Saturday, May 31, 2008

East meet West

Asam kari atau Kari asam..bulih lah yang penting kita faham apa makna lauk ini... sebenarnya lauk ini Mama gunakan dua ikan..iaitu ikan pari dan ikan yu.. Sedap pula jadi nya..apa lagi Mama capai roti perancis dan roti putih untuk dicecah..Anak-anak pula tgk Mama makan macam sedap mereka pun ikut sekali....


Hafiz pula memang nak makan Noodle, dia macam dah merindu gitu. Anak satu ini memang tak suka nasi sangat jadi Mama buatkan dia ...


Pasta Mussel with Mushroom (Pasta Kupang dan Cendawan)

Ps: Terimakasih kepada Puan Zubaidah Laili Resipi Pasta nya amat sedap sekali..!!

Thursday, May 29, 2008

Sop ikan, sayur dan tahu


Cuaca begitu panas dan selera tekak pula ke arah Sop, jadi Mama buat lah Sop ini untuk memudahkan anak-anak yg tidak makan pedas , tapi Mama sediakan sambal belachan utk Papa.

Resepi nya:

2 keping isi ikan-potong suka hati anda
1 kotak tahu lembik jenis sop
beberapa keping pokok sayur-suka hati anda
sedikit lobak merah-hiris halus dan memanjang
2 biji putih telur-dikocok
1 sudu teh tepung kentang-ditambahkan air utk memekatkan sopnya
2 ulas bawang putih-dititk
sedikit halia tua-dihiris halus
1 sudu makan minyak masak.
sedikit stock ikan
sedikit garam dan pepper

Cara-caranya:

1 Panaskan air didalam periuk dan biarkan ia nya mendidih, celup tahu lembut didalam air yg mendidih dan angkat tos kan ke dalam mangkuk lain dan ketepikan.

2 Panaskan minyak masak dan tumiskan halia dan bawang putih sampai wangi. masukkan air dan biarkan ia nya mendidih.

3 Bila sudah mendidih, masukkan stock ikan dan kacau lagi, masukkan garam dan pepper kacau lagi sampai ia nya sebati.

4 Bila sudah mendidih gelegak, masukkan lobak merah, dan putih telur.

5 Biarkan putih telur menjadi gudil baru masukkan isi ikan, dalam dua saat masukkan tepung kentang dan kacau lagi.

6 Bila isi ikan dah siap masak, masukkan sayur hijau dan rasa apa yg kurang. Matikan api dan ceduklah isi ikan dan sayur lalu masukkan kedalam mangkuk yg berisi tahu.

7 Hiaslah dgn bawang goreng dan daun ketumbar ..

Sunday, May 25, 2008

Chocolate Fuze Muffins



Mama buat muffin ini tadi pagi, asas muffin macam biasa cuma Mama add sedikit bahan-bahan yg ada didapur..Alhamdullilah ia nya tidak manis dan tidak menjelakkan...




Chocolate Fuze Muffins

250 g Tepung kek
125 ml Minyak masak Canola
100 g gula
1 cawan Susu segar
1/2 sudu kecil emulco
1/2 sudu kecil baking powder
2 paket Milo Fuze 3 in 1
1 biji telor besar
secukop coklat rice untuk garnish
Kertas cawan secukup nya

Cara-caranya

1 Ayat tepung, Bp dan kemudian masukkan Milo Fuze dan kacau sampai sebati baru ketepikan.

2 Dalam mangkok lain, satukan Susu, minyak, gula, telor dan emulco, kacau sampai sebati.

3 Masukkan bahan cecair kedalam bahan kering, kacau lagi sampai semua nya sebati dan masukkan kedalam cawan kertas.

4 Taburkan coklat rice diatas nya dan bakar disuhu 175'C atau sampai muffin nya masak....

Resipi dimilik oleh MamaElla

Pizza Hotdog dan Chicken Broil


Semlm Mama buat Pizza. pizza diatas belum dibakar dan dibawah sudah dibakar...Resipi Pizza ada dikategori Roti..Mama gunakan Resipi Kak Muza


Thursday, May 22, 2008

Ikan Masam Manis MamaElla




Ikan Masam Manis MamaElla

Bahan-bahannya

A

isi ikan ( ikan merah )
sedikit tepung gandum
sedikit tepung jagung
sedikit breadscrumbs
sedikit pepper
sedikit garam
sedikit serbuk chilli
sedikit perahan air limau susu
1 biji telur
minyak secukopnya utk menggoreng

B

1/2 biji lada benggala- (hijau atau merah)
1 biji buah tomato-dibelah empat
1 biji bawang besar dihiris bulat2
2 biji bawang putih- dititik sampai halus
2 biji batang lada merah - dihiris kasar dan serong
sedikit halia parut
sedikit sos spagetti
sedikit sos tomato
sedikit sos chilli
garam dan gula secukop rasa
sedikit daun ketumbar -dihiris halus-halus
1 sudu makan minyak utk menumis

Cara-caranya

1 Isi ikan dicuci dan ditoskan sehingga kering. letak ketepi.

2 Satukan bahan-bahan A, masukkan kedalam isi ikan dan gaul sehingga rata dan sebati. Perap sampai dua jam

3 Panaskan minyak, menggunakan api kecil, bila sudah panas masukkan isi ikan tadi dan goreng sampai garing. Tos kan kedalam pingan yg beralas tissue.

4 Di Kuali yg lain, tuangkan 1 sudu minyak dan tumiskan Bawang besar, putih dan sedikit halia sampai wangi, masukkan serbuk pepper. gaul lagi sampai rata.

5 Masukkan Sos spagetti, sos tomato, dan sos chilli. Kacau sampai rata baru masukkan belahan buah tomato.

6 Bila buah tomato dah mula layu sedikit, masukkan garam dan gula. Kacau lagi dan baru masukkan daun ketumbar dan hirisan lada merah.

7 Rasa apa yg kurang, Baru lah masukkan isi ikan dan lada benggala. kacau dan biarkan sampai kuah nya agak kering sedikit. Barulah diangkat .

p/s; Ini adalah versi masam manis ikan MamaElla, kalau tidak suka ikan bulih ditukarkan ke ayam atau seafood. Mama tidak add jagung, atau lobak merah kerana disini tiada yg makan..!!

Tuesday, May 20, 2008

Brownies



Brownies ini dibuat untuk project sekolah anak-anak ku...Gambar ini menunjukkan , Brownies ini belum dihias...



Bertoppingkan Kacang dan Kelapa. Siap dipacking dua dalam satu kotak..Mudah-mudahan habis hendak dijual pada petang ini...

Ini adalah acara amal, dan Mama rela membuat sesuatu dari memberi CASH...

Monday, May 19, 2008

Sambal Tumis Ikan sardin





Sambal Tumis Ikan sardin

2 Tin ikan sardin
20 Batang chili kering
2 Biji Bawang besar
5 biji Bawang putih
Belachan sejengkal
3 Sudu makan minyak masak
1 mangkok air asam jawa
Gula dan garam secukop rasa

Cara-caranya:

1 Chilli kering dipotong dan direbus sehingga lembut. Selepas itu Cuci dan tos kan.

2 Bawang besar dan putih dibersihkan. belah 4 bagi bawang besar untuk dikisar.

3 Dalam pengkisar , masukkan Chilli, Bawang besar, putih dan belachan dan sedikit air. Dikisar sehingga halus.

4 Panaskan periuk, massukkan bahan-bahan dikisar dan masak sehingga air nya kering. Menggunakan api kecil.

5 Setelah airnya kering, masukkan minyak masak dan kacau sehingga rata serta wangi.

6 Setelah wangi dan garing, masukkan ikan sardin, air asam, garam dan gula. Kacau lagi dan biarkan sehingga ia nya cukop matang.

7 Rasa apa yg kurang dan setelah pekat matikan api.

Saturday, May 17, 2008

Ayam Masak Kicap


Hari ini Mama memasak Ayam masak kicap, sayur goreng dan ada semangkuk budu. Cuaca sungguh panas jadi masakkan Mama pun cukop santai aje..


Budu, terkenal dikalangan makanan negeri Kelantan. Mama suka sekali memakan budu ini dengan nasi panas... Syok tauuu!!



Budu

Monday, May 12, 2008

Roti Bahtura




Roti Bahtura

Bahan-bahan ( 10 - 12 biji )
500 gram tepung roti
100 gram tepung suji (dikisar halus)
200 – 220 ml air suam
1 paket (11 gram) yis kering
2 sudu teh gula
4 sudu besar mentega/ minyak sapi
1 sudu teh garam
4 sudu besar tairu (yoghurt)
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya-:

Campurkan yis, air suam dan gula. Ketepikan seketika.

Masukkan bahan-bahan yang lain kedalam bread machine ataupun mangkuk yang besar dan campurkan dengan bancuhan yis tadi dan uli sehingga lembut dan licin.

Perap adunan sehingga ia naik dua kali ganda.

Tumbuk dan bulat-bulatkan adunan seberat 50 gram. Canai diatas papan bulat dan tipis.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Kepanasan minyak haruslah sederhana.

Masukkan bhatura yang telah dicanai kedalam minyak dan ia akan mengelembung.

Balik-balikkan sehingga warnanya kekuninga.

Angkat dan toskan.

Nota: Minyak untuk menggoreng tidak boleh terlalu panas kalau tidak nanti Bhatura yang digoreng tidak lawa. Jika adunan roti agak kering boleh anda tambahkan air sebanyak 2 – 4 sudu besar. Jika adunan roti terlembik boleh tambah tepung gandum/ tepung roti sebanyak 2 – 4 sudu besar.

Resipi Mama gunakan dari DianaA.myresipi.com



Bahtura ini Mama makan dengan Daging Kima..



Dan juga Sayur Campur...

Nasi Lemak



Nasinya

Bahan-bahannya:

2 cawan Beras
1 kotak Santan kara
1 suduteh garam
3 helai daun pandan diikat
200 ml air

Cara-caranya:

1 Cuci beras dan toskan sekejap. Masukkan beras didalam periuk nasi dan hidupkan suis nya.

2 Didalam periuk panaskan sekotak santan dgn air bersama daun pandan.

3 Bila air santan mendidih masukkan garam dan kacau sehingga sebati.

4 Angkat dan tuangkan ke dalam periuk masak dan kacau serta tutup periuk biarkan ia nya masak seperti biasa.

5 Apabila sudah masak hidangkan ia nya bersama sambal tumis, ikan goreng , ayam goreng dengan hirisan timun.




Sambal tumis

1 dollars chili kering
2 biji besar bawang besar
5 biji bawang putih
Segenggam belacan
Gula dan garam secukop rasa
Asam jawa sedikit dan campurkan dengan sedikit air
Air secukup untuk mengisar
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1 Bersihkan chilli kering dgn menggunting dan merebusnya.

2 Setelah lembut, diangkat cuci dibawah air paip. Tos kan sekejap

3 Bawang besar dan putih dibersihkan dan dipotong 4. Masukkan kedalam blender bersama chiili kering dan belacan dan juga air. Kisar sampai halus.

4 Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan dikisar, biar sampai hilang air nya dan chillinya kering sedikit.

5 Apabila sudah kering ,barulah masukkan minyak masak 4/5 sudu makan dan tumislah sampai ia nya garing dengan api yang perlahan.

6 Bila sudah garing masukkan gula sebanyak 5 sudu makan atau secukop rasa bersama garam. kacau lagi.

7 Bila gula dan garam sudah sebati, masukkan sedikit air asam jawa dan kacau lagi serta tutup periuknya dan perlahankan api, sambil balik-balikkan sambal itu sehingga ia tua atau masak.

8 Rasanya sambal ini mestilah pedas, manis dan masin sedikit.



Sunday, May 11, 2008

Donut





Donats

Ingredients:
Bahan (A)
150 g tepung roti
100 g tepung gandum
5 g garam
30 g gula halus
10 g tepung susu
1/2 s/teh serbuk penaik
2 s/teh yis segera

Bahan (B)
1 butir telur
140ml susu segar

Bahan (C)
25 g lelemak sayuran

Directions:
Satukan bahan (A) lalu gaulkan agar semua bercampur sebati.
Sesudah itu masukkan bahan (B) dan uli sebentar.
Tambahkan pula dengan bahan (C) dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bila telah menjadi doh..oleskan mangkuk besar dengan sedikit lelemak sayuran lalu masukkan doh.
Tutup doh dengan kain yang agak lembap dan biarkan ia naik selama satu jam atau berganda saiznya.

Bila da naik...canaikan pada ketebalan yang di kehendaki lalu potong dengan pisau donat.
Sediakan dulang yang beralas kertas dan taburkan dengan sedikit tepung.
Susun donat di atas dlang lalu tutup kembali dengan kain lembap. Biarkan seketika dalam masa setengah jam.
Sementara itu siap dan panaskan minyak untuk menggoreng.

Goreng donat dengan api yang sederhana perlahan biar hingga kekuningan keemasan. Angkat dan toskan donat di redai.
Bila da agak sejuk...golekkan donat ke atas gula halus.

Adunan ini boleh dapat sedozen donat untuk anda nikmati.

Pasta goreng ku




Bila Putera Bongsu ku acap kali tidak mahu makan nasi, ini lah yang selalu membingungkanku. Pasta ini penyelamat bagi diri Ku kerana ia membantu kebuntuan Ku bila berada di dapur. Putera Bongsu memang tidak suka Nasi, entah dimana silap nya Nasi itu dimata dia Ku tidak tahu...



Pasta Goreng Ringkas

Pasta/Spagetti-direbus dengan sedikit minyak dan garam

3 sudu makan sos Spagetti-( Homemade Sos Spagetti, ku buat terlebih dahulu, kalau tiada pakai lah ready made nya)

1 ulas bawang putih- ditetak sampai hancur

3 keping hotdog- potong mengikut suka hati anda

1 keping isi dada ayam- potong mengikut suka hati anda

2 sudu makan sayur campur

1 sudu sos tomato

sedikit parsley dicnincang

sedikit minyak masak

sedikit lada sulah

sedikit garam


Cara-caranya



1 Panaskan minyak, dan masukkan bawang putih yg ditetak dan tumis sampai wangi dengan api yg kecil.

2 Masukkan ayam dan hotdog serta balik-balikkan sampai ayam bertukar warna. Masukkan sedikit lada sulah, kacau lagi.

3 Masukkan pula sos tomato, spagetti dan sayur campur. Kacau sampai sebati.

4 Tambah sedikit air, dandan garam , kacau sampai ia nya sebati.

5 Masukkan Spagetti/Pasta dan daun parsley,balik-balikkan sampai ia nya agak kering baru lah diangkat.

6 Bila dah cukop rasa , angkat dan sajikan dengan segera.

Seulas kata:-

Kalau mahu tambah udang atau daging pun bulih, Mama tidak pakai garam kerana pasta direbus sudah secukup garam dan Homemade sos spagetti pun sudah secukop rasa, kalau mahu ditambah keju parut diatas Pasta Goreng, silakan..

Thursday, May 8, 2008

Carrot cake



Carrot Cake

Ingredients:

200 g Maltitol sugar
250 ml Corn oil
10 g Cinnamon powder
350 g Carrot
10 g Salt
5 g Soda
150 g Walnut/Almonds
300 g Flour
5 g Baking Powder
5 g Nutmeg


METHODS

1. Whisk the eggs, maltitol, Sugar and salt, till fluffy. Add in warm oil.

2. Add in grated carrot and sieved flour with cinnomon, nutmeg, baking powder and soda. Mix well. then fold in chopped walnuts.

3. Bake at 180'c for 25-40 mins

4. Let it cool completely.