Thursday, May 22, 2008

Ikan Masam Manis MamaElla




Ikan Masam Manis MamaElla

Bahan-bahannya

A

isi ikan ( ikan merah )
sedikit tepung gandum
sedikit tepung jagung
sedikit breadscrumbs
sedikit pepper
sedikit garam
sedikit serbuk chilli
sedikit perahan air limau susu
1 biji telur
minyak secukopnya utk menggoreng

B

1/2 biji lada benggala- (hijau atau merah)
1 biji buah tomato-dibelah empat
1 biji bawang besar dihiris bulat2
2 biji bawang putih- dititik sampai halus
2 biji batang lada merah - dihiris kasar dan serong
sedikit halia parut
sedikit sos spagetti
sedikit sos tomato
sedikit sos chilli
garam dan gula secukop rasa
sedikit daun ketumbar -dihiris halus-halus
1 sudu makan minyak utk menumis

Cara-caranya

1 Isi ikan dicuci dan ditoskan sehingga kering. letak ketepi.

2 Satukan bahan-bahan A, masukkan kedalam isi ikan dan gaul sehingga rata dan sebati. Perap sampai dua jam

3 Panaskan minyak, menggunakan api kecil, bila sudah panas masukkan isi ikan tadi dan goreng sampai garing. Tos kan kedalam pingan yg beralas tissue.

4 Di Kuali yg lain, tuangkan 1 sudu minyak dan tumiskan Bawang besar, putih dan sedikit halia sampai wangi, masukkan serbuk pepper. gaul lagi sampai rata.

5 Masukkan Sos spagetti, sos tomato, dan sos chilli. Kacau sampai rata baru masukkan belahan buah tomato.

6 Bila buah tomato dah mula layu sedikit, masukkan garam dan gula. Kacau lagi dan baru masukkan daun ketumbar dan hirisan lada merah.

7 Rasa apa yg kurang, Baru lah masukkan isi ikan dan lada benggala. kacau dan biarkan sampai kuah nya agak kering sedikit. Barulah diangkat .

p/s; Ini adalah versi masam manis ikan MamaElla, kalau tidak suka ikan bulih ditukarkan ke ayam atau seafood. Mama tidak add jagung, atau lobak merah kerana disini tiada yg makan..!!

No comments: