Monday, October 8, 2007

Saat aku menanti Lebaran



Dua tiga tahun lalu aku sibuk sekali kerana aku sungguh bahagia menantikan lebaran. Lucu saat itu aku rasakan kerana sikap ini selalunya ada pada anak-anak kecil sahaja. Tapi tahun ini kegembiraan itu tiada dihati ku malah aku merasa sedih sangat terkenangkan aku harus bertugas meninggalkan anak-anak berbuka dengan Papanya aje. Sedih benar aku rasakan walaupun di tempat aku bertugas aku sering mendengar lagu raya diputarkan diradio aku tetap tidak bertemu perasaan bahagianya bila syawal menjelma.Kenapa eh?

Aku tidak mahu mengikut kan hati yg sedih ini aku buat jua beberapa biskut yg dah aku kira jumlahnya 9 macam tau...! dan aku selipkan gambar- gambarnya disini untuk kita kongsi bersama.. Ayuh mari kita raikan Syawal tahun ini dengan penuh kesyukuran dan alhamdullilah bertemu lagi namun sedih kerana puasa akan pergi, ada umur yang panjang kita bertemu lagi ditahun hadapan...
Resepi-resepi ini ku ambil dari buku masak Asmah Laili....Biskut Emping Rangup dengan Hazelnut Brownies.


No comments: