Monday, May 12, 2008

Roti Bahtura




Roti Bahtura

Bahan-bahan ( 10 - 12 biji )
500 gram tepung roti
100 gram tepung suji (dikisar halus)
200 – 220 ml air suam
1 paket (11 gram) yis kering
2 sudu teh gula
4 sudu besar mentega/ minyak sapi
1 sudu teh garam
4 sudu besar tairu (yoghurt)
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya-:

Campurkan yis, air suam dan gula. Ketepikan seketika.

Masukkan bahan-bahan yang lain kedalam bread machine ataupun mangkuk yang besar dan campurkan dengan bancuhan yis tadi dan uli sehingga lembut dan licin.

Perap adunan sehingga ia naik dua kali ganda.

Tumbuk dan bulat-bulatkan adunan seberat 50 gram. Canai diatas papan bulat dan tipis.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Kepanasan minyak haruslah sederhana.

Masukkan bhatura yang telah dicanai kedalam minyak dan ia akan mengelembung.

Balik-balikkan sehingga warnanya kekuninga.

Angkat dan toskan.

Nota: Minyak untuk menggoreng tidak boleh terlalu panas kalau tidak nanti Bhatura yang digoreng tidak lawa. Jika adunan roti agak kering boleh anda tambahkan air sebanyak 2 – 4 sudu besar. Jika adunan roti terlembik boleh tambah tepung gandum/ tepung roti sebanyak 2 – 4 sudu besar.

Resipi Mama gunakan dari DianaA.myresipi.com



Bahtura ini Mama makan dengan Daging Kima..



Dan juga Sayur Campur...

No comments: