Sunday, March 25, 2007

Malunya aku!!!

Hari ini ahad 25 haribulan march07', pada jam 7.15 malam, Aku bernada tinggi dengan my MIl, Masya-allah malunya aku!!!:-( kerana zauji menjeling kearah aku. Ini semua gara-gara aku tidak masak pada hari ini:-( . Aku adalah manusia biasa bukannya robot, Bila aku diserang oleh flu, tiada daya untuk aku nak terus kemas, masak dan etc etc lah.
Ya allah, kalau aku sedang diuji oleh mu aku terima dgn tangan terbuka tetapi aku tidak boleh tahan dengan cara MIl memerintah dan sindirannya. Aku cuba juga untuk berdiam tapi aku tewas dgn bisikkan syaitan yg ajak aku bersuara tinggi. malunya aku!! lagi malu pasal aku tahu aku tidak sepatutnya masuk campur....
Sepatutnya nak aje aku minta maaf dgn zauji sekarang ini tapi zauji pula jual mahal. Aku tahu dia marah tapi aku tangguhkan aje ke esok hari...aku tidak minta apa-apa perhatian dari MIl pun, hanya kalaulah MIL masih ada perasaan simpati, simpatilah pada aku yg tak terlarat nak layang semua manusia yg berada didalam istana aku......Bila kejadian bergini dah berlaku, jawapannya tiada kekatalah untuk beberapa hari ini......Siapalah masing-masing memasang wall untuk tidak mahu lihat atau bicara....!!! aduh!!! aku tersepit lagi!!!!!

Wednesday, March 21, 2007

Selasa!!!

Hari selasa, aku dah tidak boleh tahan lagi, kepala aku macam nak pecah disebabkan aku yang suka diam aje, tapi itu ada kehendak aku jua. sejak Mil ini ada, bermacam-macam ragam kerenah dia aku hadapi. malah kalau aku diberi bayi untuk yang ketiga aku maulah. Aduh!!! sabar, sabar dan sabar!!!!
Setiap manusia ada kesabarannya, tapi hari selasa itu aku dah tidak boleh sabar lagi, lantas jalan keluar aku duduk di sudut korner di chua chu kang lot 1 tingkat 4 di sudut food korner sambil makan aku tengok orang ramai lalu lintas disitu. Sejam lebih aku duduk disitu, hilang sudah stress aku tapi aku rugi kerana aku tidak hadir kuliah ngaji.
Bermacam-macam ragam dia menunjukkan pada ku ragamnya , dengan senyum aku terangkan dengan dia kenapa tidak boleh dan dibolehkan. kalau bercakap dengan aku wajib bertentang mata, suatu perkara yang tidak pernah aku buat selama ini. Alhamdullilah dia faham,lega hati aku. Kalau apa yg dia hendak , pasti aku lah yg dia cari bukan hubby aku. Aku pun ingin a break!! tapi itulah break yg aku dapat ialah Selasa!!!
Alhamdullilah aku dapat jua atasinya, denagn membuktikan aku hadir kuliah hari ini dan sakit stress aku dah berkurangan serta aku nak ucapkan berbanyak terimakasih dengan seseorang yg sudi menemani aku pada hari selasa. Juga aku tidak lupa pada teman ku yg ajar aku ngaji..Terimakasih di atas kata-kata perangsangmu!!!

Monday, March 12, 2007

Dia dan Aku

Semenjak dia hadir didalam istana aku, aku tidak berapa kisah. Dia banyak diam, dan termenung. ibarat dia duduk satu sudut. tiada perkataan yang ingin ku bicarakan terhadap dia. Selang seminggu, dia mula mengadu dgn zauji, bahawa diri dia tidak di perlukan dan dia terasa sepi. zauji cuba menasihatinya, dia ngangguk kan aje kepalanya.
Aku sendiri tidak tahu macam mana nak mulakan perbualan dengan dia, sedangkan masa aku dan perhatian aku seratus per cent dengan anak-anak aku. aku memang simpati dengan dia, kerana dia mempunyai ramai cucu dan cicit, tetapi tidak satu pun yang sudi untuk melihat dia. Aku masih boleh terima kehadirannya, aku tidak kisah sangat.
Hari ini dia genap sudah 3 hari dia sakit, muntah-muntah dan panas badan. Zauji baru bawa dia ke dokter. Kesian benar aku lihat dia sakit. Makan tidak seberapa apa lagi minum. malah dia masih boleh banyak sabar tentang sakitnya itu. Aku pula mana sakit kepala dan pinggang. malah anak-anak lagi cuti makin bising istana aku....sabar aje lah aku dengan mereka...
Esok, teman-teman aku ada perjumpaan di Jurong East library, nak aje aku ikut berjumpa tetapi aku tiada upaya untuk meninggalkan Mil aku dirumah . maaf lah wahai teman-teman kerana aku tidak dapat hadirkan diri.
kalau ada rezeki insya-allah aku mesti ingin bertemu dengan kalian baik di kuliah mahu pun dimana-mana corok singapura....

Monday, March 5, 2007

Dapur tidak berasap!!!

Alhamdullilah, syukran hari ini aku tidak perlu masak...
aku tidak perlu masak kerana IUP sedang dilakukan dibawah rumah yg aku tinggal.
Semua yg ada didalam rumah ini sudah ku beritahu . Putera-putera aku pula menunjukkan muka mereka dengan senyuman dan penuh ideas... Boss hanya mampu tersenyum begitu juga dengan MIl...
Hari ini Dapur ku tidak berminyak atau berasap... udaranya pun nyaman sekali zone free katakan!!! alhamdullilah, alhamdullilah... syukur aku terhadapnya...