Sunday, April 1, 2007

Dua Minggu bercuti....

Hari ini dia dah pergi ke Benut malaysia. dia diambil oleh anak perempuannya. Dia kelihatan tergesa-gesa nak berangkat. Dia kata kepada aku, dua minggu aje dia disana kerana obat nya cuma untuk dua minggu aje.
Semlm aku dan zauji membawa dia ke rumah cucunya kerana ada majlis maulid. Disana aku bertemu dgn Sil dan cucu-cucunya. Senyum tetap mekar dibibir ku, salam tetap menambahkan muhibah silaturrahim antara saudara-mara.
Dalam jangka yg lama tidak bertemu (sebulan) dia banyak yg dipeluk dan dicuim dipipi nya, serta khabar dan bertanya bahagia kah atau gembirakah tinggal dgn anaknya, Dia angguk kan kepalanya. Sil melihat perubahan ibunya, datang kearah ku, " Kau lihat, gembira benar emak dapat tinggal dgn adik aku." aku senyum aje tidak sepatah menjawab." kau mesti buat mak betah tinggal dgn kau dan jgn bermusuh atau kau jangan jahat dgn Mak tau!! "
JAHAT!!!...apa yg aku jahat dgn dia? Sabar aku sabar aje sambil aku tenung kat Sil aku sambil senyum tak sepatah aku jawab kata-kata dia. ( kalau ada bantal gusti dah aku tumbuk-tumbuk ke arah bantal itu!!!) itulah perasaan marah aku. aku senyum aje di majlis itu sambil telinga aku dengarkan aje perbualan mereka dgn Mil... sakit telinga aku, aku ubatkan dengan beristifar. Aku buang perasaan marah aku. Nak aku jawab, aku toleh kearah zauji, kesian dia( zauji) tidak payah jawablah ...baik aku diam aje, pekak kan aje telinga aku ...sabar aku sabar!!!
Tadi Sil datang ambil mak nya... aku iringi perpisahan ini dengan senyuman yang paling manis sekali. Dua minggu dia bercuti ke Benut, dua minggu aku dapat berrihat seketika.....