Tuesday, May 22, 2007

Terimakasih...:-)

Malam ini jari-jemari aku sungguh lemah aje, ia seperti mengikut rentak irama hati aku. kekiri dan ke kanan ia menghayun.

Kesedihan dan kerisauan sudah pun berlalu, malah aku sudah mula bersenyum dan dah mula terasa ringannya bahu serta hati aku...syukur alhamdullilah...!!

kepada yang mengerti apa yg aku tulis..ku ucapkan terimakasih kerana bersikap sabar dengan apa yg aku lalui...

Dan kepada yg tidak mengerti. maaflah kerana terlalu sukar untuk aku mau menerangkan kedudukan aku.

Apa jua yg aku tulis di blogspot ini..ia adalah ujian dan tahap-tahap aku lalui semasa aku diuji..

Terimakasih aku kepada Sahabat yang aku hargai... tanpa kalian siapa lah aku...you know who I refer to....:-)

Saturday, May 19, 2007

Biar Dia Pergi

Alhamdullilah ..syukur aku bersyukur ke atas Illahi,
Ku panjatkan doa semuga ia kekal disana selamanya...
Walaupun puas aku sabar dengan kerenah dia,
tetap aku pertahankan hak mutlak aku sebagai isteri dan menantunya..
Zauji diam membisu sambil mendengar segala kata-kata nista dan Caci dari mulot ibu nya..
Zauji tidak akan masuk campur dalam hal bergini....Sayang aku padanya..:-)
Aku tetap cuba tidak meninggikan suara aku,
Aku tetap cuba tidak menunjukkan kemarahan
yang tengah meluap-luap di sanubari hati aku..
Walaupun segala kata nista dan hina nya dia pada aku...
Aku sedar dia sebenarnya cemburu kepada aku..
A'aah..aku tidak bersalah dan aku tidak mahu lagi diperkota dan katik olehnya..
Aku hanya mula melepaskan kata..." Kalau susah sangat tinggal dengan ku, pulanglah ibu ke asal kamu ..disana ibu mesti lega dan terhibur kerana tiada manusia yg akan berbicara dengan kamu (ibu)....!!!
Dia tidak terkejut malah dengan senyum dia rela dipulangkan kesana.....!!!
Alhamdullilah ...Alhamdullilah....
Ya Allah...Ya Latif.. kamu maha mendengar...Syukur ku diatas kejadian ini...
Pagi ini, ingin ku mohon ampun dan maaf terhadap kesalahan aku semalam,
Apabila dia melihat aku, dia terus membuangkan mukanya dan dengan pantas memanggil cucunya untuk beredar dari rumah ini...,
Tidak mengapa, aku rasa biar apa yg terjadi semalam biar lah ia yang terakhir,
dan kalau berlaku lagi akan datang..
yang pasti aku tidak akan biarkan dia menetap dengan aku disini...
Ku toleh melihat raut wajah Zauji, dia diam membisu dan sedih...
Aku mengerti kerana sampai bila pun Ibunya tidak akan berubah sikap terhadap aku....
usia dah senja dan langkah tidak begitu luas, sampai bila kah dia akan bergini...
Allahualam dan Allahhuakhbar....

Friday, May 11, 2007

Bintang malam

Malam yang dingin dengan bintang bertaburan dilangit,
Kerlipan-kerlipan bintang begitu nyala sekali...
Ingin aku mencapai mu satu persatu,
Namun aku tidak berdaya kerana kau(bintang)
Berada nun jauh sekali....
Aku....
Setia menanti kejatuhan mu bintang-bintang
Keribaan aku...
Kerlipan hidup aku sementara sahaja..
Sewaktu aku gemerlapan dengan dunia aku,
Aku lupa tentang adanya Allah,
Sewaktu aku sibuk menari dan berdansa,
Aku lupa pada Azan bang yang memanggil
Kita supaya sudah waktunya bersolat...
Sewaktu aku meneguk air-air itu...
Aku lupa akan haram dan halal...
Aku dengan dunia aku..
Apabila aku sedang hadir kan diri
dengan dunia penuh gemerlapan...
tiba-tiba.......
Diri aku direngut oleh sesuatu bayangan hitam....
Dia datang dengan penuh ngeri,
Aku takut...aku jerit..aku cuba melawan...
namun aku tiada kuasa untuk menandinginya..
Kecuali aku melafazkan..." Ya allah...Ya allah...Ya allah...!!
Masya-allah, aku masih ingat pada mu Ya allah..
Manusia yg banyak dosa ini masih ingat padamu,
Manusia yg sombong dan engkar akan perintah mu
Masih ada muka untuk memanggil mu...
Masya-allah dan subhannallah....
Esok masih adakah untuk ku
Meniti setiap hari aku,
Kecuali tiada esok bagi ku......