Monday, February 4, 2008

kuih bakar labu

kuih ini sangat digemari oleh semua orang melayu kita, rasa nya lembut dan enak. Lelagi kalau kita minum bersama teh-O atau Kopi -O kaw-kaw..
Selain Labu kita boleh gunakan durian, jagung, cempedak dan lelain lagi. Hati Saya terusik apabila melihat teman-teman di FRD buat menjadi, Saya pun apa lagi dgn semangat yg berkobar-kobar pun mencubanya..Alhamdullilah ia nya jadi..
terimakasih saya ucapkan kepada Puan Azizah Mohd Ismail kerana resipinya cukop baik..

Resepinya:

Kuih bakar Labu

500gram Tepung gandum
800ml santan dari 11/2kelapa parut
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna kuning
1/2 sudu teh esen vanilla
300 gram labu kuning
200ml air
5 biji telur
500 gram gula halus (caster)

Cara-caranya:
Labu dibelah 4 dan dibersihkan serta rebus dgn kulitnya sekali. Setelah lembut barulah dikopek kulitnya dan biarkan ianya sejuk dan baru dikisar halus dgn air sehingga lumat.
Acuan muffin atau baulu di gris dgn minyak dan ketepikan dahulu.
Pukol telur dgn gula seingga kembang.
Masukkan santan,garam,vanilla, pewarna kuning, tepung dan labu.
Pukol lagi sampai halus kemudian ditapis.
Panaskan ketuhar170-180darjah C, kemudian panaskan acuan-acuan kecil atau baulu yg hendak digunakan.
Tuang adunan kedalam acuan 3/4 penuh Bakar sehingga kekuning-kuningan dan masak.

Sekian dan selamat mencuba..

No comments: