Monday, April 28, 2008

Roti Naan

Roti Naan


4 ½ cawan tepung gandum
1 paket (11 gm) yis kering
2 sudu teh gula
1 cawan air suam
1 biji telur, dipukul
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar mentega cair/ minyak zaiton
4 sudu besar tairu (yoghurt)

Cara-cara

Campurkan yis, air suam dan gula dan ketepikan selama 5 minit.

Masukkan tepung gandum, garam, baking powder, tairu, mentega cair/ minyak zaiton, telur kedalam bread machine. Ataupun anda boleh menggunakan mangkuk besar. Masukkan bancuhan yis tadi dan uli sehingga ia lembut dan licin.

Perap adunan naan sehingga ia naik dua kali ganda.

Setiap adunan roti Naan seberat 70 gram dan dicanai diatas papan canai.

Bakar diatas kuali leper menggunakan api yang kecil sehingga kedua-dua belah masak. Angkat dan hidangkan.

Nota: Jika anda suka Garlic Naan, boleh anda cincang 3 ulas bawang putih dan campurkan dengan 2 sudu besar mentega dan sapukan diatas Naan pada waktu akhir anda membakarnya. Jika suka Cheese Naan boleh anda taburkan parutan cheese diatas Roti Naan.

P/s: Mama dah cuba lembut dan gebu malah boleh dibuat Roti pita- Resepi dari DianaResepi.net

Pau

Pau Dough

Ingredients A
400g flour (Bluekey Pau flour or Hongkong flour)
240g water
1 1/2 tsp instant yeast

Ingredients B
100g flour (Bluekey/Hongkong flour)
120g caster sugar
10g shortening ( i used Crisco )
1 1/4 tsp double-acting baking powder

Method
1. Mix ingredients A together. Knead until smooth and elastic. Let it rise for 40 minutes.
2. Mix dough from method 1 with ingredients B and knead for another 10-15 minutes.
3. Cut into equal portions of 30g or 40g. Wrap in filling.
4. Let rise for 20 minutes.
5. Steam for 12 minutes.

P/s: Ini resepi dari Kc, yg Mama telah cuba so very lembut dan gebu.

***************************************

Kulit Pau

Bahan-bahan
500 gm tepung gandum - 300 tepung gandum,-200 tepung Hongkong
1 sdt yis segera
1/4 cawan minyak jagung
50 gm gula
1 ¼ cawan air
Sedikit garam
2 sdt double acting baking powder

Cara:

1. larutkan gula dalam air (jadikan sirap)
2. Ayak bersama tepung, yeast & garam kedalam mangkok besar
3. Buat bulatan di tgh2 tepung tadi dan tuangkan sirap, minyak dan uli dengan tangan hingga adunan licin (dlm 20 minit)
4. Biarkan doh rehat sebentar (dlm 10 – 15 minit)
5. Uli lagi adunan sambil masukkan double acting baking powder
6. Canai dan isikan inti dan biarkan naik (dlm 20 minit) baru lah di kukus.

P/S: Resepi ini dari Cranko.Cari.com. Resepi ini Mama telah cuba pun result nya lembut dan gebu too.

Pizza

Roti pizza

500gm Tepong roti
2 sdm gula
4 sdm tepung susu
1 biji telor
1 sdk pelembut roti
1/2 sdk garam - secubit
1 1/2 sudu makan yeast
2 cawan air suam
2 sdm margarin.

caranya..
kesemua bahan kering dicamporkan,buat lubang ,gaul semua bahan cecair dan diuli sehimgga doh tak melekat ditangan.perap sehingga naik,buang anginya.dicanai mengikut saiz yang dikehendaki dan dibakar separuh masak.

sos pizza
1 biji bawang yang kuning tuu,dikupas dan dimayang halus.
3 biji bawang putih diracik.
1 tin kecil tomato puri
1 skecil oregano whole
5 smakan sos cili(yang ni agak agak jee mengikut rasa masing masing)
sedikit minyak untuk menumis


caranya
panaskan minyak,tumis bawang sehingga naik bau,masukkan tomato puri,oregano dan sos cili,sedapkan rasanya.biar agak pekat sikit dan diangkat dan disejukkan.

toppingya

keju mozarrella,sayuran campur,cili benggala dan nenas.

[toppingnya terpulanglah kepada kita nak taruk apa,selamat mencuba]

P/: Mama suka pizza base dari kak Muza(FRD) tapi topping nya terserahlah kepada anda..

Resipi Roti-Chef Rohaya

500 gm tepung H.P.(high protein flour)

1/8 tsp calcium propinate.(jika suka.. tak letak pun takpe)

1/2 tsp bread improver

10 gm Instant Dry yeast

50-100 gm gula caster

20 gm susu tepung

5 gm garam (1 tsp)

250 ml air ice (air wap)

60 gm butter


Caranya:

1) campurkan semua bahan kering, gaul rata.

2) masukan air, uli hingga jadi doh.

3) masukan butter, uli hingga licin.

4) apabila licin bagi kebeberapa biji, bulat2kan biarkan 10minit.

5) bentukan, tutup roti dan naikan selama 1 jam.

6) lepas 1 jam, sebelum bakar, renjis atau sray air atas roti.

7) bakar selama 10- 15 min pada suhu 200'C.

P/: Mama pun suka menggunakan resipi Chef Rohaya. Terimakasih ibusha

Resipi Roti Chef Alex Goh

Recipe from Alex Goh - The World of Bread

Ingredients
(A)
480 gram bread flour
120 gram plain flour
110 gram sugar
10 gram salt
20 gram milk powder
4 tsp instant yeast

(B)
1 egg
300 ml water

(C)
60 gram butter


Instructions
Mix (A) till well blended.
Add (B) and knead to form a dough.
Add (C), continue to knead to form a smooth and elastic dough.
Cover dough with clear film. Let it proof for 50 -60 minutes or till it double in size.
Divide dough into 60 gram portions, shape into balls and let the dough rest for 10 minutes.
Shape the dough into oval shapes and placed them on a greased baking tray, leave to rest for a further 45 minutes
Brush with egg wash and bake in the over at 190 degrees celsius for about 9 to 12 minutes.

Sunday, April 27, 2008

Make A Bread






Make A Bread atau Jum kita buat Roti..enak dan lembut Thumbs-up To Chef Alex Goh...dapat 13 ketul serta dipelbagaikan dengan bentuk Stollen Breads, Hotdog serta Potato Pie Breads...siap untuk dijamu minuman petang pada hari ini...

Saturday, April 26, 2008

Roti Roll Kismis


Semalam sakit-sakit pun sempat Mama uli roti, tapi sempat buat tahap pertama kerana sakit diperut dan belakang tidak boleh tahan. Adik yg bermalam dirumah Mama mengambil over
tugas Mama..


Roti Roll Kismis, Boleh tahan juga dan amat memuaskan hati apa lagi makan roti ini dicelup dgn Kopi-0 Kaw kaw... Thank you ADIK sementara itu Mama masih meneruskan rihat sehingga hilang sakit perut dan Belakang...

: P/s: Resepi dari Chef Alex Goh....

Friday, April 25, 2008

Hidangan Petang



Hidangan petang kali ini adalah Epok-epok kentang dan Roti pelbagai bentuk serta siap untuk dijamu kepada adik dan adik ipar serta Bonda. kebetulan adik datang membawa oleh-oleh roti juga so bulih dibayangkan amat menarik suasana petang..




Resepi kulit Epok-epok Mama gunakan dari Bro Rozzan, sementara inti nya resepi biasa aje.


Kulitnya
1kg tepung gandum
2 sudu besar (bumbung) minyak sapi
120 ml minyak masak
350 ml air hangat/panas
1½ sudu teh garam (campurkan pada air hangat/panas)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Masukkan minyak sapi dan gaul rata. Kemudian masukkan pula minyak masak dan gaul lagi. Akhir sekali masukkan air hangat sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu, buatlah bebola-bebola kecil mengikut saiz yg anda suka. Kemudian canai nipis dan isikan dgn inti sayur dan kelimlah dgn rapi dan kemas. Goreng dgn minyak yg mencukupi dgn api yg sederhana panas sehingga kekuningan. Hidangkan dgn sambal cuka.

P/s: Mama gunakan inti kentang jadi tidak payah memerlukan Sambal Cuka....

Monday, April 21, 2008

Oh..My Darling..!!

Darling ku sudah pulang kepangkuan kami.. Gembira dihati tidak terkata. Syukur ku diatas kehadrat illahi kerana menjauhkan Darling ku dari segala penyakit. Setiap masa Darlingku dapat berehat sepenuh nya. Darling ku juga sudah mahu menerima pertukaran gaya makan nya. Darlingku juga mahu melupakan ikan buat masa seketika. Tapi Darling ku suka AYAM. Semalam Darlingku mula pertama-kali makan NASI. Itupun ku masak 'CLAYPOT RICE CHICKEN ' resepi yg ku gunakan dari ROYLAZIM... Darling kata sedap banget tawww....! Darling hanya senyum melihat keletah Putera-putera nya. Darling akan jaga kesihatan nya demi Kita semua.. Darling tetap akan ada di sisi kita..
Kata Putera-Puteranya.."KITA SAYANG DARLING..!!"

Saturday, April 12, 2008

Sakit...sakit..sakit..

Aku heranlah, apa yg tidak kena dgn bahu kanan ku ini... Adakah kerana aku menguli Roti atau membawa dua beg sekolah anak aku yg berat itu...!! denyutannya amat sakit sampai aku dah tampal koyop dan anak-anak pula tau Mama nya sakit..!
Jam 2 pagi aku sudah tersadar, mata masih terang dan tidak mahu lelap.. aku telan 1 biji Extra-panadol pada pukol 5.30 pagi... bayangkan dari jam 2-5.30 pagi aku terbaring disofa tanpa habis memikir apa sal sakit nak bahu ini... Membaca tidak melelapkan mata tapi setelah ku makan obat itu, akhirnya Mata aku tewas jua dan aku sedap sudah lewat pagi..
Anak-anak tidak mengganggu tapi seperti biasa kecoh mengalahkan Pasar suara mereka..Harii ini mereka tidak kesekolah dan Hubby pula awal pagi sudah berangkat kekerja..Kata hubby, dia tidak sampai hati nak kejutkan aku yg sedang tidur lelap .. tapi DIA tahu aku sedang menahan sakit denyutan dibahu ini..!!

Wednesday, April 9, 2008

Fresh from de Oven

ENGLISH BREADS COTTAGE-CHEF ALEX GOH

Ku buat Roti ini pada pukol 4.45 pagi, mengguli menggunakan tangan amat memuaskan hati ku. Sayangnya aku masih belum lengkapmenpunyai perkakas membuat roti jadi aku menggunakan dengan apa barang yg ada..Siap mengguli dari 004.45 pagi campur memerapnya sehingga membakar dan keluar nya dari oven 06.50 campur dan minus hampir pukol tujoh pagi. Kopi sudah tersedia dan Putera ku yang sulong sudah siap untuk menjamu Sarapan dgn abahnya... Abahnya rajin melayan kerenah anak-anaknya. Cukop sekadar oles butter dan kaya dan
" Enaknyaaa roti ini!!!" Alhamdullilah...!!





Sunday, April 6, 2008

Roti ..oH ..Roti...

Roti, hari ini dua kali Ku buat ROTI. Pertama Ku menggunakan BM, dan hasilnya, boleh tahan..Berdebar rasa dihati bila melihat hasil pertama resipi Chef Rohaya, bukan Chef Alex Goh.. Tapi kata org kalau tidak elok tidak apa kerana
kita masih ada peluang untuk mencuba kali kedua atau seterus nya.. Dan keduanya kali ku buat lagi tadi jam 5.30 petang..Lihatlah hasilnya..



Alhamdullilah..syukur, penat lelah ku berhasil membuat roti yg terbaik..kata suami ku " Bread talk pun kalah macam ini..!!" Boleh gitu...hehehe