalau nak sedap gorenglah tahu garing-garing sedikit utk ditabur diatas mee ini. Anak-anak Mama tidak sukaa terlalu pedas jadi Mama menggunkan Lada merah dimana bijinya Mama buang..Alhamdullilah mereka makan..

Friday, June 20, 2008

Jemput-Jemput Udang Geragau




Jemput2 Udang Geragau

1/2 kilo udang geragau-Dibersihkan dan ditoskan
10 sudu makan Tepung gandum *
1/2 sudu teh Baking Powder * diayak bersama tepung gandum
Secubit garam
1/2 sudu teh Serbuk ketumbar/jintan manis/kasar
1/2 sudu teh Lada sulah
1/2 sudu teh serbuk Bawang putih( kalau tiada 2 biji BwgPutih ditumbuk Halus)
1/2 sudu teh serbuk mixed Spice ( Kayu manis, buahpala dan etc)
Sedikit Halia- Diparut atau ditumbuk halus
2 biji telor-Dikocok*
150 Ml air* dikocok bersama telor
Sedikit daun parsley
sedikit lobak merah dipasak( agak-agaklah)
1 Biji bawang besar - dihiris kecil-kecil
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1 Satukan bahan-bahan kering kedalam tepung yg telah diayak, dan buat lubang ditengahnya masukkan adunan telur dgn air, Kacau sehingga sebati.

2 Masukkan Daun parsley, Bawang putih, halia, besar dan lobak merah kedalam adunan itu dan kacau lagi. Setelah sama rata baru boleh dimasukkan udang geragau dan kacau lagi dan biarkan ia nya selama 10 min.

3 Panaskan Minyak, dan goreng sesudu demi sudu. Bila ia nya sudah garing, angkat dan toskan serta hidangkan bersama sos chilli.


P;s Satu adunan dapat 15 Biji...

Sunday, June 15, 2008

French Pancakes with Sweet Lemon Cream





French Pancakes

Bahan-bahannya

1 1/2 Cawan tepung Gandum
2 sudu makan gula
500 ml Susu segar
2 Biji Telor
60 Gm, mentega - dicairkan
1 sudu teh essen vanilla
Beberapa keping potongan Lemon

Cara-caranya:
Campurkan Tepung, gula, susu , telor, dan mentega didalm Food processor atau Blender.

Pukol sehingga semua nya rata dan tidak berbintik.

Keluarkan dan Biarkan selama 10 mins.

Panaskan Kuali dan tuangkan 1 senduk ke dalam kuali yang non-stick. dan swirlkan ketepi-tepi kuali. Biarkan ianya masak selama 30 saat.

Angkat dan lipatlah ia seperti melipat roti jala dan susun didalam pinggan.

Sweet Lemon Cream

Bahan-bahannya

50 g Mentega
1/3 cawan gula- nak manis boleh ditambah
1/4 cawan air perahan Lemon
2-3 sudu makan Krim pekat

Cara-caranya:

Campurkan mentega, lemon juice dan gula kedalam peruik dan biarkan sampai gulanya tidak kelihatan dan mendidih sedikit.

Masukkan krim pekat dan kacau sehingga ia nya rata dan sebati.Matikan api.
Sajikan krim ini dengan Oancake diatas..kalau kuran masam boleh diperahkan lagi hirisan lemon keatas krim ini..


P/s: Resipi ini Mama gunakan dari koleksi Buku Mama bertajuk Everyday Pancake & Hotcakes

Saturday, June 14, 2008

Hari ini Hari Bapa SeDunia


Hari ini Semua orang menyambut hari Bapa. Tidak lupa yang tiada Bapa , pasti akan sama-sama mengenangkan Bapa mereka. Bapaku.... Selamat hari Bapa, semuga Allah panjangkan usia Bapa, murahkan rezeki dan terutama sekali banyakkan senyum dan berdiam itu lebih baik dari banyak cakap atau fikir......dari anak mu Sekeluarga.. Bapa jangan tegang dan rilex selalu ..Hati mau baik Bapa...hehehe..!!

Our Breakfast



Pada hari ini Mama betul-betul tidak berapa setuju dengan anak Mama yang bongsu, kenapa? Kerana dia hendak sangat makan Roti bakar dan Telor setengah masak.. Bukan Mama lokek tau, bayangkan dalam sepinggan itu ada sekeping roti yg dipotong 2 dan dua biji telor setengah masak..! Harganya $2.50..Mak oiii..bulih dapat 10 biji tau dan Mama pujok dia dengan mengatakan " Mama will do for you?" Alhamdullilah dia memberi senyum dan setuju...Yes..Mama wins!!
Jadi inilah Roti bakar dan Telor setengah masak kesukaan Hafiz...!! Mama really luv you Hafiz...!!

Double Chocolate Cookies



I baked this Cookies just now and yet it already finished eaten by Monster Cookeis at home. I believed that Everyone loves Chocolate, so this type of Cookies is just right for My kids..

Thursday, June 12, 2008

Nasi Goreng Tomyam


Mama masak Nasi Goreng TomYam kerana belen nasi semlm banyak dan bahan-bahannya cuma yg mana ada sahaja di dalam peti ais...
Ringkas , Pedas dan Padat...!!


Nasi Goreng Tom Yam

Bahan-bahannya

20 batang chili kering - direbus sehingga lembut- dikisar
2 Biji bawang besar - dikisar
5 Biji bawang putih - dikisar
Sedikit belachan - dikisar
1 batang serai - dikisar
2 cube Tom Yam paste (jenama Maggi) - dikisar
1 cube Ayam knorr

Sedikit Crabstick - dipotong kecil-kecil
5 batang hotdog - dipotong kecil-kecil
5 biji ikan bola - dipotong 4

2 batang lobak merah - dipotong kecil-kecil
Garam secukop rasa
Minyak
Nasi sejuk atau nasi putih belen semalam secukop nya
Sedikit Parsley Flakes

Cara-Caranya:

1 Minyak dipanaskan, tumis bahan-bahan yg dikisar sampai naik wangi dan garing.

2 Masukkan Cube ayam dan lobak merah. Kacau sampai sebati.

3 Masukkan Bahan-bahan yg dihiris kecil-kecil, gaul lagi biarsampai ia nya masak.

4 Garam dimasukkan serta kacau lagi. Baru masukkan nasi dan kacau sampai nasi dan sambalnya rata dan sebati.

5 Taburkan daun parsley kedalam nya dan rasa apa yg kurang. Angkat dan sediakan didalam pinggan dan taburkan kacang tanah diatasnya.

P/s: Sewaktu menumis sambalnya, kacang tanah boleh di masukkan kedalam nya sekali.

Wednesday, June 11, 2008

Chocolate Marbled CupCakes




Mama buat, Coklat belang CupCakes ini untuk sarapan kami pada hari ini. Memandangkan semua keperluan nya Mama ada atau senang cakap nak habiskan stok-stok didapur. Satu adunan dapat 23 biji, mengikut size casing anda pakai lah...

Komen Haziq dan Hafiz..sedapppp!! untuk Achik..7 biji Mama simpan buat kamu tau...hehehee...!!

Resepinya:

Chocolate Marble Cupcakes

175 gm tepung naik sendiri
175 gm mentega- dilembutkan( I use Majerin)
175 gula Halus
2 biji telur
50 ml susu
1/2 suduteh Baking powder
30 gm coklat masak dicairkan
sedikit vanilla esen

Cara-caranya:

1 Ayat tepung dgn baking powder, ketepikan.

2 Pukol gula, mentega sampai sebati baru masukkan telur satu persatu, masukkan esen vanila dan kacau lagi agar sebati.

3 Masukkan tepung berselang dgn susu, kacau sehingga rata dan tepung serta susu habis.

4 Bahagikan adunan itu dua bahagian dan satu lagi masukkan coklat cair dan sudukan sama rata ke dalam acuan Cupcakes diikuti 1 suduteh bahagian coklat dan swirlkan dengan pisau kecil mengikut corak anda.

5 Bakar didalam Oven ke suhu 175'C atau sehingga masak.

P/s : Mama gunakan Resipi dari buku koleksi Muffins & CupCakes Bakes

Monday, June 9, 2008

Mini Eggs Mayo Cakes




Mini Eggs Mayo Cakes, ini bukan kek tau tapi dari ayat pendek Hotcakes. Dapat ilham dari rancangan Negilla dan Mama cuba buat untuk sarapan anak-anak. Sesuai untuk minuman petang atau majlis kecil..

Sunday, June 8, 2008

Roti Kirai




Roti Kirai atau Roti Jala, berwarna kuning dan garing serta lembut Roti nya. Dimakan bersama Kari Daging dan Sayur Salads. Tapi pada hari ini Mama tiada buat Salads, cuma yang ada Roti kirai dan lauk kari daging.
Haziq paling suka Roti Kirai ini dan sekali lagi Mama sudah tunaikan permintaan dia..Senyum lebar bila Haziq nampak menu ini... Syukur kerana dia makan sampai habis...

Roti Kirai Atau Roti Jala

Bahan-Bahan

400g tepung gandum
3 biji telur
1/2 cawan susu cair
Air putih - secukupnya mengikut kepekatan yang anda inginkan
1 s/teh garam
2 s/mkn gula
Sedikit pewarna kuning

Minyak makan - secukupnya
3 helai daun pandan - buat berus minyak makan di kuali

Cara Menyediakannya:

Bancuh semua bahan di dalam mangkuk besar.
Gaul hingga rata lalu masukkan adunan ke dalam blender, kisar seketika dan tapis.
Panaskan kuali, griskan dengan sedikit minyak makan dengan simpulan ikatan daun pandan.
Kemudian di kirai di kuali yang leper.
Setelah bahagiannya masak angkat.
Setiap dua keping roti jala yang sudah masak di lipat menjadi bentuk tiga segi atau digulung sahaja.

Buatlah begitu hingga adunan habis.
Roti kirai sedap di makan bersama gulai daging atau ayam dan salad timun.

P/s: Mama menggunakan resipi ini dari Ishzah.Fotopages

Sarapan Kita Pagi ini



Pagi ini Mama tunaikan janji Mama kepada Haziq untuk sediakan sarapan secara barat. Kentang dikopek kulit nya dan telur di dadar secara creamy dan basah. Hotdog pada kali ini tidak direbus seperti kebiasannya, malah digoreng dan begitu juga dengan burger ramly..goreng tanpa minyak.. sambil itu air Teh-O dan Kopi-O siap sudah disediakan.



Sarapan ini berat bagi Mama hanya dapat dilakukan sebulan dua kali dan Mama tahu ia nya berat sehingga Kita makan tengahari lewat pada jam 3 petang.
paling gembira adalah Haziq dan paling Mama suka melihat Pinggan masing-masing licin sekali...hehehe!

Saturday, June 7, 2008

Anika Roti utk Minuman petang

Strawberry Rolls

Tuna Bun

Roti Boy

Kaya Bun (silap tulis di watermarknya)

Sedulang Roti berinti kaya, keju dan coklat


Mama buat Roti ini untuk Minuman petang....!! Resipi nya Mama gunakan Chef Alex Goh

Tuesday, June 3, 2008

Talam Jagung





Hari ini Mama buat kuih Talam Jagung...resipi dari Puan Zubaidah Chepa.

Monday, June 2, 2008

Nagasari Jagung



Mama suka Nagasari, kalau dipasar atau kedai makan ada kuih ini, pasti Mama beli. Kalau beli mama terasa hampeh, kerana isinya sedikit dan harap manis aje. jadi bila Mama jenguk kat Blog Bro Rozzan dan resipi nya ada, apa lagi Mama cilok dan Buatlah untuk santapan kami nanti...Satu adunan dapat 10 mangkok..dan sekarang ini Mama lagi tunggu ia nya sejuk didalam petiais...
Nagasari jagung, Mama taruk bebanyak jagung dan yang pasti Mama sukaaaaa!!



Allopz Dear Adik!!!..agak-agak bulih ke Mama bawa utk si Hmmmm nya majlis itu tak?


NAGASARI JAGUNG

Bahan-Bahannya:
1 tin jagung (whole kernel corn)
250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)

450 ml air
175 gm gula pasir
1 helai daun pandan
(dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)

200 ml air
1 paket tepung Hoon Kwee
(dicampur dan kacau rata)

Cara:
1) Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.


2) Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.

3) Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.

4) Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk .

5) Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk. Selamat mencuba

P/s: Setelah berjaya, Terimakasih kepada Bro Rozzan...for the Resipi..

Sunday, June 1, 2008

Roti Boyan dengan sambal tumis ikan bilis



RotiBoyan yang belum digoreng..



Sesudah digoreng...



Roti Boyan asalnya dari makanan orang Bawean atau dipanggil Orang Boyan.. Mama Pernah merasa roti ini sewaktu mama tinggal di Kampung Chantek lama, berjirankan dengan orang boyan..pendek kata segi makanan dan cakapan dan adat mereka Mama tahu....Syukur kerana Mama masih dapat merasa kehidupan dengan mereka..

Roti Boyan

Resipi nya:

300 gm Tepung gandum
2 sudu makan Minyak sapi -dicairkan
1/2 cawan air suam suam kuku
Sedikit garam dicampur ke dalam air suam

Cara-cara nya:

1 Campurkan Tepung dengan air suam dan uli sedikit kasi rata dan diikuti oleh minyak sapi yang telah dicairkan.

2 Uli sampai ianya lembut dan biarkan ia nya sebentar.

3 Bagikan adunan ini dalam berat 25 gm Sebiji dan mulalah mencanaikan nya selebar dan seluas yg anda bulih lakukan, ambil isi kentang dalam dua sudu makan dan letakkan ditengahnya.

4 Lipatlah dengan kemas dan susun didulang yg ditaburkan sedikit tepung.

5 Panaskan kuali dan gunakan api yang sederhana dan minyak yang banyak supaya bila menggoreng ia terendam.

6 Bila kedua belah sudah cukup garing , angkat dan toskan kedalm pinggan serta sajikan dengan sambal tuumis pilihan anda...

P/s: Adunan ini Mama dapat 7 keping Roti Boyan....

Isi Roti Boyan

7 biji kentang size besar - dikupas dan direbus sampai lembut
3 Biji telur size besar
Sedikit lada sulah dan garam
sedikit daun bawang dan sop - dimayang halus atau kasar
1 Biji Bawang besar - Dihiris halus

Cara-caranya:

1 Tos kentang yang sudah lembut, lalu dilenyek-lenyekkan sehingga halus.

2 Masukkan garam, lada sulah dan telur kedalam nya.

3 Kacau sehingga ia nya rata, lalu masukkan daun sop/bawang serta hirisan bawang besar.

4 Siap letakkan ketepi.








P/S : Terimakasih kepada Saudari Shamsiah Ali, kerana berkongsi resipi ini...

Biskut Keju Salju





Biskut ini sebelum dibakar..



Sesudah dibakar...Buat setengah adunan dapat dalam 50 keping...Terimakasih kepada Saudari Aminah...