Sunday, May 25, 2008

Chocolate Fuze Muffins



Mama buat muffin ini tadi pagi, asas muffin macam biasa cuma Mama add sedikit bahan-bahan yg ada didapur..Alhamdullilah ia nya tidak manis dan tidak menjelakkan...




Chocolate Fuze Muffins

250 g Tepung kek
125 ml Minyak masak Canola
100 g gula
1 cawan Susu segar
1/2 sudu kecil emulco
1/2 sudu kecil baking powder
2 paket Milo Fuze 3 in 1
1 biji telor besar
secukop coklat rice untuk garnish
Kertas cawan secukup nya

Cara-caranya

1 Ayat tepung, Bp dan kemudian masukkan Milo Fuze dan kacau sampai sebati baru ketepikan.

2 Dalam mangkok lain, satukan Susu, minyak, gula, telor dan emulco, kacau sampai sebati.

3 Masukkan bahan cecair kedalam bahan kering, kacau lagi sampai semua nya sebati dan masukkan kedalam cawan kertas.

4 Taburkan coklat rice diatas nya dan bakar disuhu 175'C atau sampai muffin nya masak....

Resipi dimilik oleh MamaElla

No comments: