Sunday, May 11, 2008

Pasta goreng ku




Bila Putera Bongsu ku acap kali tidak mahu makan nasi, ini lah yang selalu membingungkanku. Pasta ini penyelamat bagi diri Ku kerana ia membantu kebuntuan Ku bila berada di dapur. Putera Bongsu memang tidak suka Nasi, entah dimana silap nya Nasi itu dimata dia Ku tidak tahu...



Pasta Goreng Ringkas

Pasta/Spagetti-direbus dengan sedikit minyak dan garam

3 sudu makan sos Spagetti-( Homemade Sos Spagetti, ku buat terlebih dahulu, kalau tiada pakai lah ready made nya)

1 ulas bawang putih- ditetak sampai hancur

3 keping hotdog- potong mengikut suka hati anda

1 keping isi dada ayam- potong mengikut suka hati anda

2 sudu makan sayur campur

1 sudu sos tomato

sedikit parsley dicnincang

sedikit minyak masak

sedikit lada sulah

sedikit garam


Cara-caranya



1 Panaskan minyak, dan masukkan bawang putih yg ditetak dan tumis sampai wangi dengan api yg kecil.

2 Masukkan ayam dan hotdog serta balik-balikkan sampai ayam bertukar warna. Masukkan sedikit lada sulah, kacau lagi.

3 Masukkan pula sos tomato, spagetti dan sayur campur. Kacau sampai sebati.

4 Tambah sedikit air, dandan garam , kacau sampai ia nya sebati.

5 Masukkan Spagetti/Pasta dan daun parsley,balik-balikkan sampai ia nya agak kering baru lah diangkat.

6 Bila dah cukop rasa , angkat dan sajikan dengan segera.

Seulas kata:-

Kalau mahu tambah udang atau daging pun bulih, Mama tidak pakai garam kerana pasta direbus sudah secukup garam dan Homemade sos spagetti pun sudah secukop rasa, kalau mahu ditambah keju parut diatas Pasta Goreng, silakan..

No comments: