Saturday, October 20, 2007

Havana Sparkle


Biskut ini adalah percubaan Aku yg pertama..dan ia menjadi pula... tapi tak pe kerana anak-anak aku tidak mengemarnya sangat.. so aku Nak share aje picture biskut ini untuk kalian lihat... rupa biskut Havana Sparkle....

Biskut Gajus


Biskut Gajus yg aku buat ini adalah kegemaran aku, kerana selalunya yang aku makan rasanya banyak tepung dan kurang enak rasanya. Jadi apabila keluar aje resepi ini Dibuku Masak chef terkenal Asmah Laili apa lagi aku cubalah... Masya-Allah nikmat dan lemaknya apa lagi aku melebihkan kekacang Gajus, Gosh ...!!! Marvelous...!! yg pasti aku akan buat lagi biskut ini kerana aku masih ada setengah kilo Kacang Gajus...
Aku adalah seorang pemalas nak salin resepi...jadi ku harap KORANG yg membaca BLOG aku ini maafkanlah aku tau....!!

Monday, October 8, 2007

Saat aku menanti Lebaran



Dua tiga tahun lalu aku sibuk sekali kerana aku sungguh bahagia menantikan lebaran. Lucu saat itu aku rasakan kerana sikap ini selalunya ada pada anak-anak kecil sahaja. Tapi tahun ini kegembiraan itu tiada dihati ku malah aku merasa sedih sangat terkenangkan aku harus bertugas meninggalkan anak-anak berbuka dengan Papanya aje. Sedih benar aku rasakan walaupun di tempat aku bertugas aku sering mendengar lagu raya diputarkan diradio aku tetap tidak bertemu perasaan bahagianya bila syawal menjelma.Kenapa eh?

Aku tidak mahu mengikut kan hati yg sedih ini aku buat jua beberapa biskut yg dah aku kira jumlahnya 9 macam tau...! dan aku selipkan gambar- gambarnya disini untuk kita kongsi bersama.. Ayuh mari kita raikan Syawal tahun ini dengan penuh kesyukuran dan alhamdullilah bertemu lagi namun sedih kerana puasa akan pergi, ada umur yang panjang kita bertemu lagi ditahun hadapan...
Resepi-resepi ini ku ambil dari buku masak Asmah Laili....Biskut Emping Rangup dengan Hazelnut Brownies.