Monday, March 12, 2007

Dia dan Aku

Semenjak dia hadir didalam istana aku, aku tidak berapa kisah. Dia banyak diam, dan termenung. ibarat dia duduk satu sudut. tiada perkataan yang ingin ku bicarakan terhadap dia. Selang seminggu, dia mula mengadu dgn zauji, bahawa diri dia tidak di perlukan dan dia terasa sepi. zauji cuba menasihatinya, dia ngangguk kan aje kepalanya.
Aku sendiri tidak tahu macam mana nak mulakan perbualan dengan dia, sedangkan masa aku dan perhatian aku seratus per cent dengan anak-anak aku. aku memang simpati dengan dia, kerana dia mempunyai ramai cucu dan cicit, tetapi tidak satu pun yang sudi untuk melihat dia. Aku masih boleh terima kehadirannya, aku tidak kisah sangat.
Hari ini dia genap sudah 3 hari dia sakit, muntah-muntah dan panas badan. Zauji baru bawa dia ke dokter. Kesian benar aku lihat dia sakit. Makan tidak seberapa apa lagi minum. malah dia masih boleh banyak sabar tentang sakitnya itu. Aku pula mana sakit kepala dan pinggang. malah anak-anak lagi cuti makin bising istana aku....sabar aje lah aku dengan mereka...
Esok, teman-teman aku ada perjumpaan di Jurong East library, nak aje aku ikut berjumpa tetapi aku tiada upaya untuk meninggalkan Mil aku dirumah . maaf lah wahai teman-teman kerana aku tidak dapat hadirkan diri.
kalau ada rezeki insya-allah aku mesti ingin bertemu dengan kalian baik di kuliah mahu pun dimana-mana corok singapura....

3 comments:

spidey said...

jgn bersedih datin. nanti bila tiba masa yg sesuai, blhlah datin bersama kwn2. jaga mil kn tanggungjawab. SRT ya, datin. take care!

Datin said...

Salam spidey,betullah apa yg dikatakan kena SRT, tak apa lah kita terima dgn tangan terbuka, mungkin ini ujian allah. Anyways kirimsalam dgn teman-teman eh..

Achik Ngah said...

Tiada yang lebik baik selain berdoa...berdoalah mohon yg baik-baik..Insya'Allah...semoga kesihatannya terus beransur baik.