Friday, April 25, 2008

Hidangan Petang



Hidangan petang kali ini adalah Epok-epok kentang dan Roti pelbagai bentuk serta siap untuk dijamu kepada adik dan adik ipar serta Bonda. kebetulan adik datang membawa oleh-oleh roti juga so bulih dibayangkan amat menarik suasana petang..




Resepi kulit Epok-epok Mama gunakan dari Bro Rozzan, sementara inti nya resepi biasa aje.


Kulitnya
1kg tepung gandum
2 sudu besar (bumbung) minyak sapi
120 ml minyak masak
350 ml air hangat/panas
1½ sudu teh garam (campurkan pada air hangat/panas)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Masukkan minyak sapi dan gaul rata. Kemudian masukkan pula minyak masak dan gaul lagi. Akhir sekali masukkan air hangat sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu, buatlah bebola-bebola kecil mengikut saiz yg anda suka. Kemudian canai nipis dan isikan dgn inti sayur dan kelimlah dgn rapi dan kemas. Goreng dgn minyak yg mencukupi dgn api yg sederhana panas sehingga kekuningan. Hidangkan dgn sambal cuka.

P/s: Mama gunakan inti kentang jadi tidak payah memerlukan Sambal Cuka....

No comments: