Sunday, May 11, 2008

Donut





Donats

Ingredients:
Bahan (A)
150 g tepung roti
100 g tepung gandum
5 g garam
30 g gula halus
10 g tepung susu
1/2 s/teh serbuk penaik
2 s/teh yis segera

Bahan (B)
1 butir telur
140ml susu segar

Bahan (C)
25 g lelemak sayuran

Directions:
Satukan bahan (A) lalu gaulkan agar semua bercampur sebati.
Sesudah itu masukkan bahan (B) dan uli sebentar.
Tambahkan pula dengan bahan (C) dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bila telah menjadi doh..oleskan mangkuk besar dengan sedikit lelemak sayuran lalu masukkan doh.
Tutup doh dengan kain yang agak lembap dan biarkan ia naik selama satu jam atau berganda saiznya.

Bila da naik...canaikan pada ketebalan yang di kehendaki lalu potong dengan pisau donat.
Sediakan dulang yang beralas kertas dan taburkan dengan sedikit tepung.
Susun donat di atas dlang lalu tutup kembali dengan kain lembap. Biarkan seketika dalam masa setengah jam.
Sementara itu siap dan panaskan minyak untuk menggoreng.

Goreng donat dengan api yang sederhana perlahan biar hingga kekuningan keemasan. Angkat dan toskan donat di redai.
Bila da agak sejuk...golekkan donat ke atas gula halus.

Adunan ini boleh dapat sedozen donat untuk anda nikmati.

No comments: