Monday, February 25, 2008

Pening Japz....

Pening kepala Saya....
Kenapa? sebentar tadiwaktu jam 4.30 petang, Saya terasa ditolak kekiri dan kekanan... isk..isk..siapa punya kerja ini dan bila saya terdengar ting,tang,ting.. isk hanger dipintu almari puteraku bergoyang lah..Lantas...saya menejrit..." Abanggggggg...flat kita bergoyanglahhhh!!" Saya ke dapur dan menyaksikan air didalam jug atau bekas simpan air masak bergelombang...alamak..!! gempa bumi lah...Masya-Allah..!!!
Ini baru sedikit kalau benar negeri kita diberi kuat sedikit gegaran apakah akan terjadi dengan Negeri Singapura?

Tuesday, February 19, 2008

Mini Coklat Cupcakes




Mini coklat Cupcakes, adalah hasil kombinasi rekaan Datin sendiri. Ia berintikan coklat chips dan mempunyai rasa lemak serta manis (tidak telalu manis) dibuat daripada "Tepung, Mentega, Telor, Coklat Chips dan Gula" . Selain bahan-bahan ini adalagi yg Datin sudah tambah... Senang dan mudah dibuat dan sesuai untuk beginner seperti Datin.
Sehingga sekarang ia masih bertahan dan Datin merasa puas hati dgn membuat kek ini... Selepas ini Datin nak cuba buat kek cawan yg besar sedikit tapi bukan skrg mungkin selepas majlis besar yg akan Datin hadiri... serta kek ini akan Datin buat untuk majlis ini..ini lah Projek Datin pada bulan Febuari....

Thursday, February 7, 2008

Brownies Muffins


Yea..!! Saya sudah membuat nya, enak dan lazat bagi saya kerana bukan Saya sahaja yg dah rasa, malah adik saya yg mahir dalam baking pun berkata begitu.Hehe...saya bukan nak masuk lift picit sendiri tau tapi ini adalah kenyataan nya..




Brownies Muffins nampak cantik dan teksturnya pun elok sekali dan ia nampak comel dimata saya. rasanya pula tidak lah terlalu manis dan lemak nya kacang badam terlalu ketara kalau saya katakan ia satu kombinasi yg baik.

Separuh Brownie Muffin ini saya letakkan Coklat chips dan lagi separuh tiada....ingat dihati ingin saya solekkan dgn coklat putih tapi saya telah mendapat bantahan oleh penggemar-penggemar brownies muffins ini, kata nya tidak payah dan dengan itu ini lah hasilnya..Brownies Muffins












Monday, February 4, 2008

kuih bakar labu

kuih ini sangat digemari oleh semua orang melayu kita, rasa nya lembut dan enak. Lelagi kalau kita minum bersama teh-O atau Kopi -O kaw-kaw..
Selain Labu kita boleh gunakan durian, jagung, cempedak dan lelain lagi. Hati Saya terusik apabila melihat teman-teman di FRD buat menjadi, Saya pun apa lagi dgn semangat yg berkobar-kobar pun mencubanya..Alhamdullilah ia nya jadi..
terimakasih saya ucapkan kepada Puan Azizah Mohd Ismail kerana resipinya cukop baik..

Resepinya:

Kuih bakar Labu

500gram Tepung gandum
800ml santan dari 11/2kelapa parut
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna kuning
1/2 sudu teh esen vanilla
300 gram labu kuning
200ml air
5 biji telur
500 gram gula halus (caster)

Cara-caranya:
Labu dibelah 4 dan dibersihkan serta rebus dgn kulitnya sekali. Setelah lembut barulah dikopek kulitnya dan biarkan ianya sejuk dan baru dikisar halus dgn air sehingga lumat.
Acuan muffin atau baulu di gris dgn minyak dan ketepikan dahulu.
Pukol telur dgn gula seingga kembang.
Masukkan santan,garam,vanilla, pewarna kuning, tepung dan labu.
Pukol lagi sampai halus kemudian ditapis.
Panaskan ketuhar170-180darjah C, kemudian panaskan acuan-acuan kecil atau baulu yg hendak digunakan.
Tuang adunan kedalam acuan 3/4 penuh Bakar sehingga kekuning-kuningan dan masak.

Sekian dan selamat mencuba..