Saturday, May 19, 2007

Biar Dia Pergi

Alhamdullilah ..syukur aku bersyukur ke atas Illahi,
Ku panjatkan doa semuga ia kekal disana selamanya...
Walaupun puas aku sabar dengan kerenah dia,
tetap aku pertahankan hak mutlak aku sebagai isteri dan menantunya..
Zauji diam membisu sambil mendengar segala kata-kata nista dan Caci dari mulot ibu nya..
Zauji tidak akan masuk campur dalam hal bergini....Sayang aku padanya..:-)
Aku tetap cuba tidak meninggikan suara aku,
Aku tetap cuba tidak menunjukkan kemarahan
yang tengah meluap-luap di sanubari hati aku..
Walaupun segala kata nista dan hina nya dia pada aku...
Aku sedar dia sebenarnya cemburu kepada aku..
A'aah..aku tidak bersalah dan aku tidak mahu lagi diperkota dan katik olehnya..
Aku hanya mula melepaskan kata..." Kalau susah sangat tinggal dengan ku, pulanglah ibu ke asal kamu ..disana ibu mesti lega dan terhibur kerana tiada manusia yg akan berbicara dengan kamu (ibu)....!!!
Dia tidak terkejut malah dengan senyum dia rela dipulangkan kesana.....!!!
Alhamdullilah ...Alhamdullilah....
Ya Allah...Ya Latif.. kamu maha mendengar...Syukur ku diatas kejadian ini...
Pagi ini, ingin ku mohon ampun dan maaf terhadap kesalahan aku semalam,
Apabila dia melihat aku, dia terus membuangkan mukanya dan dengan pantas memanggil cucunya untuk beredar dari rumah ini...,
Tidak mengapa, aku rasa biar apa yg terjadi semalam biar lah ia yang terakhir,
dan kalau berlaku lagi akan datang..
yang pasti aku tidak akan biarkan dia menetap dengan aku disini...
Ku toleh melihat raut wajah Zauji, dia diam membisu dan sedih...
Aku mengerti kerana sampai bila pun Ibunya tidak akan berubah sikap terhadap aku....
usia dah senja dan langkah tidak begitu luas, sampai bila kah dia akan bergini...
Allahualam dan Allahhuakhbar....

No comments: